in

(VIDEO) Akibat Mencuri Telefon, Seorang Lelaki ‘Berkicap’ Terima Tamparan & Tendangan Seorang Mak Nyah

Satu rakaman video yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai pencuri telah ditampar di muka dan ditendang oleh seorang mak nyah menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas video tersebut tersebar di laman Facebook.

Lelaki terbabit diberikan pengajaran selepas mencuba mencuri dengan memecah masuk ke bilik yang dipercayai milik seorang mak nyah. Walau bagaimanapun, dia bernasib malang selepas ditangkap serta turut dikerjakan oleh mak nyah berkenaan sehingga ‘berkicap’.

Gambar Hiasan

Rakaman video yang berdurasi 2 minit 28 saat itu telah menarik perhatian ramai apabila situasi di lokasi kejadian menjadi bualan kerana sikap orang awam yang dipuji netizen kerana turut bertimbang rasa apabila berhadapan dengan pencuri selepas langsung tidak bertindak atau memukulnya melainkan mak nyah tersebut sahaja.

Selepas ditampar dan turut ditendang beberapa kali oleh mak nyah itu, pencuri tersebut kelihatan menyerahkan telefon bimbit yang dicurinya dan kemudiannya dia dibenarkan beredar dari lokasi kejadian.

“Kau berikan telefon, kau boleh jalan”, pinta mak nyah tersebut.

Seorang lelaki yang berbadan sasa juga turut memberikan amaran kepada lelaki yang mencuri itu agar tidak akan lagi mengulangi perbuatan yang sama di masa depan.

“Jangan mencuri kawasan ini lagi ya! larilah kau laju, laju!”

Lelaki itu bernasib baik kerana diberikan peluang untuk melarikan diri dan tidak diambil sebarang tindakan atau dilaporkan kepada polis. Suspek yang kelihatan menangis teresak-esak sebelum memberikan ucapan terima kasih selepas diberikan kebenaran untuk beredar.

Semoga kejadian tersebut menjadi pengajaran dan kesedaran kepadanya selepas diberikan peluang yang kedua serta turut tidak dipukul oleh orang awam.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0