in

Pengetua Sekolah Jadi Rider Grab Demi Kutip Dana Sekolah Agama Bu4t Warganet Tersentuh

pengetua sekolah

Pembinaan sekolah yang memerlukan dana tinggi menjadi penyebab seorang pengetua sekolah mengambil inisiatif untuk turut turun padang bagi mengumpulkan dana. Usaha pengetua ini mendapat perhatian dan komen positif daripada pelbagai pihak. 

Pengetua Sekolah Jadi Rider Grab?

pengetua sekolah

Pengetua Sekolah Agama Menengah (SAM) Jeram, Kuala Selangor, Selangor yang dikenali sebagai Haji Aedil Mat, 53 tahun, tular di media sosial apabila gambar beliau yang memakai seragam lengkap Grab dimuatnaik di media sosial. Menurut beberapa sumber, dana pembinaan kemudahan sekolah agama tersebut yang diperlukan adalah berjumlah lebih kurang RM 362,000.

BACA JUGA: Jiwa Kental! Inilah Wanita Luar Biasa Di Puncak Bangun4n KLCC

Idea Gimik Pengetua Sekolah Ternyata Memberi Impak

pengetua sekolah
Sumber: Mstar

Apa yang terjadi sebenarnya ialah, ia sebenarnya hanyalah gimik untuk pihak sekolah melancarkan sumbangan dana. Beliau sendiri juga tidak menyangka gambar yang diambil ketika membuat gimik tersebut memberi impak yang besar untuk pengumpulan dana yang diusahakan. 

“Bila tersebar gambar itu, ramai yang bertanyakan hal tersebut sehinggakan saya tak sempat nak jawab satu-satu. Sebenarnya itu gimik untuk pihak sekolah merancakkan sumbangan dana walaupun hanya RM5.”

Sehubungan itu, misi pengumpulan dana tersebut menjadi lebih mudah kerana ramai yang turut menyumbang. Tambah beliau lagi, sebenarnya pembinaan kemudahan sekolah tersebut sudah dijadualkan, namun disebabkan pandemik virus korona ditambah dengan kekangan lain, ia terpaksa ke tarikh yang akan diumumkan kelak. 

Bersyukur Pembinaan Kemudahan Sekolah Bakal Berlaku

pengetua sekolah

Walaubagaimanapun, beliau tetap melahirkan rasa syukurnya kerana sudah mendapat kelulusan dan dana yang diperlukan sudah hampir mencukupi. Sekolah agama tersebut dipercayai memberi manfaat kepada 825 pelajar sekolah.

“Untuk sementara waktu, pihak sekolah guna surau sebagai tempat untuk berkumpul buat sementara waktu. Dewan terbuka itu nanti banyak kegunaannya termasuk aktiviti kokurikulum dan sebagainya.”

Idea luar biasa beginilah yang diperlukan untuk menarik perhatian orang ramai bagi sama-sama turut membantu.

Apapun, sekiranya anda mempunyai rezeki lebih, jangan berat hati untuk memberi sumbangan kepada mana-mana pihak yang memerlukan. Ia boleh menjadi pahala yang berterusan buat anda selagai mana ia memberi manfaat kepada orang lain. 

Sumber: https://viralmalaysiaku.com/ 

Written by comel np

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0