in

PAS Sanggup Terima Najib Kalau UMNO Tolak Bekas PM Itu

UMNO desak Najib Razak Jauh diri

Minggu ini kita pasti kerap mendengar rungutan dan pendapat yang mengaitkan parti UMNO yang mana mereka mendesak bekas presidennya yang terdahulu supaya menarik diri daripada melibatkan apa-apa kempen PRK atau lebih tepat lagi meminta menjauhkan dirinya daripada UMNO.

Mungkin ramai yang akan terkejut apabila Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ada berkata yang mereka tiada apa-apa masalah dan isu dengan Najib Razak serta turut berharap bekas PM tersebut akan terlibat sama dalam kempen PRK Seri Setia tidal lama lagi.

Menurut laporan Malay Mail Online, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka tidak menutup pintu pada sesiapa pun termasuklah bekas Perdana Menteri berkenaan iaitu Najib Razak.

Presiden PAS Haji Hadi Awang
Sumber : The Star

“Kita tak tutup pintu kepada semua, terpulang kepada pandangan masing-masing perlu atau tidak untuk datang,” jelas Presiden PAS kepada pihak media.

Terdahulu, Najib pernah menyatakan sebelum ini yang dia ingin ‘berrehat’ daripada sebarang kempen pilihan raya kecil termasuklah PRK di Balakong yang akan berlangsung pada Sabtu nanti.

Menurut laporan, Najib juga telah berbuat demikian setelah didesak supaya menjauhkan diri daripada UMNO selepas parti Barisan Nasional (BN) yang dikatakan telah tewas di PRK Sungai Kandis sebelum ini.

Datuk Seri Najib Abdul Razak
Via : Malay Mail Online

Pun begitu, apabila ditanya tentang sama ada PAS akan turut memberikan sokongan terhadap MCA di PRK Balakong nanti, Datuk Seri Abdul Hadi telah menjawab;

“Insha Allah kerana kita sama-sama semangat pembangkang.”

Sementara itu, calon PAS iaitu Dr Halimah Ali telah pun diumumkan akan bertanding dan melawan calon PKR di PRK Seri Setia yang bakal diadakan pada bulan September nanti.

Kenapa agaknya UMNO tak mahu? PAS menerima dengan hati terbuka.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0