Setiap ajal dan maut adalah rahsia Allah SWT untuk semua hamba-hambaNya. Mereka yang mendapat berita tentang kematian seseorang yang membabitkan orang terdekat terutamanya ahli keluarga pastinya emosi dan perasaan akan tersentuh serta bersedih dengan pemergian itu.
Walau bagaimanapun, lebih menyedihkan apabila kematian itu terjadi kepada seorang ibu yang melahirkan anak ke dunia ini. Bagi suami, dia bukan sahaja kehilangan isteri tercinta malah kehilangan itu turut dirasai si anak apabila ibunya tidak akan kembali lagi untuknya merasai nikmat susu ibu serta memujuknya di kala menangis.

Kisah seorang ibu yang meninggal dunia ketika melahirkan anaknya yang kedua dari daerah Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia, pada minggu lepas jadi perhatian ramai apabila wajahnya seolah tersenyum gembira selepas kematiannya.
Lebih menyedihkan, curahan hati suami arwah yang dikenali sebagai Firdaus Sutan Parpatiah menerusi perkongsiannya di laman Facebook turut mengundang sebak kepada sesiapa saja yang membacanya seolah kesedihan itu turut dirasai selepas ketiadaan isteri tercinta yang amat tidak disangka.

Memetik berita dari laman Tribunnews, Firdaus memaklumkan isterinya iaitu Divanai Putruami, meninggal dunia sejurus melahirkan anak perempuan mereka pada 24 Julai lalu. Firdaus juga turut menyatakan di Facebook bahawa dia dan isterinya berada di Rumah Sakit Dr Adnaan WD Payakumbuh, Sumatera Barat pada 22 Julai lalu.
Walau bagaimanapun, menurut Firdaus dia ingin menamakan anaknya yang baru dilahirkan itu dengan nama yang sama seperti isterinya. Mungkin kerana terkesan dengan pemergian arwah yang sukar diterima itu, beliau memberikan nama tersebut sebagai kenangan kepadanya serta anak perempuannya itu.

“Maaf Bunda, nama puteri kita, pakai nama Bunda saja Divani Putriami. Copy nama abangnya sedikit, cuma hujungnya saja Chello Khenzi Al-Ghani.
Jadi nama puteri kita Divani Putriami Al-Ghani, tak mengapa kan? Sebab saya tidak pandai mencari nama yang indah kerana semua keindahan itu sudah Bunda ambil.”
Betapa sedihnya sang suami menerima perkhabaran peninggalan sang isteri yang pergi untuk selama-lamanya, apatah lagi kita yang melihat, pasti juga akan terasa sedikit sebanyak kerana pemergian arwah terlalu istimewa dengan dalam keadaan tersenyum seperti gembira sedang melihat keindahan syurga.
Artikel Lain : Tanda-Tanda Kematian Bagi Orang Islam Yang HARUS Kita Tahu!
Dengan bacaan Al-Fatihah dihadiahkan kepada arwah dan semoga arwah tenang di sana. Inilah yang dikatakan kematian seorang wanita atau ibu dengan syahid kecil selepas berjuang untuk melahirkan bayi atau anaknya.
Loading…