Ramai yang tahu terutama peminat Fathia Latiff bahawa artis cantik ini sedang menunaikan umrah di Mekah bersama keluarganya. Malahan menerusi laman Instagram miliknya juga ada dinyatakan bahawa beliau ingin ke Mekah untuk mengerjakan umrah.
Kerana ingin berkongsi kegembiraannya bersama peminatnya ketika sedang menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya, pelakon Fathia Latiff sempat berkongsi beberapa foto ketika beliau berada di Tanah Suci bersama peminatnya di Instagram.

Antara foto yang menarik perhatian ramai adalah ketika Fathia mengenakan purdah. Rata-rata netizen memuji bahawa beliau tampak lebih manis dan cantik.




Berikut antara komen di Instagram Fathia :


Ada juga peminat yang mendoakan agar segala urusan ibadah Fathia dan keluarga di sana dipermudahkan. Daripada foto-foto yang dimuat naik oleh Fathia, jelas sekali beliau merasa seronok kerana dapat merasai suasana berpuasa di Mekah.
Loading…