in

Jadual Perjalanan Rentas Negeri PKP Dikeluarkan Oleh PDRM Hari Ini

jadual perjalanan rentas negeri

Pasti ramai rakyat Malaysia yang tertunggu-tunggu untuk pulang ke ibu kota Kuala Lumpur selepas begitu lama menetap di kampung atau terperangkap di mana-mana tempat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran Covid19.

Walau bagaimanapun, pada hari ini Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah pun membuat pengumuman jadual pergerakan rentas negeri untuk perjalanan yang bermula dari tarikh 7 Mei sehingga 10 Mei ini.

Memetik laporan Malaysia Kini, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed menyatakan jadual berkenaan dikeluarkan untuk mengelakkan orang ramai tiba ke sesuatu lokasi seperti di Lembah Klang serentak.

Jadual Perjalanan Rentas Negeri PKP

perjalanan pulang merentas negeri

Berikut adalah jadual perjalanan rentas negeri yang telah dikeluarkan oleh PDRM selepas mengumumkan untuk pengetahuan umum dalam sidang media pergerakan antara negeri dalam tempoh PKP di Bukit Aman pada hari ini.

7 Mei (Khamis): Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur.

8 Mei (Jumaat): Merangkumi pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan.

9 Mei (Sabtu): Merangkumi pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

10 Mei (Ahad): Merangkumi pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu.

Jadual perjalanan rentas negeri dilaksanakan adalah dengan tujuan supaya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur iaitu di Lembah Klang tidak akan sampai ke destinasi masing-masing dalam keadaan serentak.

Apabila dijarakkan masa pergerakan atau perjalanan rentas negeri ini, mereka yang bermula dari Perak akan tiba dahulu, seterusnya negeri Johor dan diikuti oleh Kelantan seperti yang dirancangkan.

Fokus PDRM dalam perlaksanaan ini adalah untuk memudahkan pergerakan dan data yang diperolehi daripada aplikasi Gerak Malaysia akan digunakan untuk mengelakkan kesesakan.

Tidak Perlu Menunggu Notifikasi Aplikasi

Semua pemohon yang membuat permohonan perjalanan rentas negeri melalu aplikasi Gerak Malaysia diminta tidak perlu menunggu notifikasi atau makluman tentang kelulusan permohonan mereka.

“Untuk pergerakan kali ini, ia tak akan keluar kod QR, tapi kita boleh kenal pasti (sama ada) dia memohon (atau tidak). Ini bukan untuk mencari kesalahan, kita nak aliran trafik (lancar), jelas Huzir.

Menurut beliau lagi, PDRM sedaya upaya mengharapkan perjalanan rentas negeri pada hari-hari yang dinyatakan tidak akan menganggu lalu lintas yang akan menyebabkan kesesakan sekiranya tiada pemantauan.

PDRM juga mengesyorkan semua pengguna kenderaan yang ingin memulakan perjalanan mereka dinasihati bergerak di sebelah malam demi keselesaan semua pengguna jalan raya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan pengguna jalan raya dijangka akan memula perjalanan rentas negeri selepas waktu berbuka puasa atau pun bersahur. Oleh sebab itu, anda digalakkan mulakan perjalanan di waktu malam.

Selain itu, pihak PDRM juga meminta semua pemohon yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia yang membawa ahli keluarga mereka disarankan turut sama memohon melalui aplikas tersebut.

Bagi mereka yang tidak mempunyai aplikasi Gerak Malaysia, mereka juga boleh membuat permohonan secara bertulis di balai polis yang berdekatan dan dinasihatkan membuat temu janji terlebih dahulu.

Semua pemohon perjalanan rentas negeri juga diminta memuat turun borang permohonan melalui laman Facebook rasmi PDRM serta mengisinya terlebih dahulu sebelum pergi ke balai polis untuk mengelakkan kesesakan dan beratur panjang.

Sehingga ke hari ini seramai 1,238,510 orang telah pun download aplikasi Gerak Malaysia dan daripada jumlah tersebut seramai 503,276 telah membuat permohonan untu merentas negeri.

Jadi, mulai 7 Mei sehingga 10 Mei ini, mereka yang terkandas di kampung halaman atau di mana-mana tempat akibat penguatkuasaan PKP boleh pulang ke destinasi masing-masing dengan membuat permohonan perjalanan rentas negeri.

Namun, suka diingatkan kebenaran untuk bergerak adalah bergantung kepada kelulusan Gerak Malaysia dan jadual pergerakan perjalanan rentas negeri akan dikeluarkan oleh pihak polis, lapor Malaysia Kini.

Written by Iskandar Ariffin

Facebook dan Google antara perkara pertama yang menjadi teman setiap hari untuk mencari maklumat terkini sama ada dalam dan luar negeri. Kekadang bersukan bila perlu tetapi suka menonton wayang di rumah dan kurang makan waktu pagi tapi malam minum saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0