in ,

Pekerja Stesen Minyak Berani Bergelut Dengan 3 Perompak Bersenjatakan Parang Walau Tahu Risiko Bahaya Menunggu

rompakan stesen minyak

Kejadian kes kecurian yang sering berlaku di mana-mana membabitkan pekerja stesen minyak sering kita dengari hampir setiap hari. Kejadian sebegini biasanya akan melibatkan individu yang mencuri berbagai barangan dan wang tunai sebelum dilihat bergegas meninggalkan lokasi kejadian.

Terbaru, satu kes kecurian yang telah berlaku di sebuah stesen minyak ini sangat berbeza dan lain dari yang lain apabila si perompak tidak mampu meninggalkan tempat kejadian dengan segera seperti selalunya.

perompak
© China Press

Memetik laporan WOB, sebuah rakaman video yang diambil melalui kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tiga orang perompak yang bersenjatakan parang telah cuba untuk membuat rompakan di sebuah stesen minyak yang beroperasi selama 24 jam di daerah Muar, Johor.

Melalui rakaman CCTV berkenaan, perompak terbabit kelihatan cuba untuk melarikan diri selepas berjaya mencuri sebuah motosikal yang berada di stesen minyak tersebut.

perompak stesen minyak
© China Press

Ketika dalam cubaan untuk melarikan motor berkenaan, seorang lelaki yang dipercayai pekerja stesen minyak itu kelihatan berlari dengan pantas menuju ke arah penyamun terbabit dan dapat dilihat cuba menarik mereka daripada motosikal tetapi gagal berbuat demikian.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Ahmad Ainul Muqaffa iaitu pekerja stesen minyak tersebut yang bertugas sebagai juruwang kemudiannya dengan berani bergelut dengan seorang lagi perompak yang berada di situ.

“Mereka cuba nak melarikan motosikal saya sambil mengacu parang serta turut memberi amaran dan juga meminta kami tidak bertindak sebarangan.”

rompak
© China Press

Selepas menyedari motosikalnya itu cuba dicuri perompak terbabit, Ainul yang dipercayai tidak mempunyai apa-apa senjata dengannya telah nekad dan memberanikan diri untuk menghalang seorang lagi perompak yang mempunyai senjata sebilah parang sepanjang 20 sentimeter.

Pada ketika itu Ainul dilihat bersama seorang pengawal keselamatan yang turut bergelut dan bertindak untuk menghalang cubaan rompakan itu biarpun perompak tersebut mempunyai senjata tajam dan turut menggunakan tong sampah dan kerusi lipat yang terdapat di lokasi berkenaan.

stesen minyak
© China Press

“Salah seorang dari perompak didapati masuk ke bahagian salam stesen minyak tetapi tidak mengambil sebarang barang berharga kecuali motosikal saya jenis Yamaha 125Z yang diletakkan di bahagian hadapan.”

© China Press

Angkara pergelutan yang berlaku dengan pantas itu di stesen minyak di Jalan Sulaiman, lelaki terbabit dilihat mengalami kecederaan di tangan dan bahu sewaktu melawan tiga perompak pada jam 3.45 pagi itu.

Ainul dipercayai telah mendapatkan rawatan dan menerima lima jahitan di bahu kiri dan tiga lagi jahitan di tangan kirinya selepas terkena libasan parang yang dilakukan oleh salah seorang perompak terbabit.

pekerja stesen minyak
© Utusan Malaysia

Sehingga kini pihak polis dilaporkan telah giat membuat penyiasatan dan turut memaklumkan bahawa perompak-perompak berkenaan mungkin ada terlibat dalam beberapa kes yang serupa sebelum ini.

Difahamkan, stesen minyak berkenaan tidak mengalami sebarang kerugian, walau bagaimanapun, motosikal milik pekerjanya itu dikatakan berharga RM10,000 yang telah menarik perhatian perompak tersebut untuk mencuri.

Semoga majikan mampu memberikan apa-apa jenis habuan yang berbaloi kepada pekerja stesen minyak ini kerana keberaniannya itu. Anda dinasihatkan sentiasa berhati-hati dengan keadaan semasa walau di mana sahaj berada kerana bahaya itu tidak mengenal sesiapa, tempat dan masanya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0