in

Pengasas Bulan Bintang Dituduh Guna Kabel, Abang Tampil Beri Penjelasan

bulan bintanggg

Pengasas Bulan Bintang Dituduh Guna Kabel, Ibu Tampil Beri Penjelasan ~ Ramadhan kian sampai ke penghujungnya, orang ramai pun dah mula sibuk membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah dua tahun tidak berpeluang pulang ke kampung. 

Antara persiapan yang wajib dalam  menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lain tidak bukan adalah, baju raya!

bulan bintang


Bulan Bintang, Jenama Lokal Jadi Rebutan

Bulan bintang adalah merupakan jenama lokal yang mula mendapat tempat di hati masyarakat. Tahun ini merupakan tahun ketujuh jenama ini diasaskan dan berhasil menjadi trending di seluruh negara. 

Pengasas Baju Melayu Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi, berusia awal dua puluh-an  berasa amat bersyukur atas sambutan luar biasa yang diberikan pada tahun ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa pihak yang memberi kecaman. Biasalah, lumrah hidup. Semakin tinggi pohon, semakin kuat angin menerpa. 

bulan bintangg


“Untunglah Anak Dato”

Untuk makluman, Azzim Zahid Azmi telah mengusahakan jualan baju melayu sejak beliau berumur 19 tahun lagi walaupun beliau adalah merupakan seorang anak kepada Datuk dan Datin. 

Beliau berusaha sendiri dan terjun ke dalam bidang perniagaan kerana minat yang mendalam. Bukan kerana ada ‘kabel’ ibu ayahnya. Sebaliknya, berkat usaha beliau sendiri dan prinsip merendah diri akhirnya Baju Melayu Bulan Bintang bertapak di arena perniagaan dengan jayanya.

Menurut salah seorang abangnya, Azri Zahier Azmi, adik bongsunya itu tidak pernah mengambil kesempatan atau menggunakan ‘kabel’ demi perniagaannya.

Sebaliknya Azri rasa kagum terhadap usaha luar biasa adiknya yang berprinsipkan kekuatan minda, fizikal yang memulakan perniagaannya sebagai pencetak baju t-shirt.

Menurut beliau, sikap adik bongsunya yang tidak sombong sering menjadi pembuka rezeki untuknya terus mengembangkan sayap perniagaan baju Melayu.

“Wahai abang, kakak, makcik, pakcik, apa yang kamu tengok hari ini, butik besar, banyak cawangan semua ni bukan baru hari ini jadi. Bukan petik jari. Ini semua hasil usaha, berkat sabar, kekuatan minda dan fizikal juga rezeki Allah berkat doa ibu-bapa adik-beradik selama tujuh tahun lamanya.” – abang pengasas Bulan Bintang

Abang Beri Penjelasan, Adiknya Bermula Dari Bawah

Menurut Azri Zahier Azmi, abang kepada Azzim Zahid Azmi (pengasas bulan bintang), adiknya mula berniaga cetak t-shirt semasa zaman sekolah dahulu dan membuat khidmat photography. 

Tambah Azri, meskipun lahir daripada keluarga yang tahu selok-belok perniagaan namun adiknya tidak diberikan kelebihan itu sebaliknya semua mereka masing-masing perlu memerah keringat dan membanting tulang sendiri.

BACA JUGA: Ibu Meninggal Dunia, Anak Bergegas Dari Airport, Berlari Ke Arah Kuburan Untuk Melihat Wajah Ibunya Kali Terakhir, Sedih!


Buka Butik Selepas 6 Tahun Berniaga

Tahukah anda, jenama Bulan Bintang berjaya membuka butik sendiri selepas 6 tahun beroperasi. Apa yang anda alihat sekarang adalah merupakan sebuah proses perjalanan yang cukup panjang. 

“Selama tujuh tahun adik aku meniaga, takda hidup mewah-mewah. Business first. Time bukan musim raya, dia kerja makan gaji. Kumpul duit sikit demi sedikit. Tahun keenam baru berjaya buka butik.

“Wahai abang, kakak, pakcik, makcik, berniaga jual baju Melayu, jual air, jual durian, jual sate ini apa kabel boleh pakai? Apa pangkat jadi berguna? Kalau nak ikutkan, lagi malu ‘anak Datuk’ jual Baju Melayu, jual durian, jual sate tepi jalan,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengatakan, sempat membantu adiknya pek order, mengambil tempahan dan juga membuat marketing pada awal-awal perniagaan.


Sedih Adik Dikecam, Netizen Tidak Tahu Cerita Sebenar. 

bulan bintang

Bukan sahaja abang beliau tampil beri penjelasan, kakak beliau Nur’ain Zalia Azmi, turut menyatakan rasa terkilannya terhadap kecaman orang kepada adiknya. 

Apa yang lebih menyedihkan, ibu mereka yang berumur lebih 60 tahun turut membaca segala tomahan netizen terhadap adik bongsunya itu.

Malah, beliau juga sempat membalas beberapa komen yang dilontarkan sambil menyatakan rasa sedih dan kecewa beliau. 


Kesimpulan

Kisah ini wajar dijadikan inspirasi anak muda untuk berjaya melalui usaha diri sendiri. Usaha yang berterusan pasti akan membuahkan hasilnya nanti. 

Tahun ini hampir 6000 orang turut serta berkongsi rezeki menjual baju melayu Bulan Bintang dan berjaya membuat jualan sehingga mencecah 1 juta.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang sanggup beratur sehingga 10 lot kedai demi mendapatkan baju melayu Bulan Bintang. Memang terbaik!

Written by Admin (NP)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0