in

“Itu Adalah Perkara Biasa Orang Curahkan Perasaan Cinta Mereka Terhadap Saya” – Dato’ Vida

Kisah percintaan dan kemelut soal hati jutawan kosmetik Dato’ Vida yang dikatakan sedang mencari pasangan hidup yang sesuai kini menjadi perbualan hangat netizen di media sosial.

Beberapa hari lalu, pembantu peribadi Dato’ Vida yang dikenali sebagai Ahmad Iqbal telah meluahkan isi hati terhadap wanita yang terkenal ini, dan hari ini Dato’ Vida pula ingin memberikan jawapan untuk menjawab segala pertanyaan orang ramai yang ingin tahu dengan lebih lagi.

Menurut laporan Mstar, perkara tersebut dikatakan biasa bagi mana-mana lelaki untuk meluahkan rasa hati dan perasaan cinta mereka terhadap dirinya. Ini bermakna Dato’ Vida mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri yang terdiri dari berbagai golongan.

“Ya, memang ada yang luah isi hati terhadap saya. Orang itu boleh dikatakan dekat dengan diri saya. Tapi bagi saya ia perkara biasa kerana ramai yang pernah curah perasaan cinta terhadap saya,” jelasnya.

Menurut jutawan ini, pada masa sekarang hatinya masih lagi belum terbuka untuk menerima mana-mana lelaki dalam masa yang terdekat ini.

Malah wanita ini juga turut menetapkan bagi lelaki yang ingin mendekatinya, mereka haruslah dapat memenangi hati kedua orang anaknya iaitu Edlynn Zamileen Muhammad Amin (Cik B) dan Muhammad Eric Zacquan (Kacak) terlebih dahulu sebelum mengenali beliau dengan lebih dekat lagi.

Sumber: Mstar

“Tidak dinafikan saya mahukan seseorang lelaki yang boleh menjaga dan memberikan kasih sayang kepada saya dan juga anak-anak. Namun buat masa ini saya masih belum jumpa lagi yang betul-betul istimewa,” ujarnya.

Tambahnya lagi, kedua-dua anaknya itu dikatakan masih lagi trauma dan turut mengalami gangguan emosi dengan kisah perkahwinan serta penceraian yang pernah dialami sebelum ini.

“Mereka mengharapkan kasih sayang seorang bapa tapi apabila mereka dah mula suka dan sayang, perkahwinan ini berakhir dengan penceraian,” jelasnya lagi.

Bukan itu sahaja, Dato’ Vida juga harus mengambil kira perasaan ahli keluarganya yang lain termasuk Mak Jah (kakak) apabila berbicara tentang jodohnya.

“Saya kena jaga juga hati dan perasaan Mak Jah kerana dia pun tahu keperitan yang saya lalui sebelum ini.

“Dia yang saya anggap seperti ibu sendiri turut bimbang andai ada individu yang cuba mendampingi saya sekadar mahukan kemewahan semata-mata,” katanya.

Apabila ditanyakan tentang soal hubungan cintanya dengan Ahmad Iqbal, 73, Dato’ Vida turut menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bahawa dia tidak pernah bercintan dengan pembantu peribadinya itu.

“Tak benar. Hubungan kami sekadar majikan dan pekerja, tidak lebih dari itu,” jelas Dato’ Vida.

Walaupun begitu, dia jgua mengakui bahawa selesa dan senang berkerja dengan lelaki yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu kerana pemuda berkenaan tahu apa yang beliau mahukan dan tidak perlu diberikan sebarang arahan terhadapnya.

Namun, Dato’ Vida tidak menolak sekiranya dia dijodohkan dengan lelaki yang lebih muda memandangkan jodoh itu milik Allah.

“Saya tak kisah andai jodoh itu yang terbaik untuk saya dan juga anak-anak. Paling penting anak-anak saya bersetuju dengan pilihan tersebut,” kata Dato’ Vida lagi.

Semoga jodoh Dato’ cepat sampai dan anak-anak menerima sesiapa sahaja untuk dijadikan ayah mereka dengan gembira.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0