in

(VIDEO) Pekerja Dipaksa Majikan Minum Air Kencing Kerana Gagal Capai Target

viral

Tiga orang pegawai pengurus untuk pengubahsuaian perumahan dari sebuah syarikat bertempat di daerah Zunyi, Ghuizhou, China telah ditahan pihak polis selepas dikatakan telah mendenda pekerja syarikat terbabit di atas sebab kerana mereka gagal mencapai target jualan yang diarahkan.

Melalui rakaman video yang kini viral di laman sosial di China jelas menunjukkan beberapa kakitangan telah didenda oleh majikannya dengan memaksa mereka meminum cecair yang dipercayai air kencing selain turut dipukul dengan tali pinggang.

majikan denda pekerja
Antara mangsa yang dirakamkan sedang didenda oleh majikan.

Kejadian tersebut dikatakan telah didedahkan oleh seorang mangsa menerusi laman Weibo dan menyatakan majikannya telah mengambil tindakan yang amat memalukan serta turut mencukur rambut mereka selain dipaksa minum air dalam mangkuk tandas serta turut diberi arahan menjual k.ondo.m di tempat awam.

Menurut kenyataan perkongsian mangsa, ada juga kakitangan syarikat berkenaan turut dipaksa meminum air cuka serta disuruh makan wasabi yang ternyata sangat pedas. Lebih teruk daripada itu, penyelia pekerja tersebut telah dipaksa memakan tiga ekor lipas kerana didapati gagal mengawasi kakitangan di bawah jagaan untuk mencapai target jualan.

Malahan, laporan juga diterima dengan menyatakan beberapa kakitangan syarikat tersebut tidak dibayar gaji selama dua bulan dan ada diantara mereka turut merasa bimbang jika tidak mendapat bayaran gaji selepas mereka berhenti kerja di syarikat berkenaan.

Ekoran tersebarnya video yang menunjukkan kekejaman majikan syarikat berkenaan, pihak polis telah berjaya menahan tiga pegawai yang terbabit dalam kes tersebut serta ketiga-tiga mereka direman selama 10 hari manakala hanya seorang saja yang direman selama 5 hari, lapor NextShark.

Kes sebegini yang membabitkan pekerja dianiaya oleh majikan bukanlah perkara baru di negara China. Sebelum ini ada beberapa kes dan rakaman video yang viral yang hampir sama dengan kejadian ini turut menarik perhatian ramai dan menjadi kecaman netizen, namun ia masih juga berlaku.

Walau bagaimanapun, menurut laporan Shanghaiist, majikan terbabit mengambil tindakan sedemikian adalah dengan alasan untuk memberikan motivasi kepada pekerjanya supaya akan terus berkhidmat dan berkerja dengan lebih selain akan berusaha untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh syarikat berkenaan.

Apa sekalipun alasan syarikat ini, perkara ini bukanlah sesuatu yang biasa dan ianya luar biasa selain menunjukkan kekejaman terhadap kakitangannya. Semoga mereka yang bersalah akan dikenakan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0