in

Pelajar Dakwa Ada Arahan Wajib Tonton Filem Badang Lakonan Datuk Aliff Syukri

Datuk Aliff Syukri

Beberapa hari lalu, viral di laman sosial tentang pelajar sebuah universiti awam yang mendakwa telah dipaksa untuk menonton filem Badang lakonan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dengan harga tiket yang bernilai RM15.

Aliff Syukri
Dato Aliff Syukri

Pelajar terbabit telah meluahkan rasa tidak puas hatinya melalui Instagram berkaitan dengan perkara tersebut kerana menyifatkan hal itu adalah perkara yang tidak adil sekiranya kehadiran dan markah yang diperolehi akan terjejas apabila dan pelajar lain tidak menonton filem tersebut kerana mendakwa ianya sebagai satu arahan.

Berikutan kekecohan itu berlaku, Dekan Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr A. Razak Mohaideen berkata, pihaknya menafikan ada mengeluarkan arahan dan kenyataan seumpama itu, lapor mStar.

aliff syukri
Paparan skrin yang ditulis oleh pelajar FiTA di Instastory. – mStar

“Tiada arahan wajib yang dikeluarkan oleh Pejabat Dekat FiTA untuk membeli sebarang tiket aktiviti semasa penganjuran Minggu KaryaOne yang akan diadakan.

“Penjualan tiket yang berlaku adalah lebih kepada keperluan kursus-kursus filem dan pengedaran dan pemameran filem yang menjadikan penglibatan dan sebahagian penilaian pelajar-pelajar tersebut,” katanya.

BACA : “Mengapa Orang Tekan Button UNLIKE Di YouTube Lirik Video Saya?” – Dato’ Aliff Syukri Kesal Video Lagunya Dapat 25K UNLIKE

Beliau mengulas mengenai isu tersebut menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Filem arahan A. Razak yang berjudul Badang itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Fasha Sandha, Fauzi Nawi dan Fareez Fauzi.

badang
Jutawan kontroversi yang memegang watak sebagai Badang dalam filem ini. – mStar

Tambah beliau, hanya tiga daripada 16 aktiviti di sepanjang Minggu KaryaOne 2017 melibatkan penjualan tiket demi menampung kos penganjuran keseluruhan aktiviti yang dirancang sempena acara tersebut sejak enam tahun lepas.

“Mungkin berlaku salah faham dalam kalangan pelajar dan pensyarah yang mengendalikan aktiviti tersebut.

“Namun fakulti menggalakkan pelajar-pelajar mengambil kursus lakonan, filem, pengurusan acara kreatif dan animasi imejan komputer yang dihasilkan (CGI) untuk membeli tiket aktiviti tersebut,” jelasnya.

Semua aktiviti yang diatur didakwa bercorak akademik dan pendedahan kepada industri perniagaan persembahan terhadap pelajar di fakulti itu.

alif syukri
Komen netizen tentang kenyataan A.Razak – mStar

Bagaimanapun, netizen masih belum berpuas hati dengan penjelasan daripada A. Razak yang juga merupakan seorang pengarah filem terkenal di negara ini.

BACA : GEMPAR!! VIDEO Dato Aliff Syukri Mengamuk Selepas Bibikny Kantoi Mencuri, Jumpa Duit Dan Pakaian Isteri Dalam Beg Bibik

Adibah Amirah berkata: “Memang tiada arahan wajib di atas kertas. Tapi, selalunya di mulut, macam mana nak cari bukti kalau betul?”

Manakala Nor Shaz Rany pula berharap ada pihak yang dapat mengemukakan bukti untuk menafikan dakwaan yang dibuat oleh pelajar yang ‘dipaksa’ itu.

Berikutnya antara rakaman filem Badang The Movie yang telah dilakonkan oleh Dato’ Aliff Syukri dan Fasha Sandha.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0