in

Peniaga Goreng Pisang Dituduh Campur Adunan Tepung Dengan Kapur Simen, Orang Ramai Diminta Hentikan Sebar Maklumat Palsu

PUCHONG – Seorang peniaga goreng pisang didakwa telah menggunakan kapur simen yang dibancuh bersama adunan tepung bagi merangupkan rasa goreng pisang yang dijualnya tular menerusi aplikasi Whatsapp beberapa hari lalu.

Gambar ini tersebar di aplikasi Whatsapp dengan dakwaan dicampur kapur simen.

Dakwaan terhadap peniaga terbabit yang dikenali sebagai Amir Mohamed Yatim telah menyebabkan perniagaan jualan goreng pisangnya itu dikatakan telah merosot selepas tersebarnya dakwaan tersebut, lapor MMO.

“Tuduhan kata saya guna kapur simen sampai satu Malaysia dah tahu, ibu saudara isteri saya pun ada hubungi tanya betul ke kami guna bahan itu dalam adunan goreng pisang,” ujarnya.

Difahamkan, beliau telah pun membuat aduan tentang perkara berkenaan kepada kilang tepung yang mengakui menggunakan bungkusan yang tertera “Cornice Adhesive” selepas dikatakan telah kehabisan kertas bungkusan biasa untuk pembungkusan tepung berkenaan.

Menurut Amir, dia langsung tidak menyedari akan masalah bungkusan tepung tersebut selepas membelinya di pasar borong yang dikatakan menggunakan kertas berbeza yang menyebabkan gambarnya itu tersebar di media sosial.

Bungkusan tepung goreng rangup yang dibeli Amir di pasar borong.

Ekoran kejadian itu, beliau yang baru sahaja meniaga dalam sebulan telah membuat laporan polis dan Kementerian Kesihatan juga turut mengesahkan kandungan tersebut bukannya kapur simen seperti yang didakwa.

“Saya nafi guna tepung campur kapur simen dalam adunan pisang goreng dijual, kepada yang sebarkan hal ini tanpa semak perkara sebenarnya tolonglah betulkan keadaan, benda ni dah tersebar seluruh negara,” jelasnya.

Selain itu, Pengarah Jabatan Perlesenan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Muhammad Azli Miswan turut dilihat menasihati Amir agar segera membuat permohonan untuk permit perniagaannya itu setelah didapati menjalankan perniagaan berkenaan secara haram.

Manakala di media sosial pula, segelintir netizen turut menasihati orang ramai agar tidak mempercayai kenyataan berkenaan yang dikatakan telah menganggu perniagaan milik Amir itu.

Seorang lelaki Zafarul Akram turut menafikan perkara tersebut serta turut memuat naik satu posting khas berkaitan dengan penyebaran gambar perniagaan Amir yang disifatkan sebagai ingin menjatuhkan perniagaan Amir.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0