in

PELIK Tiada Siapa Berani Ambil Motor Ini. Selepas Disiasat Rupa²nya Motor Ini Penuh MISTERI !!!

pelik tapi benar

Pelik tapi benar itulah kisah yang diceritakan oleh Shary Azshary di laman media sosial sehingga kisah pelik tapi benar menjadi tular sejak malam semalam.

Orang ramai yang kerap melintas jalan Kendari Sulawesi tengah ini, pastinya tidak asing lagi dengan kewujudan sebuah motosikal jenis Honda CBR 250 cc Repsol ini.

Sekilas pandang pasti tiada yang pelik dan yang aneh, namun kisah disebaliknya pasti akan membuatkan bulu tengkuk anda bergerak dan hairan apabila memikirkannya.

Difahamkan, motor tersebut sudah beberapa kali telah dipindahkan oleh warga sekitarnya namun motor berkenaan dipercayai akan kembali semua sendiri ke tempat asalnya. Ianya sesuatu yang tidak logik dek akal dan pasti ada yang mengatakan semua ini mengarut.

Dimaklumkan pemilik motor berkenaan telah pun meninggal dunia dua tahun lalu akibat terbabit kemalangan jalan raya di tempat di mana motor itu tersebut diletakkan atau parking.

Menurut pengguna Facebook Shary Azshary dia sendiri sudah melihat motor tersebut dan sempat mengambil beberapa keping gambar.

“Saya singgah tadi di lokasi, semua yang tahu jalan lama ini pasti akan tahu kisahnya, ia seperti dijaga dan bersih, kunci juga masih di situ tergantung”

motor ditinggalkan
Kisah ini dikatakan sebagai kisah pelik tapi benar dan menghairankan orang ramai.

“Menurut info yang saya dapat, sudah banyak orang yang datang dan cuba mengambil motor berkenaan, tapi motor itu akan kembali sendiri, pihak polis jugak pernah mengambil tindakan, sampai sahaja malam motor akan berbunyi dan kembali ke lokasi asal” katanya.

Sama ada kisah ini benar atau tidak, sama-sama kita fikirkan. Tiada yang mustahil di dunia ini jika Allah yang mahukan ianya berlaku dan disaksikan oleh kita di bumi ini.

Sumber: sinarhariani

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments