in

Penggunaan Ganja Akan Dihalalkan di Thailand. Apa Pendapat Anda?

kebaikan dan penggunaan ganja

Ganja adalah sejenis dadah yang diharamkan di Malaysia dan kesan mengambil ganja dipercayai akan menjejaskan kesihatan seseorang. Kebanyakan negara di seluruh dunia turut mengharamkan penanaman, pemilikkan dan penggunaan ganja dalam kehidupan seharian.

Penggunaan Ganja di Thailand

Walau bagaimanapun, satu laporan dari Nextshark mungkin akan mengejutkan ramai apabila menyatakan bahawa negara Thailand mungkin akan menghalalkan penggunaan ganja dalam perubatan yang akan menjadikan negara ini adalah negara yang pertama di Asia yang menghalalkan penggunaan dadah yang juga dipanggil sebagai marijuana ini.

kebaikan ganja dalam perubatan
Pokok ganja yang ditanam perlu dijaga rapi untuk kesuburan.

Menurut laporan tersebut, rancangan tersebut diusulkan dengan tujuan untuk mengembalikan semula kedudukan ekonomi yang didominasi negara Thailand sejak empat dekad yang lalu yang mana Thailand juga adalah antara pengeksport ganja yang terbesar di dunia ketika tahun 1980-an.

Selain itu Organisasi Farmaseutikal Kerajaan (GPO) yang berada di bawah Kementerian Kesihatan Awam pada ketika ini sedang menunggu keputusan kelulusan daripada kerajaan tentera bagi mengkaji penggunaan ganja serta untuk menjualnya dengan tujuan perubatan.

ganja untuk perubatan
Daun ganja yang telah dikeringkan dan dibotolkan sebelum digunakan.

Melalui kajian yang telah dijalankan di Thailand mereka telah mengesahkan bahawa pokok ganja mampu merawat berbagai penyakit dan menerusi kajian tersebut tiga jenis penyakit dapat dirawat dengan menggunakan ganja iaitu;

  1. Hilang selera makan dan loya bagi pesakit yang menjalani kimoterapi
  2. Epilepsi iaitu sawan kanak-kanak
  3. Sklerosis berbagai jenis

Pada masa ini di negara Thailand, mereka masih lagi mengharamkan penggunaan ganja untuk apa sahaja tujuan dan sesiapa yang ditangkap kerana memiliki dadah jenis ganja ini akan menerima hukuman penjara selama 15 tahun.

ganja dan kesannya
Khasiat ganja dalam perubatan telah terbukti selepas banyak kajian dilakukan.

Difahamkan, kerajaan tentera membenarkan kelulusan untuk undang-undang diolah dengan penggunaan ganja kepada tujuan perubatan subjek manusia. Dewan Undangan Nasional juga dikatakan akan memberikan kelulusan tentang ini pada tahun 2019 akan datang.

Kebaikan dan Keburukan Ganja

Ganja mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri yang boleh mengubati dan memudaratkan kesihatan tubuh badan manusia. Ada yang mengatakan ia dibuat sebagai ubat tradisional serta perubatan moden untuk menyembuhkan beberapa penyakit.

keburukan dan kebaikan pengambilan ganja
Individu yang menghisap ganja seperti rokok pasti akan ketagihan.

Berikutnya adalah kesan penggunaan ganja sehingga menyebabkan ketagihan dan kebaikan ganja untuk kesihatan yang terbukti berjaya sembuhkan penyakit. Sebenarnya terlalu banyak manfaat dan bahaya ganja, namun senarai yang dikongsikan adalah beberapa yang terpilih sahaja.

Kebaikan Penggunaan Ganja

  • Menambah selera makan
  • Ubat Kanser
  • Mencegah penyakit Parkinson
  • Mengubati radang usus
  • Sebagai ubat penenang
  • Melambatkan penyakit Alzheimer
  • Meredakan kekejangan otot

Kesan Penggunaan Ganja

  • Ketagihan
  • Paranoid
  • Sakit jantung
  • Masalah paru-paru
  • Halusinasi
  • Kurang daya ingatan
  • Sakit kepala
  • Mulut dan bibir kering
  • Sakit jiwa

Jika di Thailand akan meluluskan penggunaan ganja yang terbukti untuk kebaikan kesihatan dan penyembuhan berbagai jenis penyakit, agak-agak di Malaysia akan ikut langkah yang sama atau tak?

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments