in ,

Pengalaman Memandikan Jenazah Pondan Yang Cepat Mereput Dan Mengecut

kisah benar memandikan jenazah transgender
Kisah ini boleh dijadikan iktibar untuk kita semua supaya lebih taat kepada Allah. - Facebook

Isu budaya LGBT kini menjadi topik hangat di Malaysia dan golongan yang menjadi kemarahan ramai ini dipercayai meminta ‘hak’ mereka supaya diterima sepertimana jantina lain iaitu lelaki dan perempuan. Sesungguhnya golongan ini telah lupa asal usul mereka dan agama mereka.

Walau apa sekalipun alasan golongan LGBT ini, harus diingatkan bahawa Islam tidak menerima LGBT dan sudah tertulis ianya dilaknat Allah. Hidup kita tidak selamanya bernafas, sampai masa kita semua akan dijemput apabila tibanya ajal.

Menangis air mata darah sekalipun tidak akan berubah waktu itu dan berganjak sedikit pun masa yang telah ditentukan, maka pergilah kita mengadap Allah yang maha esa seperti termaktub di Luth Mahfuz bahawa kita akan meninggal dunia pada tarikh yang telah ditentukan.

Kepada semua yang berkenaan, marilah sama-sama kita bertaubat dan kembalilah kepada fitrah asal yang mana Allah telah tentukan kehidupan kita. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat, sesungguhnya Allah itu maha adil dan saksama.

Ikuti pengalaman seorang pengurus jenazah yang memandikan satu jenazah pondan atau transgender yang boleh dijadikan pengajaran dan teladan untuk kita semua. Semoga kisah ini mampu menyedarkan kita untuk beramal dengan lebih banyak dan ikhlas.

Pengalaman Memandikan Jenazah Yang Dilalui Seorang Ustaz

Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah.

Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

cerita mandi jenazah transgender
Jenazah ditemani tiga waris terdekat iaitu dua abangnya dan ibunya sendiri. – Facebook

In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan dan memandikan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina.

Jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama.

Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.

Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak (buang najis), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar.

Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin.

Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi. Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu.

Saya terus memandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan.

Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapur barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah.

pengalaman mandi jenazah pengurus mayat jenazah
Pengalaman mandi jenazah yang dilalui sendiri oleh Ustaz Syed Sohleh Syed Jalaluddin. – Facebook

Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya memandikan jenazah dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat-sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HUAKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai.

Baca : 13 Fakta Berkenaan Kisah Umat Nabi Lut A.S. Yang Biasanya Tidak Didedahkan Oleh Pendukung LGBT

Sekali lagi saya memohon maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa tentang memandikan jenazah ini, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua.

Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syarak berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.

ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain.

Firman ALLAH yang bermaksud :

“Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk”. (Surah AT-Tiin ayat 4)

Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa (Maksudnya):

“Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki”. (Hadis Riwayat AL-Bukhari)

Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata (Maksudnya):

“Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki”. (Hadis Riwayat Abu Daud)

Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.

Semoga kisah benar yang amat menyentuh hati ini yang dilalui oleh Ustaz ini ketika memandikan jenazah hamba Allah tersebut dapati dijadikan pengajaran kepada mereka yang telah terpesong dari fitrah asal dapat kembali semula ke jalan yang diredhai Allah.

Sumber : Syed Sohleh Syed Jalaluddin

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments