in

Pengantin Ijazah Kelas Pertama, terkejut majlis kenduri bertukar hari graduasi… suami sarung jubah, mak ayah hantar skrol di pelamin

Pengantin Ijazah Kelas Pertama, terkejut majlis kenduri bertukar hari graduasi… suami sarung jubah, mak ayah hantar skrol di pelamin

SETIAP pasangan yang melangsungkan hari perkahwinan perlu bersedia menerima kejutan yang mungkin dirancang oleh ahli keluarga atau rakan-rakan.

Begitulah apa yang terjadi kepada Siti Aishah Mohd Rusli, 26, apabila majlis kenduri kahwinnya bertukar menjadi hari graduasi pada 18 Jun lalu.

Berkongsi kisah kepada mStar, Aishah berkata apa yang berlaku ini merupakan kejutan yang dibuat oleh suami dan keluarga tanpa pengetahuannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebenarnya tarikh kahwin saya sudah ditetapkan bulan November tahun lepas lagi.

“Tiba-tiba tiga minggu sebelum majlis kenduri, saya dapat tahu tarikh majlis konvokesyen jatuh pada hari sama dengan kenduri.

“Bila dapat tahu fasal tarikh ‘bertembung’ tu saya rasa sangat sedih sebab tak boleh hadirkan diri untuk majlis graduasi yang memang saya tunggu-tunggu selama ni,” ujarnya.

Jelas Aishah yang mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, dia berjaya memperoleh Ijazah Kelas Pertama dalam jurusan Sains Biomolikular seperti yang diimpikan sejak dahulu lagi.

BACA : Istimewanya Doa Allahumma Ajirni Minan-Nar! Bacalah 7 Kali Lepas Solat Subuh & Maghrib, Terlepas Seksaan Neraka

Namun, dia terpaksa mengorbankan hari penerimaan anugerah demi menjayakan majlis perkahwinan yang juga tidak boleh ditunda.

“Serba salah dibuatnya bila tahu dua-dua majlis jatuh pada hari sama. Jadi bila dapat tahu tu saya memang ‘down‘ sangat.

“Dari saya ambil diploma sampailah sekarang dah tamat belajar degree memang dah pasang niat nak naik pentas dengan Ijazah Kelas Pertama.

Perasaan bila dapat surprise tu sebak sangat sebab ingatkan tak dapat konvo pakai jubah macam kawan-kawan lain. Rupanya ada juga rezeki saya bila famili dan husband jayakan impian walaupun atas pelamin.
SITI AISHAH
“Ini antara impian paling besar saya atau mana-mana pelajar pun. Lebih kurang seminggu juga saya menangis sebab terkilan tak dapat hadirkan diri untuk majlis konvo tu,” jelas Aishah.

Berikutan perkongsian video kejutan itu yang dibuat pemilik CMI Hall yang tular di TikTok, dapat dilihat pihak pengurusan ruang acara (event space) telah berjaya merealisasikan kejutan yang dirancang oleh keluarga dan suami Aishah,

Rakaman itu memaparkan wanita ini disarungkan jubah keramat oleh suami Muhammad Fawzy Zakaria, 26, di atas pelamin sambil pengumuman seperti dalam dewan konvokesyen dibuat ketika majlis perkahwinan di Kuantan, Pahang itu berlangsung.

Ibu bapa Aishah pula kemudian dilihat berjalan ke pelamin sambil membawa skrol dan gubahan coklat untuk disampaikan kepada anak perempuan mereka itu.

Aishah (dua dari kanan) bersama suami dan ibu bapanya.

Rata-rata netizen kagum dengan kejayaan yang dicapai Aishah serta berselor0h kerana dia dapat melangsungkan perkahwinannya serentak dengan majlis konvo

“Saya kahwin tu bukan tema konvo. Majlis saya buat macam biasa saja cuma hari graduasi yang dilangsungkan tu sekali tu surprise daripada famili dan suami.

“Perasaan bila dapat surprise tu sebak sangat sebab ingatkan tak dapat konvo pakai jubah macam kawan-kawan lain. Rupanya ada juga rezeki saya bila famili dan husband jayakan impian walaupun atas pelamin.

Aishah (tiga dari kanan) bersama ahli keluarganya.

“Rasa sedih juga terutama bila tengok ibu ayah saya sendiri yang sampaikan scroll ijazah. Saya rasa seb4k akhirnya mereka dapat tengok saya sampai ke tahap sekarang.

Apa-apa pun, saya berterima kasih dengan semua yang terlibat menjayakan majlis ni. Saya tak sangka mereka sangat prihatin dan cuba gembirakan saya dengan buat kejutan sangat bermakna bagi saya ni,” ujarnya lagi.

Komen Netizen:

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami Di mediamaklumat

Written by angah k k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0