in

Pemandu Uber Biadap Kantoi Cubaan Gangguan Lucah Dengan Penumpang Wanita – “Saya Bayar Awak Malam Ni Boleh?”

Perkhidmatan Grab dan Uber adalah satu perkhidmatan awam untuk memudahkan para pengguna selain pengangkutan awam yang lain seperti teksi dan bas.

Tetapi, sehingga kini masih lagi ada segelintir pemandu yang begitu berani mengambil kesempatan terhadap para penumpang. Seorang wanita pengguna laman sosial Facebook telah berkongsi pengalaman seorang rakannya yang dipercayai telah diganggu oleh seorang pemandu Uber.

Menurut Nur Damia Mazlan, kejadian itu telah berlaku di Subang sewaktu rakan baiknya yang hanya ingin dikenali sebagai S telah diganggu oleh pemandu Uber terbabit yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza merah.

Penumpang Diganggu Pemandu Uber

Ketika itu pada waktu tengah malam, pemandu terbabit dikatakan cuba bersembang dan beramah mesra sambil mengajukan berbagai soalan-soalan. Setelah beberapa ketika S mendapati pemandu berkenaan dengan sengan telah melalui ke laluan jalan yang tidak sepatutnya.

Pada ketika itu juga pemandu Uber berkenaan mula bertanyakan soalan yang tidak bersangkut paut dan turut bersikap yang menjengkelkan dan pelik.

Berikutnya adalah perbualan yang dikongsikan Nur Damia Azlan di media sosial;

Driver: Umur berapa? macamana nak sebut nama awak.

S: 24 tahun. (sambil membetulkan sebutan nama)

Beberapa minit dalam perjalanan, Uber driver ni macam saja-saja salah masuk jalan so perjalanan mereka lagi lama. Sehinggalah driver ni mula tanya soalan bukan-bukan.

Driver: Awak dah makan ke? Kalau lapar, saya bawak awak makan sekarang.

S: Takpe tak payah, saya nak balik.

Driver: Awak duduk dengan siapa. Saya ikut awak balik boleh tak?

S: Tak payah. Saya tinggal dengan family. Abang saya tengah tunggu saya sekarang. (S saja reka cerita sebab nak jaga maklumat peribadi)

Apabila destinasi S semakin hampir, S sengaja menyuruh pemandu Uber tersebut menurunkannya agak jauh sedikit daripada rumahnya iaitu apartment dengan niat tidak ingin pemandu berkenaan tahu di mana tempat tinggalnya.

Selepas S keluar dari keretanya dia berjalan pulang ke apartment, mujurlah ada beberapa pengawal keselamatan yang menjaga kawasan tersebut dan ini telah melegakan S yang ketika itu dalam ketakutan.

Tidak beberapa lama selepas itu, S mendapati ada 4 panggilan dari pemandu Uber berkenaan yang tidak dijawab dan satu mesej yang mengatakan, “saya bayar awak malam ini boleh?” yang bermaksud pemandu tersebut ingin membayar kepada S untuk tidur dengannya.

Akibat geram dengan kandungan mesej yang dihantar pemandu tersebut, S telah membalasnya disertakan dengan amaran. S turut membuat aduan kepada Uber selain membuat laporan polis supaya lelaki seperti pemandu ini dapat ditahan dan diharamkan daripada menjadi pemandu Uber di masa akan datang yang menyebabkan ramai penumpang wanita terancam.

Walau bagaimanapun, keesokan harinya S menerima satu lagi mesej daripada lelaki terbabit yang mengandungi kata-kata rayuan serta turut meminta maaf di atas kesilapannya yang menganggu S.

Tetapi, semua itu telah terlambat kerana S telah pun membuat laporan polis dan lelaki terbabit dipercayai telah pun berjaya ditahan di atas kesalahan yang dilakukannya itu.

Berikutnya adalah pesanan yang disampaikan oleh Nur Damia Azlan kepada orang ramai terutamanya kepada wanita yang akan melanggan perkhidmatan Uber dengan meminta semuanya harus berhati-hati dengan pemandu uber seperti ini.

Nasihat Kepada Semua Penumpang Wanita

Perlu diingat, mungkin S bukan mangsa pertama driver ini, mungkin ada lagi ramai perempuan di luar sana dah jadi mangsa driver ni, cuma mereka hanya mampu terdiam dan terpaku untuk berbuat apa-apa tindakan.

Tolong pesan kat kenalan-kenalan perempuan kamu semua, tak kiralah, adik, kakak, kawan, awek ke. Jangan biarkan mereka naik Uber/Grab/Taxi keseorangan terutamanya tengah malam.

Ini pesanan saya untuk drivers di luar sana.

DRIVERS, YOU HAVE ONE JOB; DRIVE YOUR PASSENGERS SAFELY TO THEIR DESTINATION. KALAU NAK CARI JODOH, DATING APP BERSEPAH.

Pesan jugak kat kawan-kawan yang drive Uber/Grab/Taxi, tolong jangan buat onar, jangan menggatal, jangan nak mengorat. Be a professional driver, be a gentleman. Walaupun driver diam je pun tetap dapat 5 Stars, asalkan penumpang rasa selesa dalam perjalanan. Jangan sangka perempuan tak berani melawan.

Pesanan ringkas untuk perempuan kalau ada situasi terpaksa naik uber sorang-sorang, kalau boleh duduk seat belakang. Kalau driver mencurigakan, pastikan handphone tu on, or inform kawan/kenalan, kasi info driver, info kereta. Jangan provoke driver nanti makin keruh keadaan. Jangan panik dan haruslah bertenang.

Sebelum ada yang dari kamu menyalahkan mangsa berpakaian seksi or freehair. Peringatan sekali lagi, S ialah non-muslim, dan bagi lelaki sangap di luar sana mereka dianggap ‘easy target’.

Sebabkan sikap dan mentaliti salahkan perempuan ni lah lelaki sangap di luar sana berkeliaran. Kes mangsa rogol pun ada yang perempuan yang berhijab dan berpakaian tutup ya.

Jadi tolong terapkan ni, apa yang kita kata tu mencerminkan diri kita yang sebenar. Buangkan tabiat menyalahkan mangsa, buang mentaliti seksis.

Dan siapa yang duk tanya S pakai seksi tu. Jawapanya TIDAK. Dia berpakaian TUTUP. Tolong bijak sikit, jangan memandai buat andaian dan buruk sangka. Kita sendiri yang mengutuk tu belum tentu sempurna.

Saya pun tidak sempurna, saya tutup aurat pun kena kacau. Orang yang baik adalah orang yang sikapnya merendahkan pandangan.

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu lebih suci bahagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa mereka perbuat” -Surah An-Nur ayat 30

Atas permintaan isteri kepada driver ni yang saya terima dalam inbox merayu untuk delete gambarnya. Maka gambar tersebut sudah saya delete. Anggap ini pengajaran masing-masing. Saya remove sebab saya kesiankan si isteri, bukan terhadap si suami.

Moga driver tersebut mendapat hidayah. Allah itu Maha Adil dan Maha Pengampun. Moga kami semua terpelihara di bawah-Nya.

Walaupun saya dikejutkan dengan isu kawan saya diganggu. Tapi sampai sekarang saya masih menggunakan perkhidmatan Uber/Grab sebab saya yakin ramai driver yang baik dan saya tidak mengecam semua driver dan saya tak pernah minta semua orang boikot servis mereka.

Saya takde kenderaan jadi memang Uber/Grab je saya bergantung pada masa sekarang. Jangan kerana nila setitik rosak sebelanga. Teruskan guna perkhidmatan Uber/Grab sebab mungkin servis tersebut satu-satunya sumber pendapatan driver di luar sana. Saya hanya minta semua untuk berhati-hati.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0