in ,

Betul Ke Penggunaan Air Fryer Boleh Sebabkan Kanser? – Dr Hani Mynis

kesan penggunaan air fryer

Viral di laman sosial yang menyatakan bahawa penggunaan air fryer boleh menyebabkan kanser. Apakah air fryer itu? Ia sebenar salah satu barang elektronik yang boleh digunakan di dapur untuk memudahkan kerja seperti menggoreng, membakar, buat kek dan banyak lagi kegunaannya.

Ramai netizen yang mempertikaikan tentang penggunaan air fryer ini yang dikatakan berkait dengan kesihatan tubuh badan jika ia terus digunakan sehingga boleh mendapat penyakit kanser seterusnya mengundang kerisauan orang ramai.

Sebaiknya kita semua mendapatkan jawapan dan maklumat yang betul tentang ini, bukannya terus mempercayainya tanpa usul periksa. Ekoran berita yang menjadi tular ini Dr. Hani Mynis berkongsi dan memberi pandangan serta informasi yang berguna tentang bahaya atau tidak jika kita guna air fryer ini.

Adakah Bahaya Penggunaan Air Fryer?

keburukan menggunakan air fryer
Berbagai jenis air fryer yang terbaik boleh didapati di pasaran.

Semalam ada beberapa orang tagged Hani kat satu artikel mengatakan penggunaan air fryer berbahaya boleh menyebabkan makanan menghasilkan sejenis kompoun yang menyebabkan kanser (ini pemahaman netizen berdasarkan kandungan artikel tersebut).

Makanya ramailah yang tag suami kawan adik beradik memasing tak jadi nak beli air-fryer! Sebab kononnya air fryer bahaya boleh sebabkan kanser. Alahai ke situ pulak jadinya.

Ni nak cerita bab sains, hani ringkaskan;

Makanan BERKANJI bila digoreng/dimasak menggunakan SUHU YANG TINGGI (iaitu melebihi 120C), akan hasilkan sejenis kompoun yang sifatnya toksik yang boleh menyebabkan kanser iaitu akrilamida.

KANJI + SUHU TINGGI = BAHAYA

Contoh makanan berkanji: nasi; tepung; ubikayu; kentang; roti

Point nya disini, tak kisah lah menggoreng/memasak Makanan BERKANJI menggunakan cara apa: air-fried, deep-fried, oven-bake, microwave even guna kuali legend sekalipun ianya akan menghasilkan akrilamida. Oleh itu, tolonglah;

Air fryer tak salah! Air fryer tak menyebabkan kanser.

Fakta ini perlu dibetulkan.

Macam mana nak kurangkan risiko penghasilan akrilamida ni? Tapi teringin nak makan kentang goreng, ubi kayu goreng. Dua pemboleh ubah yang boleh kita kawal; SUHU dan MASA.

Gunakan SUHU yang rendah, tapi MASA yang lama untuk menggoreng.

Inilah kebaikan air fryer! Kita boleh manipulasi suhu dan masa kita memasak. Kalau nak sukat suhu minyak masak jenuh pulak kan? OK dah clear yang kat sini?

Hani kalau bab benda yang memudahkan proses menguruskan rumah memang hani suka. Tak kisah lah mengemas atau memasak. Oleh itu, apa sahaja gadjet/appliance/item yang memudahkan kerja kat dapur ni memang dalam wishlist hani dan hani sarankan kat jiran tetangga adik beradik mertua untuk guna.

Sebab apa, sebab nak memudahkan kerja kita kat dapurlah. Tak kisahlah wanita bekerjaya ke wanita suri rumah ke, wanita belum berkahwin ke, mana yang memudahkan kerja rumah, hani sarankan beli!

Ada rezeki lebih, BELI! Bila kerja rumah kita dimudahkan, efisyen, insyaAllah kurang stress nak menguruskan rumah; lebih banyak masa dengan anak-anak keluarga dan diri sendiri.

bahaya guna air fryer sebab kanser
Selain menggoreng dan membakar banyak lagi fungsi boleh digunakan dengan alat ini.

Kat sini hani beri contoh penggunaan air-fryer yang efisyen dan mencepatkan proses memasak, banyak lagi boleh buat tapi hani bagi satu contoh:

Siapa suka makan ayam masak merah? Nak masak ayam masak merah secara konvensional:

Goreng ayam dulu (menggunakan minyak yang agak banyak dan menggunakan masa) dah siap goreng ayam baru masak sambal masak merah nya (kalau cara hani wajib gunakan minyak yang sama utk goreng sambal; jimat minyak pada masa yang sama elakkan ada minyak terpakai lebihan) = masa yang lama jadinya dan berminyak double-double lah kan.

New style. Hani masak sambal masak merah. Pada masa yang sama hani masak sambal, hani goreng juga ayam dalam air-fryer. Suhu jangan tinggi sebab kita tak nak ayam tu terlalu garing. Ayam untuk masak ayam masak merah wajib lembap-lembap juicy-juicy.

So kita buat dua kerja dalam satu masa. By time sambal dah nak masak, ayam dah siap masak, tunggu nak dimasukkan je dalam sambal ayam masak merah = kurangkan penggunaan masa = anak pun happy ibu dia tak lama kat dapur.

Air fryer bukan hanya untuk menggoreng sahaja ya. Membakar pun boleh buat ayam percik, buat kek pun boleh. Bakar pizza pun boleh. Yang ni episode lainlah ya. Nanti-nanti hani kongsi Resepi menggunakan air fryer.

Info Penting:

Siapa yang nak beri hadiah pada diri sendiri atau suami nak beli kan hadiah pada isteri sempena hari jadi, hari ulang tahun perkahwinan atau saja2 sebab nak jadi suami soleh nak banyakkan rezeki, tak payah fikir jauh, belikan AIR FRYER, BELI!!

Semoga perkongsian dari Dr Hani Mynis tentang bahaya atau tidak dengan penggunaan air fryer dalam kehidupan seharian kita ini telah memberikan jawapan dan anda tidak lagi perlu meragui tentang keburukan guna air fryer ini.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments