in

Pemandu Kes Kemalangan Korbankan 8 Penunggang Basikal Di Johor, Rayu Derma Orang Ramai

pemandu kes kemalangan

JOHOR – Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan 8 penunggang basikal pada Februari lalu, dilaporkan meminta bantuan orang ramai untuk membiayai yuran guamannya, lapor Free Malaysia Today.

Sam Ke Ting, 22, memuat naik status di Facebooknya yang meminta bantuan orang ramai untuk mengumpul wang sebanyak RM60,000 untuk membiayai yuran guaman.

“Semua simpanan keluarga saya habis digunakan untuk membantu saya membiayai kos ini,” katanya.

Berdasarkan status terkini Facebooknya, difahamkan Sam telah memperoleh amaun yang diperlukan.

Dalam kejadian 18 Februari lalu, Sam didakwa merempuh sekumpulan 30 hingga 40 penunggang basikal yang meragut 8 nyawa dan mencederakan 8 orang yang lain.

Penunggang basikal yang berusia dari 13 hingga 17 tahun itu dipercayai telah menghalang beberapa laluan jalan raya di Jalan Lingkaran Dalam iaitu di lokasi kejadian kemalangan berkenaan.

Sam yang didakwa di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memandu secara berbahaya dan melulu.

Rata-rata netizen dilihat begitu memarahi wanita ini ekoran dikatakan beliau memandu dalam keadaan yang melulu sehingga berlakunya kemalangan ngeri ini yang telah mengorbankan banyak nyawa penunggang basikal yang rata-rata diantara mereka adalah remaja belasan tahun.

Walau apa sekalipun tanggapan orang ramai terhadap wanita ini adalah lebih baik kita serahkan sahaja kes ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan yang terperinci dan sekiranya beliau didapati bersalah, maka hukuman setimpal akan dikenakan. Jika sebaliknya, kita harus menerima kenyataan kerana polis telah pun menyiasat kes kemalangan ini nanti.

Sumber: The Reporter

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

One Comment

Leave a Reply

    One Ping

    1. Pingback:

    Leave a Reply

    Your email address will not be published.

    Loading…

    0