in

Penyakit Rabies Bawa Maut Jika Dijangkiti (Penyakit Anjing Gila)

Penyakit Rabies atau Anjing Gila
Virus Rabies adalah sejenis Rabdovirus dari Genus Lyssavirus.

Apakah itu penyakit Rabies (Penyakit Anjing Gila)? Ia adalah sejenis virus dan penyakit yang mudah berjangkit daripada binatang kepada manusia. Rabies mempunyai dua jenis bentuk manisfestasi klinikal jangkitan Rabies – galak dan paralitik iaitu kelumpuhan. Rabies galak adalah yang biasanya berjangkit dan dijangkiti oleh manusia.

Mungkin ramai pencinta haiwan atau pemilik binatang kesayangan seperti kucing, anjing, kuda, lembu, kerbau dan sebagainya tidak menyedari yang mereka juga boleh terdedah kepada penyakit Rabies ini yang boleh menyebabkan kematian jika telah dijangkiti virus ini.

Punca penyakit Rabies di Malaysia
Kesan penyakit Rabies atau penyakit anjing gila 100% boleh membawa maut.

Oleh itu, tidak salah sekiranya semua mereka yang membela dan mempunyai binatang di rumah mengambil tahu tentang bagaimana punca wabak penyakit ini berlaku dan cara mengatasi penyakit Rabies ini sebelum perkara yang tidak diingini berlaku di masa depan.

Punca Penyakit Rabies Berlaku

Punca penyakit Rabies biasanya melalui jangkitan virus yang akan menyerang mangsanya melalui sistem saraf mamalia dan ia berjangkit melalui air liur haiwan yang telah dijangkiti dan mengigit manusia.

Virus ini juga cepat merebak menerusi jilatan pada luka atau pun kesan melecet pada kulit atau pun pada lapisan mulut dan hidung.

kesan penyakit rabies tanda penyakit anjing gila
Wabak Rabies biasanya akan berjangkit melalui gigitan haiwan dan juga air liur haiwan.

Wabak virus ini akan merebak daripada haiwan kepada manusia dan kebiasaannya adalah melalui;

  • Luka gigitan haiwan seperti kucing, anjing dan lain-lain
  • Luka terbuka pada kulit dari air liur haiwan
  • Cairan atau tisu tubuh dari haiwan

Di Asia Tenggara kajian menunjukkan 96% kes jangkitan Rabies kepada manusia adalah melalui anjing. Walau bagaimanapun, ada juga kes yang menyebabkan penyakit ini terhadap manusia disebabkan oleh binatang lain seperti gigitan kucing, serigala, musang dan haiwan karnivor yang lain.

Kes yang menyebabkan Rabies daripada gigitan monyet dan tikus adalah sangat jarang berlaku. Manakala lembu atau kerbau tidak akan menggigit tetapi langkah untuk mencegah virus ini harus diambil dengan segera sekiranya ia dijangkiti kerana haiwan ini akan mengeluarkan cairan dari air liur yang berlebihan yang mungkin akan berjangkit pada manusia.

Kes jangkitan Rabies dari manusia lain kepada manusia sangat jarang berlaku walaupun pesakit Rabies tidak akan menggigit orang tetapi penjagaan pesakit harus diteliti serta diberi rawatan dengan betul kerana air liur pesakit juga menjadi punca penyakit Rabies akan merebak.

Tanda dan Simptom Rabies Pada Manusia

simptom rabies pada manusia
Ini adalah antara tanda terkena Rabies pada manusia yang akhirnya maut.

Kesan penyakit anjing gila kepada manusia atau punca penyakit Rabies dapat dilihat selepas pesakit hanya menunjukkan tanda-tanda Rabies selepas 20 hingga ke 90 hari selepas digigit haiwan (Tempoh Pengeraman);

  • Demam
  • Sakit dan lenguh pada tempat gigitan
  • Kelesuan otot badan
  • Sakit kepala
penyebab kucing terkena rabies
Rabies bukan sahaja terjadi daripada gigitan anjing malahan kucing dan sebagainya.

Gejala Rabies berlaku setelah virus ini menyerang sistem saraf pusat;

  • Keresahan dan kegelisahan
  • Perubahan sikap secara tiba-tiba
  • Kekeliruan dan kemurungan
  • Ketakutan terhadap air (Hidrofobia)
  • Tidak tahan dengan bunyi dan cahaya terang
  • Kesukaran menelan
  • Insomnia
  • Lumpuh

Lelaki Maut Dijangkiti Rabies

Kes penyakit Rabies di Malaysia yang terbaru menyebabkan kematian seorang lelaki yang berusia 44 tahun di Sarawak dikatakan telah dijangkiti Rabies Encephalitis selepas hasil ujian sampel klinikal yang telah dijalankan adalah positif untuk jangkitan Rabies.

Menurut Harian Metro, mangsa tidak mempunyai sebarang sejarah digigit anjing atau haiwan lain tetapi beliau dilaporkan pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya.

Ketika kejadian tersebut lelaki berkenaan mempunyai kesan luka yang terbuka di tangan kanannya dan anjing yang dipukulnya itu mati selepas kejadian. Mungkin lelaki ini juga telah dijangkiti melalui air liur anjing dimana anjing tersebut mempunyai virus Rabies.

Difahamkan, mangsa dikatakan tidak mendapatkan sebarang rawatan selepas kejadian tersebut biarpun dia membawa isterinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan vaksinasi. Manakala isterinya dilaporkan dalam keadaan sihat selepas diberi rawatan vaksin sebanyak empat dos.

Baca : Tanda-Tanda Kucing Akan Mati No 9 Yang Biasa Akan Terjadi

Cara Mengatasi Penyakit Rabies Akibat Gigitan Haiwan

cara sembuhkan gigitan haiwan
Cuci bahagian luka akibat gigitan haiwan adalah perkara utama yang perlu dibuat.

Pencegahan Rabies atau cara mengatasi wabak Rabies selepas seseorang itu telah digigit oleh haiwan adalah PERLU mengambil tindakan dengan segera untuk mencegah penyakit ini daripada terus merebak dan dijangkiti;

  • Segera cuci di bahagian luka dengan air sabun selama 10 hingga 15 minit. Jika tidak ada sabun, sila basuh dengan air sahaja. Cara ini adalah sebagai langkah awal rawatan pencegahan Rabies yang paling efektif.
  • Luka gigitan perlu dibersihkan dengan pencuci yang beralk0h0l atau etan0l 70% atau p0vi0ne-i0dine, sekiranya ada.
  • Jangan menyapu sebarang krim atau apa saja ubat, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  • Jangan menutup luka dengan pembalut luka.
  • Individu yang digigit itu wajib dibawa ke Klinik Kesihatan atau hospital berhampiran dengan kadar SEGERA untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Langkah pencegahan jangkitan Rabies daripada terus menular boleh juga dilakukan dengan berjaya apabila anda melakukan perkara berikut;

  • Elakkan daripada sebarang gigitan haiwan terutamanya anjing.
  • Segera vaksinkan haiwan peliharaan anda. Kurung haiwan peliharaan anda walaupun sudah divaksin.

Tanda-tanda Klinikal Rabies Pada Haiwan

cara menyembuhkan anjing gila pada kucing
Pemilik haiwan perlu memberikan vaksin pada binatang peliharaan mengikut saranan doktor.

Tanda Rabies dapat dilihat pada binatang peliharaan seperti anjing selepas ia menunjukkan beberapa perubahan pada tingkah lakunya dengan secara tiba-tiba seperti;

  • Menggigit tanpa sebarang pr0v0kasi.
  • Memakan benda tidak lazim seperti ranting kayu, paku, najis dan sebagainya.
  • Kegelisahan, berlari-lari tanpa sebarang sebab yang jelas.
  • Perubahan pada bunyi salakan (contohnya: bunyi salakan yang serak / garau) atau tidak mampu bersuara.
  • Pengeluaran air liur yang berlebihan atau berbuih pada mulut – tetapi bukan takut akan air (hidrofobia).

Semoga perkongsian tentang penyakit Rabies ini bermanfaat kepada semua yang masih lagi belum tahu tentang penyakit berbahaya yang boleh membawa maut ini.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0