in

80% Pemandu Wanita Tak Beri Isyarat Ketika Berhenti di Simpang Jalan

wanita tak beri isyarat di simpang jalan

Apabila berlaku kemalangan jalan raya, antara perkara yang sering menjadi tanda tanya orang ramai adalah adakah pemandu kenderaan itu lelaki atau perempuan? Siapa yang memandu dan dari mana nak ke mana? Ada yang cedera atau meninggal dunia?

Apabila sudah mendapat tahu sama ada perempuan atau lelaki yang memandu, masing-masing mempunyai pendapat dan andaian sendiri. Biasanya, pemandu akan dituduh tidak tahu memandu kerana berlakunya kemalangan sehingga mencederakan atau meragut nyawa orang lain.

Walau apa sekalipun andaian dan anggapan orang terhadap pemandu yang terbabit dalam kemalangan, perkara itu tidak akan mengubah apa-apa kejadian pun kerana ia telah berlaku. Malahan, ia boleh menganggu pemikiran pemandu itu sendiri jika dituduh tanpa usul periksa.

Pemandu Wanita Biasanya Tak Beri Isyarat

Seorang profesor bersama pasukannya daripada Fakulti Kejuruteraan Unviersiti Malaya telah pun membuat satu eksperimen bagi mengenalpasti punca dan juga faktor perbezaan setiap kesalahan dalam pemanduan di antara lelaki dan wanita.

persimpangan lampu isyarat
Di persimpangan lampu isyarat sering berlaku kemalangan kerana kesilapan pemandu sendiri.

Melalui kajian tersebut mereka mendapat wanita yang berusia 50 tahun ke atas adalah lebih banyak membuat kesalahan sewaktu memandu kenderaan berbanding dengan lelaki yang sama usianya, lapor Harian Metro.

Sebanyak 80 peratus lebih cenderung untuk tidak memberikan sebarang isyarat ketika berhenti di persimpangan jalan serta sewaktu ingin menukar lorong laluan di lebuh raya.

Kesalahan Pemandu Lelaki Lebih Banyak di Lebuh Raya

Kajian terperinci yang dilakukan oleh Profesor Madya Ir Dr Siti Zawiah Md Dawal itu juga telah mendapati bahawa sebanyak 53 peratus pemandu lelaki yang turut melakukan kesalahan yang sama walau bagaimanapun mereka lebih banyak melakukannya di lebuh raya.

Antara kesalahan pemanduan yang dikaji termasuklah memandu melebihi had laju, masuk ke lorong salah ketika menghampiri atau berada dalam bulatan atau persimpangan, tidak berikan isyarat ketika berhenti di persimpangan atau ketika menukar lorong.

Kesalahan tersebut dijelas berlaku mungkin disebabkan faktor peningkatan usia yang boleh menyebabkan penurunan fungsi dan persepsi visual, kognitif (proses mental seperti perhatian, kelajuan memproses maklumat dan daya ingatan) serta psikomotor (pergerakan fizikal) yang mana ketiga-tiga elemen itu saling berkait rapat.

punca kemalangan jalan raya
Pemandu wanita dikatakan kerap tidak memberi isyarat di simpang jalan.

Laporan itu juga mengatakan bahawa kajian ini telah dilakukan secara rawak dengan 182 responden yang majoritinya yang telah pun memandu lebih daripada 21 tahun.

Setiap kesalahan yang dilakukan menerusi eksperimen ini juga telah dinilaikan mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negara dan kajian ini dilakukan terhadap mereka yang telah berusia 21 tahun dan ke atas.

Pendapat Netizen Tentang Kajian Ini

Rata-rata netizen mempunyai pendapat mereka yang tersendiri dan masing-masing menyatakan sebenarnya sama ada lelaki dan wanita sekiranya lebih prihatin dan memberikan perhatian lebih kepada cara pemanduan pastinya kemalangan ngeri tidak akan berlaku.

Malahan ada yang berpendapat, golongan berada lebih banyak membuat kesilapan serta memandu dengan lebih laju dan tidak hairan jika dikenakan saman kerana mereka mempunyai duit untuk membayarnya. Apa yang mereka tahu adalah untuk cepat sampai ke destinasi tanpa memikir keselamatan orang lain.

kemalangan ngeri
Kemalangan jalan raya boleh berlaku walaupun bukan kesilapan kita sendiri. – Facebook

Walau bagaimana, ada mengatakan sama ada kaya atau miskin, sikap pemandu itu sendiri lebih diutamakan kerana jika mereka sombong dan mementingkan diri pasti kesalahan sewaktu memandu di jalan raya akan berlaku.

Apa sekalipun pendapat yang diberikan, sebagai pemandu kenderaan kita haruslah bertolak ansur, mementingkan keselamatan dan juga mengikut undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan supaya perkara yang tidak diingini akan berlaku.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments