in ,

Tak Dapat Curi Duit Tabung Surau, Pencuri Berang Bakar Al-Quran & Selerakkan

kes kecurian di Surau Al Hidayah

Setiap hari pasti akan ada berita tentang kes kecurian yang berlaku dalam negara kita. Baik di kawasan kampung atau pun di bandar dan di mana-mana sahaja kes mencuri akan berlaku. Malahan, kes sebegini kerap berlaku di tempat-tempat yang tidak mempunyai ramai orang dan kawasan itulah sasaran utama si pencuri untuk melakukan perbuatannya.

Terbaru, sebuah surau yang bernama Surau Al-Hidayah yang terletak di Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai, dilaporkan telah dipecah masuk oleh pencuri yang turut bertindak dengan menyelerakan Al-Quran dan membakar beberapa buku agama di surau berkenaan sebelum meninggalkan tempat ibadah itu, lapor Berita Harian.

surau dipecah masuk
Gambar keadaan surau selepas kes kecurian. © Facebook
al quran
Buku agama dan Al Quran disepahkan. © Facebook

Dalam kejadian yang dilaporkan berlaku pada waktu malam, Pengerusi Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Hassan Sabudin memberitahu bahawa beberapa barangan lain yang turut diselerakkan seperti Yassin, Al-Quran dan juga sejadah di bahagian ruang solat jemaah lelaki.

Malahan, jam besar yang terdapat dalam surau tersebut turut dialihkan tempatnya. Melalui pemeriksaan pihak surau, mereka mendapati tabung surau turut mempunyai kesan umpil dengan menggunakan gula-gula getah yang melekat di tabung berkenaan.

Lebih menyedihkan, buku-buku agama ayat suci tafsiran Al-Quran juga dilaporkan turut dibakarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

al quran dibakar
Kesan Al-Quran yang telah dibakar. © Facebook

“Helaian buku agama itu dibakar di laluan bilik air surau yang berada di luar surau, saya tidak pasti bahan bakar apa yang digunakan, namun individu berkenaan menggunakan sesuatu yang dibalut dengan telekung sebelum membakar buku terbabit.

BACA : Dua Kelibat Lelaki Campak Bom Petrol Di Surau Damansara Damai Ketika Jemaah Sedang Solat Subuh

Menurut Hassan lagi, individu berkenaan juga dikatakan tahu akan kedudukan setiap barang-barang yang terdapat dalam surau tersebut termasuk bahagian bilik stor yang tidak berkunci, tabung surau selain turut m, selain turut menyelerakkan al-Quran yang terdapat di sekitar ruangan solat.

al-quran
Tergamaknya individu ini buat begini terhadap Al-Quran. © Facebook
surau al-hidayah skudai
Semuanya diselerakkan semata-mata mencari duit. © Facebook

Beliau menambah, kes yang berlaku ini adalah yang terbesar yang pernah berlaku di surau tersebut semenjak ia mula beroperasi sekitar tahun 1990. Kejadian tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan hanya beberapa kes kecurian kecil.

[wpshortcodead id=”5a395f6279c94″]

© Facebook
pencuri
© Facebook

Hassan juga mengharapkan yang orang ramai tidak terlalu emosi selepas mendapat tahu akan kejadian itu kerana ianya secara tidak langsung memberi kesan terhadap sensitivti agama sehingga akan mencetuskan ketegangan. Lebih baik kita serahkan sahaja kepada polis untuk menjalankan siasatan dengan harapan agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

BACA : Awas!! Inilah 4 Hukum Melintas Di Hadapan Orang Yang Sedang Bersolat

Bukan setakat Al_quran sahaja disepahkan. © Facebook

Setelah siasatan dilakukan di surau tersebut, Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lain, berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung dengan kejadian dari kakitangan surau dan suspek dipercayai berang kerana tidak dapat mencuri duit tabung surau yang tersimpan dalam peti besi, lalu bertindak membakar buku-buku agama. Pihak polis dilaporkan kini sedang giat memburu dan mengesan jejak untuk menangkap pencuri terbabit.

Semoga si pencuri dapat ditangkap dengan segera dan dikenakan hukuman yang setimpal sebelum suspek melakukan perbuatan yang sama di surau lain.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments