in

Patutlah Setiap Malam Mimpi Ngeri, Rupanya Pasangan Suami Isteri Dikenakan Sihir Pemisah Melalui Cicak!!

terkena buatan orang

Alhamdulillah. Hari ini selesai rawatan di Sungai Besi. Menyelesaikan masalah ghaib dua benua yang penuh misteri.

Pesakit kami di Sungai Besi mengalami masalah hubungan suami isteri sehingga hampir bercerai. Hal ini demikian kerana pesakit tersebut terkena sihir pemisah melalui Tok Bomoh Siam.

ustaz yang membuang sihir
Kerana sihir makanan di rumah pesakit dikatakan cepat basi.

Makanan di rumah pesakit juga kerap basi. Walhal baru saja dimasak sejam yang lalu. Pesakit juga sering mengalami mimpi yang ngeri seperti dilayung dengan api, ditikam berkali-kali, jatuh dari tempat tinggi dan dipukul dengan besi panas sehingga setiap kali bangun tidur, terasa lebam seperti kena pukulan yang benar.

Namun apabila diperiksa, malah bertemu dengan doktor pakar untuk mengetahui masalah yang dialami, ternyata beliau tidak mempunyai sebarang penyakit.

Semenjak kebelakangan ini juga, pesakit ada memaklumkan kepada kami bahawa rumah mereka menerima kehadiran cicak yang banyak tak terkira.

barang untuk hantar sihir
Kehadiran cicak dikatakan ada kaitan dengan sihir.

Semasa sesi rawatan, semasa muallij membaca ayat suci Al-Quran, pesakit tidak khabarkan diri dan berlaku sesi dialog antara pesakit dan perawat. Alhamdulillah keberkatan ayat Quran dapat menyelesaikan masalah pesakit berkenaan.

Baca : Bagaimana Cara & Tips Sembuhkan Diri Sendiri Dari Gangguan, Sihir, Ilmu Hitam dan Santau

Semasa perawat sedang membaca ruqyah untuk buat pagar pada rumah, tiba-tiba beberapa ekor cicak jatuh seperti keadaan hangus. Selepas diperiksa, ternyata bomoh meletakkan sihir pada cicak untuk memanaskan keadaan suami dan isteri.

membuang sihir
Limau nipis, lada hitam dan garam antara bahan untuk membuang sihir.

Selepas kami pulang dan selepas pesakit menabur beras, garam dan lada hitam, pesakit terus menghubungi kami dan memaklumkan bahawa semakin banyak cicak yang jatuh seperti hangus dan keadaan mereka kelihatan seperti berasap selepas merenjis air ruqyah.

Sumber: Iyra Shifa Enterprise

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments