in , ,

Lelaki Penerima Anugerah Dari Grab Pemandu Contoh Ditembak Mati Oleh Penumpang Sebelum Keretanya Dilarikan

Seorang lelaki yang juga pemandu perkhidmatan Grab yang pernah viral kerana kelakuan baiknya kepada penumpang dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak pada minggu lalu.

Menerusi laporan NextShark, kejadian tersebut berlaku pada 26 Oktober lalu di mana lelaki terbabit yang dikenali sebagai Gerardo Amolato Maquidato Jr. dari Filipina telah terbunuh selepas beberapa suspek yang dipercayai menyamar sebagai penumpang menembaknya.

Menurut saksi yang berada di sekitar kawasan kejadian, mereka terdengar bunyi tembakan dan ternampak seorang lelaki yang telah ditolak keluar dari sebuah kereta di Bonanza Street di Bandar Pansay, Manila pada ketika itu.


Grab Filipina juga turut melaporkan dan mengeluarkan satu kenyataan tentang tragedi tersebut yang mengejutkan orang ramai kerana mereka langsung tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai peribadi yang baik itu.

“Kami turut meratapi kematian mengejut salah seorang pemandu terbaik kami, Encik Gerardo Amolato Maquidato Jr. Pihak Grab akan memastikan keadilan ditegakkan dan pesalah akan dipenjarakan.”

Pada tahun lalu, mangsa telah menjadi perhatian ramai serta turut mendapat ribuan pujian selepas tindakan murninya itu jadi viral di laman sosial Facebook.

Sumber: Rappler

Pengguna Facebook tersebut berkata bahawa kakaknya yang membawa beg darah dari dialisis telah menggunakan perkhidmatan Maquidato. Kemudiannya dia menyedari bahawa wanita tersebut kelihatan sakit tetapi mashi dapat memberikan senyuman.

Setelah sampai ke destinasi, Maquidato telah membuat keputusan untuk tidak mengenakan sebarang caj terhadap wanita terbabit. Dia kemudiannya mendapat anugerah sebagai pemandu contoh daripada Gran selepas mendapat pujian dari netizen.

Difahamkan, suspek yang terlibat yang dikatakan telah membunuh mangsa serta turut mencuri kereta milik mangsa sehingga kini masih tidak dapat dikesan. Sementara itu pihak Gran dan juga polis kini sedang berkerjasama untuk mengenalpasti serta menangkap pesalah berkenaan.

Selain itu, Grab Filipina juga telah menawarkan 100,000 (RM8195.00) kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan sebarang maklumat yang membabitkan suspek dalam usaha untuk menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments