in

Pengguna Telco Tempatan Tidak Berpuas Hati Selepas Data Kena ‘Telan’ Setiap 3 Jam..

Setiap pengguna internet pastinya akan membuat pilihan untuk menggunakan pakej internet yang paling baik serta menguntungkan agar penggunaan data dapat digunapakai sebaik mungkin dan tidak ingin kerugian.

Untuk pengguna prepaid, penggunaan data adalah perkara yang amat penting sehingga kadang-kadang sekiranya data hilang begitu sahaja sekelip mata tanpa menggunakan apa-apa yang menyebabkan data yang dibeli habis begitu sahaja. Malah, perkataan kesat pasti akan terkeluar dari mulut kerana tidak berpuas hati di atas perkara tersebut yang berlaku secara tiba-tiba.

Perkara seperti inilah terjadi kepada seorang pengguna telco tempatan apabila beliau berhadapan dengan masalah penggunaan datanya ‘ditelan’ begitu sahaja. Ikuti perkongsian Zamer Zaimi yang meluahkan kekesalannya terhadap apa yang telah berlaku.

Zamer Zaimi turut mendakwa data internet miliknya setiap 3 jam hilang begitu sahaja walaupun penggunaannya sangat minimal malah beliau turut memberitahu internet miliknya itu digunakan hanya untuk Facebook, Instagram dan juga aplikasi Whatsapp sahaja.

Biarpun beliau telah pun membuat laporan kepada pusat khidmat pelanggan telco terbabit, respon yang diterima Zamer sungguh mengecewakannya.

Jika dilihat niat lelaki ini bukanlah untuk mencari kesalahan sesiapa tetapi berkemungkinan cara penggunaan data miliknya itu menyebabkan hilang begitu sahaja. 1GB tidaklah sebesar mana kerana aplikasi Facebook dan Instagram juga dikatakan menggunakan data yang agak banyak sehinggakan penolakan data pasti akan berlaku.

Apa pun, jika dilihat apa yang didakwa Zamer juga ada betulnya kerana begitu banyak komplen dari pelanggan telco terbabit berkaitan isu yang sama sering kita dengari yang menunjukkan seperti ada sesuatu yang belum dapat diselesaikan sehingga kini.

Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik dan tidak menyebabkan kedua-dua pihak berkecil hati.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments