in

Pengantin Terima Hadiah Kain Putih Anggap Gurauan Rupanya Ilmu Hitam

kesan sihir selepas berkahwin

Iri hati, hasad dengki dan tak puas hati pasti ada dalam diri manusia tertentu yang terkadang merosakkan diri sendiri. Ada yang jenis busuk hati sanggup menyihirkan orang lain yang dibenci tanpa memikirkan akibat yang diterima di kemudian hari asalkan dapat memuaskan hatinya.

Satu perkongsian yang menyeramkan ini dikongsi oleh seorang pengguna Twitter berkaitan dengan kisah mak saudaranya menjadi mangsa sihir apabila dikatakan telah menerima satu hadiah di hari perkahwinannya yang dihantar oleh seseorang yang tidak bernama pada malam pernikahannya.

Hadiah Kahwin Kain Putih Tanpa Nama

hapuskan hasad dengki
Siapa sangka perkahwinan yang dibina ada yang iri hati dan dengki sampai sanggup sihir.

Menurut wanita tersebut, mak saudaranya atau dipanggil sebagai maksu telah mendapat hadiah perkahwinannya yang mengandungi sehelai kain putih berukuran satu meter dan pada mulanya mereka menganggap hadiah yang tidak bernama itu adalah sekadar prank atau gurauan sahaja dari seseorang yang dikenali.

Walau bagaimanapun sangkaan mereka meleset dan tidak tepat kerana selepas maksu membuka hadiah tersebut, dia dikatakan sering bermimpi yang pelik dan aneh sehingga pernah ternampak lembaga berwarna hitam dan juga ular walaupun ular tersebut dikatakan tidak wujud langsung selepas memanggil Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM).

Wanita tersebut terpanggil untuk berkongsi tentang kisah dan pengalamannya ini untuk mereka di luar sana agar perkara yang sama tidak lagi akan berlaku kepada sesiapa saja. Katanya, musim orang kahwin pasti ada yang terima hadiah dan berhati-hatilah dengan semua hadiah tersebut.

kisah benar sihir
Kisah benar ini memang berlaku dan viral di laman Twitter.

Keadaan maksu menjadi semakin teruk selepas kejadian tersebut dan sering meracau-racau tanpa sebab sehingga sakit kulit. Dek kerana perubahan dan kesakitan maksu, keluarganya memilih untuk mencari penawar dan berjumpa dengan ustaz yang lebih tahu tentang perkara ini.

Menurut ustaz terbabit, memang ada sesuatu benda yang tidak kena dengan maksu. Pada mulanya mereka langsung tidak berfikir tentang kain putih itu. Akhirnya mereka temui jawapan rupanya kain putih seperti kain kapan itulah yang menjadi punca segalanya.

Selepas menemui beberapa pakar dan ustaz untuk mengubati sihir ini, akhirnya mereka mendaat tahu bahawa rupanya kawan sekerja suami maksu ada menyimpan perasaan terhadap suaminya. Inilah puncanya apabila wanita tersebut telah menyihir maksu sehingga menjadi begini.

Inilah manusia yang tidak mempunyai ilmu agama sehingga sanggup menyihir orang lain demi kepentingan dan kepuasan sendiri tanpa memikirkan tentang orang lain. Akibat dari perbuatan sihir ini maksu menderita agak lama dan akhirnya dapat diubati sepenuhnya.

kain putih seperti kain kapan
Kain putih atau seperti kain kapan ini diterima pengantin pada hari pernikahannya. – Twitter

Kes yang sama turut berlaku kepada ramai netizen lain yang turut berkongsi pengalaman mereka apabila menghadapi kejadian seperti ini di mana ada yang menerima hadiah kahwin yan dibaluti dengan kain putih yang dijadikan sebagai pembalut hadiah.

Malahan ada juga kes yang terima hadiah berupa sampul surat yang mengandungi jarum, benang, paku dan macam-macam lagi dengan tujuan untuk sihirkan pengantin supaya pengantin tersebut sakit atau menderita kerana suspek tidak dapat memilikinya.

Baca : Lelaki Temui Kain Kuning Dipercayai Santau Angin dan Tanah Kubur

Lebih mengejutkan, satu kes yang turut membabitkan pengantin apabila wanita bekas kekasih pengantin lelaki datang bergambar bersama pasangan raja hari di atas pelamin kemudian wanita itu meletakkan satu tangkal di bawah pelamin. Hasilnya kedua pengantin tersebut bergaduh besar dan masing-masing nampak wajah mereka sangat hodoh dan buruk yang amat menakutkan.

Terlalu banyak kes sihir menyihir ini berlaku dalam masyarakat Melayu hari ini. Ilmu hitam dan santau menjadi jalan terakhir untuk memuaskan hati mereka yang iri hati dan dengki dengan orang lain. Perbuatan syirik ini sangat dimurkai oleh Allah SWT. Jadi, lebih baik dielakkan sebelum anda menerima hukuman yang lebih azab dan teruk.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments