in

Siapa Pernah Tengok Video & Baca Kisah Anak Derhaka Yang Disumpah Jadi Makhluk Aneh? Ini Cerita Sebenarnya..

gambar aneh dan pelik

Anda tentu biasa dengar atau pernah melihat rakaman video tentang kisah seorang anak yang telah menderhaka kepada ibunya lalu dia disumpah menjadi makhluk pelik, aneh dan sebagainya.

Mungkin juga anda pernah menonton video yang berlatarbelakangkan audio seseorang yang membaca ayat suci Al-Quran, mengenai seorang anak yang bertukar menjadi seekor ikan kerana dikatakan telah membuat dosa kepada kedua ibu bapanya itu.

Tetapi, sejauh manakah kebenaran dan kesahihan rakaman video serta penyebaran tentang cerita tersebut di laman sosial? Yang pasti ramai netizen mempunyai pendapat dan komen mereka yang tersendiri. Adakah semua kisah tersebut adalah fakta semata-mata atau cerita palsu yang direka-reka?

Mari ikuti satu penjelasan dan perkongsian seorang pengguna laman sosial Twitter ini yang dikenali sebagai Serban Putih. Semoga pencerahan beliau memberi manfaat kepada semua orang di luar sana.

Mungkin ada yang pernah tengok gambar ini. Berikutnya adalah kisah tersebut.

aneh

Ada yang pernah tengok video di bawah ini?

pelik

BACA : Tanda-Tanda Seseorang Itu Mempunyai Saka. Sila Ambil Tahu Untuk Pengetahuan..

Yang manakah bayi dajal bermata satu?

pelik tapi benar

Lagu Cumi-cumi berkait dengan Yahudi?

pelik dan aneh

Jangan mudah mempercayai sesuatu cerita dan kongsi jika belum tahu kesahihannya.

aneh dan pelik

BACA : Kisah Benar: Seumur Hidup Berbuat Baik Pada Haiwan, Ketika Dia Mati, Ratusan Burung Iringi Pengebumiannya !!

Video di bawah dikatakan pernah tersebar dengan meluas pada satu ketika dulu.

Pada zaman sekarang ramai di antara kita cepat mempercayai sesuatu cerita yang disebarkan tanpa usul periksa lalu turut menyebarkannya. Penyebaran perkara sebegini menjadi lebih cepat dan pantas apabila dimuat naik ke semua laman sosial yang ada.

Kita sebagai pembaca harus berhati-hati dan perlu bijak menilai tentang satu-satu kisah yang telah disampaikan. Pastikan sesuatu kesahihan berita itu terlebih dahulu daripada pihak-pihak yang berwajib sebelum berkongsi dan sebarkannya ke laman sosial.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments