in

Pelancong England Akhirnya Peluk Islam Selepas Tumpang Kereta Lelaki Ini di RNR

mat salleh memeluk Islam

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Eyz Shukri menerusi akaun Facebook miliknya beberapa bulan lalu telah berkongsi sebuah kisah yang cukup menarik dimana kisahnya  yang telah menumpangkan seorang lelaki daripada England yang sedang mengembara untuk ke utara tanah air.

Dalam perjalanannya ke utara, dia telah berbual dan bersembang dengan lelaki berkenaan yang dikatakan sudah mengembara ke 80 buah negara di dunia, lelaki itu turut menyatakan dia tidak tahu apa yang dicari selama ini di dunia ini.

Ezy telah memberitahu kepadanya tentang betapa menarik dan indahnya agama Islam kepada pelancong ini, dan akhirnya lelaki tersebut menyatakan isi hatinya serta kesediaan dirinya untuk memeluk agama Islam secara sukarela. Jom ikuti perkongsian yang menarik ini.

Pelancong England Peluk Islam

kisah benar mat salleh peluk islam
Sumber : Eyz Shukri

Assalamualaikum…

Saya ni tak pandai tulis panjang-panjang, ada satu cerita yang menarik dalam perjalanan saya ke Kedah, waktu nak pergi ke arah Utara semalam, saya singgah di RnR Tapah untuk makan dan solat.

Tiba-tiba seorang lelaki Mat Salleh James namanya, seorang pengembara (backpacker) dia bagitahu yang dia berasal daripada England, dia telah melambai-lambai mengangkat signboard tertera perkataan UTARA.

Apabila ditanya, katanya dia nak ke utara semenanjung, mula-mula fikir takut juga nak tumpangkan, aahh, bawa jelah, ada juga geng nak bersembang.

pelancong england masuk islam
Sumber : Eyz Shukri

Dalam perjalanan ke sana, sembang punya sembang, lelaki itu kata dia telah mengembara lebih 80 buah negara, hidupnya seperkti seorang ”homeless”, kami bersembang lagi macam-macam.

Aku pun tanyalah, “apa yang kamu cari dalam hidup kamu,”

Dia kata, dia tak tahu apa yang dicarinya, dan kemudian bermulalah cerita panjang pasal agama Islam, pasal sirah nabi, “itu adalah apa yang perlu kamu cari dalam hidup kamu”.

Saya ni bukanlah pandai sangat pasal agama, dia mula menunjukkan minat pasal Islam setelah dua jam bersembang pasal itu.

Aku tanya “Do you want to be Islam as a Muslim?” dia balas “okay, I’m Ready,”

Terkejut juga aku dengar, sesampainya ke Alor Star, kami singgah di Masjid, bagitahu imam yang James ini nak peluk Islam.

lelaki luar negara tukar agama
Sumber : Eyz Shukri
kisah benar
Sumber : Eyz Shukri
cerita teladan zaman sekarang
Sumber : Eyz Shukri
menakjubkan lelaki england memeluk islam
Sumber : Eyz Shukri
Masjid Alor Setar
Sumber : Eyz Shukri

Alhamdulillah akhirnya dia lafaz dua kalimah syahadah, air mata dia mengalir, Alhamdulillah dia sudah peluk Islam. Sedih ada, gembira ada, semoga dia dapatlah hidayah dan jawapan dalam pencariannya selama 50 tahun travel.

James
Sumber : Eyz Shukri

Apa-apa hal bedal dulu tandoori 3 keping sorang…lapaq nau….before aku nak balik..

Itulah hidayah yang diberikan oleh Allah kepada sesiapa saja yang dipilihnya. Semoga semuanya dipermudahkan segalanya untuk James selepas beliau memeluk agama Islam serta akan terus bahagia di dunia dan akhirat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments