in

Rumah Sewa Ditinggalkan Penyewa Lama Dengan Tunggakan Bil TNB Yang Tinggi?

penyewa tak bayar bil tnb

Terlalu banyak masalah rumah sewa yang dihadapi oleh ramai tuan rumah yang sewakan rumah mereka kepada penyewa. Peraturan sewa rumah dan undang-undang sewa rumah di Malaysia sememangnya perlu dibuat dengan perjanjian sebelum rumah diberi sewa supaya tidak berlaku berbagai perkara seperti penyewa rumah bermasalah dan penipuan kepada dua-dua pihak.

Permasalahan yang sering timbul berkaitan dengan penyewaan rumah sama ada dari pihak penyewa atau pemilik rumah biasanya melibatkan dengan duit sama ada deposit rumah sewa, tunggakan bayaran bil elektrik dan air serta masalah kecurian dan sebagainya.

masalah rumah sewa
Masalah tunggakan bayaran bil TNB sering dihadapi ramai pemilik rumah sewa. – Facebook

Walau bagaimanapun, tuan rumah mempunyai risiko yang sangat tinggi sekiranya tiada perjanjian sewa rumah hitam dan putih yang dibuat kerana tiada peraturan malahan penyewa boleh melakukan apa saja seperti keluar rumah begitu saja tanpa notis dan sebagainya.

Apabila penyewa keluar dan tinggalkan rumah dengan meninggalkan tunggakan bayaran Bil TNB yang mencecah ribuan ringgit, pasti perkara ini akan merungsingkan dan memeningkan kepala tuan rumah untuk menyelesaikan masalah ini.

Mulai sekarang, semua tuan rumah atau pemilik rumah sewa tidak perlu bimbang lagi tentang perkara yang mengaitkan bayaran tunggakan bil eletrik yang ditinggalkan penyewa lama kerana lelaki ini, Mohd Noor Hafiz telah berkongsi panduan untuk tuan rumah supaya perkara ini tidak berulang lagi atau mengalami kerugian yang teruk.

bayaran elektrik online
Pembayaran bil elektrik semakin mudah dengan menggunakan aplikasi MyTNB. – TNB

Sebenarnya, kita semua bernasib baik dan beruntung kerana Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperkenalkan Skim Penukaran Penghuni Sementara untuk keadilan kepada tuan rumah yang menyewakan rumah mereka.

Skim Penukaran Penghuni Sementara (Rumah Sewa)

Skim ini membolehkan penyewa didaftarkan pada bil TNB secara bulanan dengan menggantikan tuan rumah berikutan kes penipuan berkaitan dengan tunggakan pembayaran bil TNB semakin tinggi dan kerap berlaku di seluruh Malaysia.

Cara dan proses untuk melaksanakan skim ini diterangkan seperti berikutnya;

1. Pertama sekali anda perlu tamatkan Bil TNB atas nama Tuan Rumah.

Keperluan adalah satu salinan MyKad dan Surat Pengesahan Nombor Akaun Bank Tuan Rumah bagi tujuan pemulangan deposit yang sedia ada oleh TNB.

2. Yang kedua. Tukar Bil TNB atas nama Penyewa.

Keperluan:

a. Isi Borang Penukaran Penghuni Sementara yang boleh didapati di Kios TNB. Tn Rumah boleh mohon Penyewa isi Borang berkenaan semasa proses tandatangan Surat Perjanjian Sewaan. Tun Rumah boleh mewakili Penyewa untuk tujuan hantar ke Kios TNB semula.

b. Sesalinan MyKad Penyewa.

c. Salinan Surat Perjanjian Sewaan yang telah dimatikan setem LHDN.

d. Surat Pengesahan dan Kebenaran Tuan Rumah.

e. Jumlah deposit yang diperlukan oleh TNB. Jika perlu letak RM300.00. Tak boleh lebih atau kurang.

Melalui cara ini Penyewa juga tidak perlu membuat bayaran Cagaran Deposit yang tinggi seperti 1/2 bulan atau 1 bulan yang diamalkan di Malaysia.

3. Ketiga. No Akaun Baru TNB atas nama Penyewa.

Selepas ini semua Bil Bulanan TNB akan dialamatkan terus ke nama Penyewa.

4. Keempat. Penyewa berkenaan berpindah keluar.

a. Mohon Penyewa untuk ke Kiosk TNB berdekatan untuk tujuan penamatan dan proses penerimaan semula Deposit daripada TNB.

Jika ada tunggakan, mereka perlu selesaikan disebabkan ia atas nama sendiri.

Tuan Rumah tidak perlu mengamalkan cara lama dengan memegang Cagaran Deposit Utiliti Penyewa.

Misalnya cagaran dipegang RM1k namun tunggakan bil RM8k, maka ia merugikan pihak Tuan Rumah. Kes yang kerap berlaku.

Melalui cara ini, nombor akaun Penyewa adalah berasingan antara Penyewa Lain dan Tuan Rumah.

Jika tunggakan tidak diselesaikan oleh Penyewa Lama, TNB sendiri akan mengambil tindakan mahkamah ke atas mereka.

Keep It Simple Stupid (KISS) =)

b. Tuan Rumah boleh ulangi semula proses di atas untuk tujuan sewaan kepada Penyewa Baru.

Diharapkan ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh semua Tuan Rumah agar tidak lagi dipermainkan oleh penyewa yang tidak bertanggungjawab.

Semoga panduan yang dikongsikan oleh Mohd Noor Hafiz ini akan membantu semua pemilik sewa rumah yang menghadapi masalah tunggakan bayaran bil elektrik TNB.

INFO:

Berikutnya dikongsikan cara untuk check bil TNB pada bila-bila masa menggunakan telefon dan juga cara buat pembayaran bil elektrik TNB anda.

Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments