in

Pengorbanan Ayah Menjual Nasi Beriani RM 10 Sambil Bawa Anak Kecil Membuatkan Netizen Kagum

Pengorbanan Ayah

Pengorbanan Ayah bukanlah satu pengorbanan yang kecil. Dari kecil lagi insan yang bergelar seorang ayah sanggup berkorban apa sahaja.

Pengorbanan Ayah

Pengorbanan Ayah Ini Akan Membuatkan Kita Mengalirkan Air Mata

Disebalik kejayaan yang dikecapi oleh kita pada hari ini, ada seorang insan yang sanggup berkerja keras dan berusaha supaya kita dapat merasa kesenangan dan kejayaan kita di masa hadapan. Kali ini kami hendak berkongsi satu kisah seorang lelaki bergelar seorang ayah dan juga suami yang sangat hebat.

Perkongsian ini kami dapat daripada Facebook page satu Channel Youtube Iaitu FS Channel Siapa yang mengikuti FS Channel pasti sangat mengenali konten yang disediakan oleh channel ini. Pada kali Ini Fs Channel ke salah sebuah bank yang terletak di USJ 9 Taipan.

Pengorbanan Ayah

Kali ini mereka mendekati seorang peniaga iaitu Encik Hanif yang menjual Nasi beriani. Walaupun nasi beriani yang dijualnya cuma berharga RM 10 tetapi ia setanding dengan nasi beriani yang berharga lebih mahal,

Malah, sewaktu team FS Channel mencubanya pun kita dapat lihat portion yang disediakan juga sangat banyak. boleh dikatakan nasi kayangan tapi harga marhaenlah. Kita yang makan pun memang kenyanglah.

Baca Juga: Cara Register RFid Touch n Go , Dapatkan diskaun RM10.

Walaupun berniaga di tengah panas, tetapi senyuman tidak pernah lekang dari bibir beliau dan tutur katanya juga sopan.. Apa yang membuatkan para netizen tersentuh ialah, Encik Hanif sanggup bangun seawal 4,30 pagi demi untuk menyiapkan nasi beriani yang beliau jual.

Kegigihan beliau bangun awal pagi, turut membuatkan para netizen kagum kerana sanggup berusaha keras untuk mencari rezeki sewaktu pandemik ni.

Apa Kata Netizen??

Menjengah di ruangan Fb Page FS Channel rata-rata netizen merasa kagum dengan kegigihan beliau mencari rezeki

Pengorbanan Ayah

Penat la nangis  abg nie patot dijadikan contoh..suami dan ayah terbaik..dia masak dia jual..malu tu dia letak tepi sbb byk mulot dia kena suap makan.. boleh nmpk kesungguhan abg nie cari rezeki..xpe bang..teruskn cari rezeki halal.. selagi ada usaha..selagi tula rezeki Allah tu ada .. Semoga Allah permudahkan urusan abg dunia Dan akhirat..Amin

Pengorbanan Ayah

 

Terpaksa Bawa Anak Kecilnya Berniaga sekali

Apa yang membuatkan netizen lebih tersentuh ialah dia terpaksa membawa anak kecilnya sewaktu berniaga kerana isterinya juga turut berkerja. Pengorbanan ayah seperti encik hanif ini sememangnya sangat besar dan sanggup berusaha keras untuk mencari rezeki demi keluarganya.

bagi yang mempunyai ayah, hargailah pengorbanan ayah anda kerana tanpa ayah kita mungkin tidak akan merasa kesenangan seperti hari ini.Pengorbanan ayah seperti encik hanif sangatlah besar. Benarlah kata perpatah, kasih ibu membawa ke syurga dan kasih ayah untuk selamanya. Jadi, yang mana masih mempunyai auah, jagalah mereka dengan sebaiknya.

Jika anda mahu membuat tempahan atau mahu membeli Nasi beriani yang di jual oleh Encik Hanif, Kami sertakan sekali maklumatnya di bawah ini:

Contact Detail (Untuk Tempahan)
Encik Hanif
019-6355069
Waktu Niaga
Isnin-Sabtu
9 Pagi – 12 Tengah Hari
Lokasi
Depan CIMB Bank USJ 9 Taipan
Subang Jaya Selangor

 

Written by yusuf

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0