Seiring dengan kecanggihan teknologi dan pembangunan, kini penggunaan drone atau dron semakin meluas di seluruh dunia. Ia pada mulanya digunakan untuk tujuan risikan dan ketenteraan kini pesawat tanpa pemandu ini terus menjadi perhatian dan digunakan untuk berbagai jenis tujuan yang amat berguna untuk semua orang.
Drone sering digunakan untuk pengambaraan filem, videografi udara, fotografi dan bermacam lagi yang menjadikan ia sangat diperlukan oleh dunia selain dapat membantu berbagai masalah seperti menyelamat, operasi mencari, pengawasan, pemantauan trafik, cuaca dan sebagainya.

Perkhidmatan dan Penggunaan Drone di Malaysia
Hari ini, negara kita Malaysia turut berminat dengan kebaikan dan manfaat penggunaan drone yang mana ia akan dimanfaatkan untuk tujuan penghantaran pos atau jenis bungkusan tertentu. Ia pasti akan memudahkan lagi kerja penghantaran dan penerimaan Pos Malaysia yang dibawa dari udara ke destinasi yang ditujui.
Beberapa hari lalu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobing Singh Deo berkata, matlamat pengguna pesawat tanpa pemandu yang menggunakan remote control ini akan dilaksanakan di negara ini dalam jangka masa lima tahun akan datang bermula dari sekarang.

Niat murni ini dikatakan sebagai menyahut seruan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menegaskan bahawa negara kita seharusnya turut menerokai teknologi terkini dengan evolusi baru seperti penggunaan drone ini katanya.
Menurut Gobind, kebaikan dan kegunaan drone di Malaysia adalah bertujuan menghantar bekalan seperti ubat-ubatan ke kawasan pedalaman yang terpencil atau pun kawasan luar bandar yang memerlukan penghantaran cepat ketika dalam kecemasan.
Berkemungkinan, untuk penghantaran pembelian secara online yang sering dibuat orang ramai masih lagi menggunakan perkhidmatan posmen atau pun pos Malaysia. Walau bagaimanapun, mungkin juga akan gunakan khidmat drone di masa akan datang, siapa tahu?


Gobind turut menyatakan bahawa bagi mencapai matlamat ini juga pihak berkenaan akan memastikan berbagai aspek yang akan terus diberikan perhatian termasuklan isu keselamatan penggunaan drone dalam perkhidmatan kurier selaras seperti dalam peraturan yang ditetapkan dalam industri penerbangan.
Menurut Lobak Merah pula, Malaysia sebenarnya telah lama menunjukkan minat untuk pergi lebih jauh lagi dalam dunia arus pemodenan terkini seperti di negara Switzerland yang menjadi inspirasi negara kita yang mana mereka telah pn menggunakan perkhidmatan dron secara komersil.
Di Switzerland, perkhidmatan drone digunakan secara meluas untuk penghantaran sampel atau spesimen makmal ke hospital atau klinik semenjak tahun lepas melalui syarikat penghantaran pos yang terdapat di negara itu.
Di beberapa negara lain seperti Australia dan China juga turut menguji kebolehan perkhidmatan ini dengan menggunakan perhantaran buku teks kepada pelajar bagi mengantikan kaedah penghantaran konvesional.

Apa yang lebih menarik tentang perkhidmatan drone ini, ia telah digunakan oleh syarikat peruncit terkenal dalam talian iaitu Amazon yang telah melancarkan khidmat ini pada tahun 2016 dengan penghantaran produk pertama iaitu pop corn menggunakan dron. Untuk menggunakan khidmat ini, anda perlu memastikan berat barang anda tidak melebihi daripada dua kilogram untuk servis penghantaran.
Kalau betul bagai dikata, perkara ini akan menjadi kenyataan pada tahun 2024 nanti dan sama-sama kita lihat apakah benar ia akan direalisasikan atau hanya omongan kosong. Walau bagaimanapun, teknologi zaman sekarang tiada yang mustahil, pasti menjadi.
Loading…