Jawa Barat, Indonesia – Amat menyedihkan terutama kepada dua keluarga mangsa yang terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini apabila identiti dua mayat yang ditemui dalam keadaan ngeri dengan kaki dan tangan terikat di Pantai Rongkang, Kwanyar Barat, di sini pada Sabtu lalu telah pun dikenalpasti.
Menurut pihak berkuasa, mayat yang dipercayai adalah mangsa rompakan itu dikenalpasti sebagai sebagai Ahmad, 20, dan Ani Fauziyah Laili, 17, pasangan kekasih yang berasal dari Tragah.


Menurut laporan Ketua Polis Kwanyar Barat, Anton Widodo berkata, berdasarkan keterangan daripada pihak keluarga, kedua-dua mangsa dilaporkan hilang sejak dua bulan yang lalu sehingga gagal dikesan dan tidak tahu ke mana mereka pergi dan menghilang.
Anton berkata, identiti kedua-dua mangsa tersebut disahkan berdasarkan ciri-ciri yang ada pada mayat seperti baju pakaian dalam dan tudung.
“Mangsa juga sempat memberitahu keluarga yang mereka berdua berada di Pantai Rongkang sebelum telefon mereka tidak dapat dihubungi,” katanya.
Anton berkata, punca kematian mangsa belum dapat diketahui kerana keadaan mayat yang tinggal tulang namun beliau dapat mengagak mereka berdua dibunuh selepas dirompak kerana motosikal Honta Beat kepunyaan mereka turut hilang.
“Ada kesan rompakan. Walaubagaimanapun, lokasi sebenar mangsa dirompak belum dalam dipastikan lagi,” katanya.
Terdahulu, penduduk Kwanyar Barat digemparkan dengan penemuan dua mayat dalam keadaan kaki dan tangan terikat sekitar pukul 10 pagi.
Mayat ditemui oleh penduduk setempat yang dikenali sebagai Riono, 45, ketika sedang mencari kayu api di sekitar Pantai Rongkang.
Sumber: Terengganu Times
Loading…