in

(VIDEO) Viral Peniaga Burger Didakwa Ditumbuk Seorang Pegawai Polis

peniaga burger ditumbuk pegawai polis

Tular di laman sosial satu rakaman video yang memaparkan pertengkaran di antara seorang peniaga burger yang didakwa telah ditumbuk serta turut diacukan pistol oleh seorang pegawai polis di Taman Rasah Jaya, Negeri Sembilan.

Seperti yang dilaporkan Utusan Online, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci selepas menerima aduan seorang peniaga burger berkaitan dengan insiden berkenaan yang dikatakan berlaku pada 9 Januari lalu pada jam 1.30 pagi.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin, pihaknya mengesahkan bahawa turut menerima aduan dari kedua-dua pihak dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan mengikut Seksyen 323 dan 353 Kanun Keseksaan.

 

Menurut beliau lagi, kes tersebut dikatakan berlakunya salah faham antara pegawai polis terbabit dengan peniaga burger tersebut yang mengadu bahawa dua lelaki iaitu pegawai polis datang ke gerai burger miliknya kira-kira jam 1.30 pagi.

Kedua-dua pegawai polis terbabit memperkenalkan diri dan telah meminta kad pengenalan peniaga burger berkenaan untuk diperiksa. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut dikatakan enggan dengan alasan mereka tidak menunjukkan kad kuasa polis sebelum meminta kad pengenalannya.

Peniaga burger itu juga menyatakan bahawa salah seorang daripada lelaki berkenaan kemudiannya telah menumbuk mukanya sebelum berlakunya pergelutan antara mereka sambil disaksikan beberapa orang lain yang turut berada di lokasi kejadian.

Rata-rata netizen yang menonton rakaman video tersebut masing-masing mempunyai pendapat mereka tersendiri serta turut mengecam tindakan kedua-dua pengawai polis berkenaan dengan mengatakan bahawa mereka tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap si pengadu.

Berikutnya beberapa komen dan pendapat dari netizen yang telah menonton rakaman video berkenaan yang kini viral di laman sosial menjadi perbualan hangat dan menarik perhatian ramai.

Nurul Kiflie
Jangan berat sebelah, PDRM SILA SIASAT, tak SEWAJARNYa ANGOTA POLIS BERSIKAP BEGINI.

Amy Amirash
Inilah perosak nama polis kat malaysia ni. Orang beristigfar pun diludahkannya. Di mana integriti seorang pegawai polis? Sedih melihat orang-orang Melayu yang menindas bangsa sendiri. SYABAS bro jangan risau jika anda tak bersalah kami rakyat Malaysia ada bersama anda.

Fatariza Hamid
Adik, buat report kemudian kawan yang jadi saksi jangan mudah termakan pujukan polis untuk tarik kes. Pastikan anggota tu dapat balasan, pegawai tu kuat rasuah area sana.

Asmahani Osmera
Tak faham punca sebenarnya. Tapi kenapa bila tengok video ni tiba-tiba darah menyirap. Lagi-lagi bila tengok si gemok gedempol boroi baju kuning tu, dia selit pistol dia macam selit keris di pinggang. Boleh ke polis sengaja tayang pistol depan org awam? satu lagi kenapa polis Malaysia ni gemok gedempol boroi? Pegi exercise pakcik.

Intan Pdk
Aku tak kisah pun sape ko pakcik. Yang aku kisahkan kenapa ko ludah dan carutkan bila adik tu beristighfar. Jauh betul beza akhlak ko pkcik nak dibandingkan dengan adik tu. Macamana pun aku respect adik tu lancar je lidah dia beristighfar.

Zahasrul Azahari
Saya ada bukti brother ni hisap rokok di gerai makan. Boleh claim duit ka? Hahahahaha.

El-Adzahar Omar
Suruh pakcik yang selit pistol tu cari pembunuh Adib sampai dapat kalau betul-betul jagoan!

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan baik serta adil dan saksama. Pasti ramai yang ingin tahu bagaimana kesudahannya.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0