Makin berdebar-debar menghitung detik menjelangnya perkahwinan antara bekas suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan pasangan pilihannya, pelakon popular Indonesia Laudya Cynthia Bella yang kini menjadi sebutan ramai dan turut mendapat liputan meluas berbagai media.
Memetik Harian Metro, Bella mengadakan majlis khatam al-Quran di kediamannya di kawasan Pasar Minggu, Jakarta Selatan pada Ahad lalu dalam sebuah majlis tertutup.
Sementara itu, Erra meluahkan kesyukuran apabila bekas suami memperkenalkan calon isteri yang juga bakal ibu kepada anak mereka Engku Aleesya.
“Seikhlasnya saya sangat gembira buat pasangan ini. Saya bersyukur dan lapang dada apabila pertama kali Emran memperkenalkan bakal isterinya.
“Saya lihat Bella seorang yang sangat mudah didekati dan lemah lembut,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Erra, Aleesya juga gembira kerana bakal meraikan kehadiran ibu tiri dalam dalam hidupnya.
“Saya paling senang dan bersyukur kerana Aleesya turut gembira dan bahagia dengan kehadiran Bella.
“Semoga penyatuan ini dilimpahi dengan kasih sayang dan keberkatan Allah. Saya doakan mereka bahagia bersama hingga ke jannah. Amin,” katanya.
Foto: IG Erra Fazira
Semoga segala perjalanan dan persiapan perkahwinan mereka berjalan lancar hendaknya dan hubungan yang terjalin diantara mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Loading…