in

Penipu Online Bijak Yakinkan Mangsa Yang Lebih Pandai (Scammer)

Penipu online Malaysia 2018

Dalam zaman serba serbi moden ini banyak perkara yang boleh dibuat secara online sama ada membeli atau menjual dan sebagainya. Memang lumrah kehidupan setiap kebaikan pasti ada keburukan begitu juga transaksi atas talian yang sering dihadapi ramai orang dengan scammer atau penipu online.

Penipu Online Tawarkan Hadiah

Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Muhamad Misran telah membuat pendedahan bagaimana beliau menghadapi satu pengalaman penipuan atas talian oleh individu yang tidak bertanggungjawab iaitu penipu online yang menghubunginya melalui aplikasi Whatsapp dengan menawarkan ganjaran berupa hadiah dan wang ringgit.

Semak no akaun scammer
Tawaran dari scammer kepada nombor telefon yang terpilih.

Melalui posting lelaki ini, dia menyatakan bahawa menerima mesej daripada penipu online dan nombor yang tidak dikenali yang memaklumkan kepadanya bahawa beliau telah memenangi Peraduan Nestle menerusi nombor telefonnya yang dikatakan terpilih menjadi pemenang.

Hadiah pemenang bagi peraduan tersebut bernilai RM5,000 dan dikatakan telah disahkan oleh Mahkamah dan pihak Polis Malaysia yang bertujuan untuk menyakinkan para pemenang yang terpilih. Manakala alamat penganjur juga turut disertakan yang bertempat di Petaling Jaya, Selangor.

semak scammer online Malaysia
Pemenang perlu memberikan maklumat bank untuk tuntut hadiah.

Manakala pemenang tidak perlu membuat sebarang bayaran untuk menuntut hadiah tersebut tetapi pemenang perlu memberikan nama penuh, maklumat nama bank dan perlu mengambil gambar kad bank depan dan belakang. Taktik ini berkemungkinan untuk sabotaj akaun bank milik mangsanya.

Semak akaun yang ada report
Perbualan antara mangsa dan scammer melalui aplikasi Whatsapp.

Semua pemenang diminta menggunakan ATM atau Cash Deposit Machine di bank untuk mendapatkan hadiah yang telah ditawarkan. Kemudiannya, pemenang akan diarahkan mengisi detail bank dan sebagainya melalui panggilan yang dibuat oleh scammer berkenaan.

Check scammer PDRM
Taktik digunakan untuk mengambil duit dari akaun mangsa.

Muhammad Misran yang telah menyedari peraduan ini adalah palsu telah mengambil langkah yang bijak dengan merakamkan perbualan scammer berkenaan sewaktu si penipu online tersebut menghubunginya untuk mendapatkan maklumat bank dan maklumat dirinya.

Cara semak no telefon scammer
Penipu ini bijak memujuk mangsa yang akhirnya sedar dia sedang ditipu.

Berikut adalah rakaman video perbualan antara Muhamad dan penipu online tersebut yang sempat dirakamkan untuk disebarkan kepada orang ramai supaya tidak lagi tertipu dengan kes penipuan secara online seperti ini.

Penipu online tersebut yang menyedari bahawa mangsanya lebih bijak dan mempermainkannya telah mematikan talian tersebut. Mungkin penipu berkenaan dalam ketakutan apabila dengan segera mengakhiri perbualan itu.

Sebenarnya, terlalu banyak kes penipuan dan penipu online yang sering kita dengari sama ada di laman sosial atau di akhbar dan juga televisyen yang membabitkan scammer online seperti ini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terus mempercayai setiap tawaran sebegini dan perlu berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa yang seterusnya.

Baca juga : Scammer tu jadi marah apabila saya bagitahu amaun yang ada dalam akaun bank tinggal puluhan ringgit sahaja

Cara Semak Scammer Online

Sekiranya anda adalah salah seorang mangsa penipu online, anda perlu membuat laporan polis dan juga boleh membuat aduan secara online. Jika anda mengesyaki anda sedang ditipu dan inginkan kepastian tentang si penjual atau individu yang menawarkan ganjaran atau meminta anda memindahkan duit ke akaun bank milik mereka.

Cara buat semakan nombor akaun scammer, nombor telefon dan juga nama mereka boleh di semak melalui beberapa laman web yang turut membantu untuk membenteras jenayah siber ini yang dikongsikan seperti di bawah;

Semak akaun bank scammer
Semak nombor telefon penipu melalui SKMM.

Selain itu, anda juga boleh membuat semakan senarai penipu dan penjenayah online di Malaysia menerusi laman Facebook dengan kata kunci Senarai Penipu Online Malaysia malahan anda juga boleh menyemak, mengadu atau buat report dan menghebahkan tentang penipuan yang anda hadapi di beberapa Group Facebook yang mempunyai ribuan ahli.

Semoga kejadian yang berlaku terhadap Muhamad Misran menjadi pengajaran kepada semua. Berhati-hati dengan sebarang tawaran di aplikasi Whatsapp, SMS dan secara online supaya kes seperti ini tidak akan berlaku lagi.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments