in

Pendedahan Bekas Pekerja Hotel Mengapa Pekerja Dilarang Memakai Tudung Ketika Bertugas

pekerja hotel bertudung

Isu larangan pekerja hotel memakai tudung di beberapa buah hotel di negara ini masih lagi hangat diperkatakan di media sosial. Malah semakin hari semakin panas dengan pelbagai reaksi netizen dan pendapat orang ramai yang seperti tidak berpuas hati dengan isu yang berkaitan.

Walau bagaimanapun, laporan dari Sinar Harian, terdapat bekas pekerja dalam industri perhotelan turut membuat pendedahan akan hal tersebut apabila ada pihak pengurusan hotel yang tidak mahu menerima pekerja wanita beragama Islam yang memakai tudung bertugas di kaunter hadapan.

bertudung
© Sinar Harian

Menurut Pengurus Restoran Palma Signature, Raja Farah Amira Raja Abdul Rahman, “Polisi hotel itu sendiri tetapkan syarat. Kalau hendak kerja di kaunter hadapan, tidak boleh pakai tudung. Tujuannya untuk tarik lebih ramai pelanggan.

“Saya sendiri ditanya, adakah sanggup membuka tudung sekiranya mereka bersetuju menggaji saya? Kebanyakan hotel ini, bertaraf antarabangsa. Ada sesetengah hotel mempertikaikan isu bertudung, tetapi ada yang menghormatinya,” ujarnya.

Raja Farah, 28, yang mempunyai pengalaman selama 4 tahun berkecimpung dalam industri perhotelan turut berkata, isu pekerja yang memakai tudung adalah merupakan ‘isu panas’.

pekerja hotel bertudung
© Twitter Hotel Tabung Haji

“Sebagai rakyat Malaysia dan berada dalam negara Islam, isu bertudung tidak wajar timbul. Lagipun, pelanggan tidak pernah buat aduan, mengenai pekerja bertudung. Malah mereka lebih menghormati kita.

“Yang penting pakaian kemas dan bersih. Sebagai pemimpin, saya sentiasa pastikan staf seliaan saya sentiasa patuhi undang-undang syarikat,” katanya.

Manakala, seorang lagi yang juga pekerja hotel, Nur Ain Najwa Abdul Aziz, 23, mengatakan selama setahun beliau bertugas di bahagian kaunter hadapan hotel tersebut, beliau belum pernah mendapat sebarang aduan berkaitan sama ada dari pelancong luar negara atau pun dari Malaysia.

pekerja hotel
© Sinar Harian

Malahan katanya, kebanyakan pelanggan yang datang berkunjung di Hotel De Palma, amat menghormati serta turut menerima etika berpakaian mereka iaitu dengan mengenakan tudung ketika bertugas.

Beliau turut berpendapat, penampilan adalah di tempat kedua dan keutamaan adalah kepada kualiti perkhidmatan itu yang diberikan kepada pelanggan yang datang.

Menurut beliau lagi, persepsi orang ramai terhadap pekerja hotel sepertinya seringkali dikaitkan dengan masalah sosial. Jadi dengan menutupi auratnya, mereka akan lebih dihormati malahan sebagai wanita beliau turut merasa lebih selamat dengan bertudung.

Berikutnya komen Nazri berkaitan dengan isu larangan pekerja hotel memakai tudung dengan mengatakan kurang ajar.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments