in

Doa dan Ayat Pendinding Diri Dari Sihir dan Gangguan Syaitan

Doa pendinding dari gangguan syaitan

Doa dan Ayat Pendinding Diri Dari Sihir dan Gangguan Syaitan

Pendinding diri atau pelindung diri adalah amalan untuk menghindari atau melindungi diri dan keluarga kita dari gangguan sihir, syaitan, iblis, jin, kejahatan manusia atau musuh, makhluk halus dan sebagainya dengan menggunakan doa dan ayat-ayat Al-Quran dalam surah tertentu yang terbukti sangat mujarab.

Amalan pendinding diri ini bukan sahaja diamalkan oleh setiap orang malahan ia juga sering digunakan oleh mereka yang mengamalkan perubatan dan rawatan Islam yang menghalau jin dan merawat pesakit mereka yang terkena sihir, santau, saka, gangguan syaitan dan banyak lagi.

Berikutnya dikongsikan untuk anda yang mencari ayat atau doa pelindung diri untuk elak sihir dan sebagainya disampaikan oleh Ustaz Farid Rashidi yang berkongsi beberapa amalan dan surah pendinding diri yang boleh diamalkan untu melindungi diri dari gangguan dan sebagainya.

Amalan Ayat dan Doa Pendinding Diri

Ayat pendinding diri dari sihir dan doa pelindung diri
Amalan doa dan ayat pelindung diri perlu diamalkan untuk melindungi diri kita dari segala kejahatan.

Ada seorang penuntut dan pengamal perubatan Islam sudi kongsikan beberapa amalan elok diamalkan oleh kita, khususnya orang awam.

Katanya dibuat sebagai pendinding diri dan amalan jiwa.

Yelah, kadangkala kita berasa tak kuat. Lemah semangat. Mudah dipengaruhi bisikan tak elok. Maka perlu diisi suatu amalan baik untuk jiwa.

Apapun, mungkin juga ada yang sudah amalkan. Alhamdulillah teruskan. Semua amalan dan doa yang dikongsikan di bawah bukan sahaja untuk diri sendiri malahan untuk menjaga kediaman rumah, keluarga dan sebagainya.

Berikut adalah 5 amalan tersebut yang ingin saya kongsikan. Ia elok diamalkan selepas solat 5 waktu dan dibaca selalu:

1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. 3 Qul (Surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, surah an-Nas)
4. Doa Nabi Yunus a.s

Doa daripada firman Allah SWT:

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

[al-Anbiya’: 87]

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi di dalam al-Jami’:

Daripada Sa’ad bin Abi Waqas r.a bahawa Nabi SAW bersabda:

دَعْوَةُ ذِي النُّونِ إِذْ دَعَا وَهُوَ فِي بَطْنِ الحُوتِ: لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ، فَإِنَّهُ لَمْ يَدْعُ بِهَا رَجُلٌ مُسْلِمٌ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلَّا اسْتَجَابَ اللَّهُ لَهُ

Maksudnya: “Doa Nabi Yunus ketika baginda berdoa di dalam perut ikan paus: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau! Maha Suci Engkau! Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.

Maka sesungguhnya tidak seorang muslim itu apabila berdoa dengannya untuk sesuatu perkara (masalah) melainkan Allah SWT akan memustajabkan baginya”.

[Riwayat al-Tirmizi (3505), Syeikh Syuaib al-Arna’outh berpendapat sanad hadith ini sebagai hasan]

5. Doa Nabi Ibrahim a.s:

Juga doa Nabi Ibrahim a.s yang dirakamkan di dalam al-Quran:

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Maksudnya: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung“.

[‘Ali-Imran: 173]

Itu sahaja amalannya. InsyaAllah sama-sama kita amalkan ya.

Hanya kepada Allah tempat kita semua berserah memohon perlindungan.

Boleh share ke serata-rata. Dari Ustaz Farid Rashidi

Baca juga : Cara Sembuhkan Diri Sendiri Dari Gangguan, Sihir, Ilmu Hitam dan Santau

Doa Mengelak dari Sihir

cara menghalang sihir
Membaca ayat suci Al-Quran dan juga solat mampu menghindari dari gangguan dan sihir.

Berikut turut dikongsikan antara doa dan surah atau ayat-ayat Al-Quran untuk pagar diri atau pelindung diri dari segala kejahatan sihir, gangguan jin dan syaitan dan sebagainya.

1. Doa pendinding sihir

Surah An-Nisa’ Ayat 84
Surah Yusuf Ayat 64

2. Doa Penunduk Sihir

Surah Al-A’raf Ayat 118-122
Surah Toha Ayat 69

3. Doa Pembatal Sihir

Surah Yunus Ayat 81-82

Doa Pagar Diri

doa pagar diri rumi
Doa pagar diri dari orang jahat dan sebagainya. – Facebook

Semoga perkongsian ilmu ayat dan doa pendinding diri ini akan bermanfaat buat anda semua yang memerlukan bantuan. Sebarkan kepada mereka yang memerlukan.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0