in

PeKa B40 (Semak Kelayakan Skim Peduli Kesihatan Secara Online)

Skim peduli kesihatan

Mungkin ramai yang masih tidak tahu tentang kewujudan Skim Peduli Kesihatan untuk rakyat Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas iaitu kumpulan B40 atau dikenali juga sebagai Peka B40. Kelebihan ini adalah hanya untuk mereka yang layak saja dan tidak dikhaskan kepada semua orang.

Skim PeKa B40

Skim Peka B40 adalah satu inisiatif Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan untuk golongan yang berpendapatan rendah dengan memberi tumpuan terhadap penyakit yang tidak berjangkit (NCD).

Lebih menarik, Peka B40 ditawarkan kepada semua penerima Bantuan Sara Hidup secara automatik dan juga pasangan mereka yang berusia lebih dari 50 tahun dan tiada sebarang pendaftaran khusus yang diperlukan untuk mendapatkan kelayakan untuk skim ini.

Seperti yang dilaporkan, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan menerusi Belanjawan 2019 dan dianggarkan Peka B40 mampu menampung 800,000 penerima untuk permulaan secara percuma kepada mereka yang memenuhi kriteria yang diperlukan.

Sebagai seorang yang layak dalam skim ini, anda perlu pergi ke klinik swasta yang telah menyertai Klinik Peka B40 dengan hanya membawa kad pengenalan untuk membuat sebarang pemeriksaan kesihatan (Manfaat 1).

Sekiranya selepas pemeriksaan dilakukan dan anda disahkan menghidap sebarang penyakit, anda perlu menjalani rawatan lanjut di hospital kerajaan untuk pemeriksaan seterusnya malaha penerima skim ini juga akan layak untuk mendapatkan TIGA lagi manfaat yang berikutnya.

Tiada sebarang bayaran yang perlu dilakukan kerana segalanya percuma dan akan tanggung oleh Kerajaan Malaysia seperti yang diwar-warkan. Jadi, kepada mereka yang mempunyai ibu bapa, saudara mara atau jiran tetangga yang layak haruslah mengambil peluang ini yang tidak selalunya ada.

Semakan Kelayakan Skim PeKa B40

Anda tidak perlu membuat semakan kelayakan untuk skim ini sekiranya anda adalah seorang penerima Bantuan Sara Hidup 2019 yang berusia lebih dari 50 tahun kerana anda telah pun layak untuk menerima program Skim Peduli Kesihatan ini.

Namun, jika masih tidak berpuas hati atau ingin menyemak nama serta ingin tahu dengan lebih lanjut lagi tentang program ini, anda boleh melayari laman sesawang di https://kelayakan.peka.b40.com.my/semakan-kelayakan. Masukkan nombor kad pengenalan seterus klik SEMAK.

Skim PeKa B40 telah diwujudkan atas sebab fakta-fakta yang berikutnya:

47.6% kumpulan B40 berumur 50 tahun dan ke atas menghidapi sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit yang belum didiagnosis.

2. Kesihatan Mental

3 daripada 10 orang dewasa menderita masalah kesihatan mental. Kumpulan B40 mencatat kadar yang lebih tinggi, iaitu 32% berbanding 28% bagi kumpulan bukan B40.

3. Beban Kanser

Kes kanser semakin meningkat. Lebih membimbangkan lagi apabila 60% dikesan pada peringkat lewat, di mana peluang untuk sembuh adalah lebih rendah.

4. Rawatan Kanser

Ramai pesakit tidak melengkapkan rawatan kanser dan hanya kembali semula ke hospital apabila sudah tenat. Ini menipiskan peluang sembuh dan meningkatkan kos rawatan.

5. Kos Alat Perubatan

Walaupun rawatan di Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diberi subsidi yang tinggi daripada Kerajaan, sebahagian kos alat perubatan masih perlu ditanggung oleh pesakit seperti kos untuk perentak jantung, implan untuk tulang belakang, dan sebagainya. Ini menambah beban kewangan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

6. Masalah Pengangkutan

Ramai pesakit yang kurang berkemampuan, terutamanya di kawasan pedalaman, tidak meneruskan rawatan akibat kekangan kewangan untuk membayar tambang pengangkutan.

Senarai Manfaat dan Kelebihan Skim Peduli Kesihatan B40

peka B40

Berikutnya dikongsikan juga empat manfaat dan kebaikan skim atau program PeKa B40 yang diwujudkan khas untuk mereka yang layak:

Manfaat 1: Bantuan Saringan Kesihatan

  • Pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan.
  • Saringan kesihatan mental
  • Pemeriksaan fizikal
  • Pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • Ujian sel darah, kawalan gula, kolestrol, air kencing dan buah pinggang

Manfaat 2: Bantuan Alat Perubatan

Skim ini turut menyediakan bantuan untuk membeli sebarang alat-alat perubatan yang diperlukan oleh penerima yang berjumlah sehingga RM20,000 dengan 10 kategori seperti berikut:

  • Stent untuk jantung
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Perentak jantung
  • Prostesis & implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi
  • Kerusi roda

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser

Jika anda seorang penerima skim ini yang telah disahkan menghidap penyakit kanser, anda akan menerima bayaran insentif sebanyak RM1,000 untuk menggalakkan pesakit melengkapkan rawatan kuratif di Hospital KKM seperti mana saranan doktor yang merawat.

Manfaat 4: Insentif Tambang Pengangkutan

Program ini lebih menarik apabila turut membayar kos perjalanan maksimum pergi dan balik untuk penerima di Semenanjung sebanyak RM500 dan penerima di Sabah atau Sarawak pula RM1000 yang akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.

Walau bagaimanapun nilai insentif juga bergantung kepada jarak rumah pesakit dengan hospital serta mengikut kadar dan syarat yang telah ditetapkan dalam skim PeKa B40 ini.

Proses Mendapatkan Manfaat PeKa B40

  • Semak kelayakan di sini.
  • Jika layak, lawati klinik PeKa B40 berdekatan yang dikenalpasti melalui pelekat logo PeKa B40 dengan membawa MyKad. Senarai klinik juga boleh didapati di sini.
  • Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.
  • Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan samada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Senarai Klinik PeKa B40

Sehingga hari ini sebanyak 325 klinik di Malaysia yang telah menyertai program ini dan anda boleh pergi ke salah satu klinik yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk membuat semakan secara online senarai klinik Skim Peduli Kesihatan yang berdekatan, anda boleh klik Senarai Klinik Swasta.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau inginkan maklumat lanjut, anda boleh terus menghubungi pihak Skim PeKa B40 di nombor telefon yang tertera serta alamat yang disertakan di bawah:

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor

Telefon: +603 8687 2500

Semoga bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia ini akan membantu mereka yang memerlukan dan kepada anda yang mempunyai ibu bapa, rebutlah peluang untuk menyertai Skim Peduli Kesihatan PeKa B40 ini. Sekurang-kurangnya anda boleh membawa mereka ke klinik berdekatan dan anda telah membantu meringankan beban mereka.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0