in

Pelajar Akan Didenda Berlari Setiap Hari Jika Berat Badan Naik

pelajar akan didenda jika berat badan naik

Pelik, para pelajar akan didenda berlari pada setiap hari sekiranya didapati berat badan mereka naik selepas tamatnya perayaan Tahun Baru China pada tahun ini. Inilah peringatan yang diberikan kepada semua pelajar di sebuah sekolah di wilayah Zhejiang, China.

Pelajar Didenda Kalau Berat Badan Naik

Menurut laporan sumber, idea tersebut bermula daripada seorang guru yang bertujuan ingin memberi kesedaran kepada semua pelajar sekolan berkenaan berkaitan dengan betapa pentingnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan.

“Baru-baru ini saya berjalan di sebuah pusat membeli-belah bersama kawan dan ternampak alat penimbang berat. Ia memberi idea kepada saya supaya setiap pelajar ditimbang berat sebelum musim perayaan.

kalau gemuk kena denda
Sumber : Sina.com

“Ia bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap mereka mengenai tentang risiko sekiranya berat badan semakin bertambah,” jelas guru Sekolah Menengah Hangzhou Ketiga iaitu Chen Wei.

Yang agak mengejutkan ramai, sekiranya ada pelajar yang berat badannya naik 2 kilogram, pelajar berkenaan pasti akan didenda serta merta iaitu dengan berlari pada setiap hari sehingga ke penggal yang berikutnya.

Walau bagaimanapun, idea dan perancangan sekolah terbabit telah menimbulkan berbagai reaksi netizen di laman sosial yang rata-rata di antara mereka memuji tindakan sekolah tersebut malahan ada juga yang tidak bersetuju dan menganggap peraturan itu pelik.

Negara China kini berdepan dengan masalah obesiti di sekolah di tahap yang membimbangkan apabila mempunyai bilangan pelajar atau kanak-kanak yang gemuk paling ramai di dunia.

budak gemuk
Ibu bapa juga perlu memantau anak mereka dalam segi pemakanan.

Melalui satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2017, mereka telah mendapati bilangan pelajar gemuk itu boleh mencecah sehingga 50 juta orang apabila menjelang tahun 2030 nanti.

Harian Metro melaporkan bahawa pakar yang mengkaji permasalahan ini berkata, masalah tersebut adalah berpunca daripada pengambilan yang terlalu banyak makanan proses dalam kalangan kanak-kanak selain turut mempunyai tekanan dalam akademik yang menyebabkan mereka amat jarang melakukan aktiviti luar.

Oleh itu, semua ibu bapa dari Malaysia boleh jadikan berita ini sebagai nasihat untuk anda menjaga pemakanan anak-anak anda supaya tidak gemuk ketika masih sekolah. Biasanya apabila badan semakin besar dan berat akan terbantutlah semua aktiviti yang sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments