Pasti ramai berfikir macamana nak bercuti dan cara nak ke Langkawi dengan harga murah selain cara nak dapatkan kos tambang perjalanan murah percutian bajet ke Langkawi. Memang ada cara tertentu untuk bercuti dengan keluarga sambil berjimat di Pulau Langkawi tetapi mungkin ramai yang tak tahu.
Bagi keluarga yang ingin bawa kereta ke Langkawi secara sendiri memang sangat jimat duit dan jimat tenaga malahan lebih selesa. Apatah lagi kalau menggunakan perkhidmatan feri yang disediakan untuk semua pengunjung yang ingin ke pulau lagenda ini.

Berikutnya adalah perkongsian dari Nurulhidayatul Marjan Ibrahim yang berkongsi dan buat review percutian bajet ke Langkawi 3 hari 2 malam yang sangat menjimatkan dan lebih seronok kerana kos kesemuanya sangat murah dan selesa.
Percutian Bajet Ke Langkawi Naik Kereta Dari Jeti Kuala Perlis

Masa cuti baru-baru ini pada tarikh 8 – 10 September 2018. Kami pergi ke Langkawi dengan pakej 3 Hari 2 Malam. Ini adalah kali pertama pergi ke Langkawi bawa kereta sendiri naik feri ke sana, naik dari jeti Kuala Perlis.
Biasanya kami akan naik feri dari Kuala Kedah. Kami letak atau parking kereta kat kuala kedah. Tapi kali ini kami nak merasa bawa kereta sendiri pula.
Ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi iaitu Langkawi Auto express dan Ro-Ro.
Kami pilih RORO. Masa perjalanan dalam 2 jam (berbanding 1 jam 15 minit jika dengan feri penumpang).
Cara Dapatkan Kos RM318 Untuk 3 Hari Kalau Bawa Kereta Sendiri
Kos Terlibat:
Tambang pergi-balik:
-Kereta Sedan, 1.5cc -Myvi : RM282 (booked online)
-Dewasa x 1 : RM36 (Driver free je)
-Kanak2 : Yusuff Free sbb bawah 2tahun
TOTAL: RM318
(pergi dan balik).
Jimat kan?

Anda Perlu Bandingkan Harga Naik Feri Penumpang
Kalau nak bandingkan dengan naik feri penumpang:
Tambang feri pergi balik:
-Dewasa x 2 : RM72
-kanak2 : RM6
Parking kereta di jeti : RM10 x 3= RM30
Sewa Kereta di Langkawi : RM100 x 3 = RM300
TOTAL: RM408
Anda dinasihatkan booking awal.
Tambah-tambah time cuti umum atau cuti sekolah.
Info Tambahan
√ Jika pergi 3 hari 2 malam pun masih lagi jimat dengan bawa kereta sendiri.
√ Lagi kecil cc kereta, sedan, lagi murah harga tiket.
√ Tak perlu beratur panjang, jalan jauh-jauh. Hanya duduk dalam kereta tunggu check in je.
√ Beli barang kat Langkawi pun tak perlu risau dengan beg akan berat dan susah nak bawa.
√ Tempat duduk penumpang dalam feri ni amat selesa, luas dan tak akan penuh. Ada meja, ada gerai, anak2 boleh berlari2.
√ Tandas,surau pun ok.
√ Boleh bebas lepak-lepak di dek, bergambar di puncak feri dengan menikmati permandangan.
Boleh berehat di dalam kereta ketika menaiki feri.
Mengapa Bawa Kereta Ke Langkawi Lebih Selesa?
Jika nak gunakan perkhidmatan RoRo atau Auto Express ni,
pastikan tempah awal-awal, seawal tempahan dibuka (dalam 1-2 bulan sebelum tarikh), sebab ianya akan cepat je sold-out.
Kami tempah sebulan sebelum.
Bayangkan yang beratur nak beli tiket naik feri tu.
Datang jam 7 pagi beratur nak beli tiket
bila turn dia, tiket ada jam 3 petang je.
Adooiii.. jenuh nak tunggu.
Hilang mood.
Tambah-tambah yang ada anak kecik.
So, kalau nak selesa, bawalah kereta sendiri.
Beratur nak check in kereta pun, kita duduk dalam kereta je.
Hotel pun sama.
Kami booking sebulan sebelum.
Link Langkawi Auto Express: http://langkawiauto.com
Link Langkawi Roro : http://www.langkawiroro.com/
Semoga perkongsian Nurulhidayatul Marjan Ibrahim percutian bajet ke Langkawi ini akan membantu anda yang nak pergi ke pulau ini dengan kos yang murah dan menjimatkan. Semoga bermanfaat.
Loading…