Mereka yang sering membuat pembelian secara online tentunya tahu dan biasa dengan personal shopper atau ‘pembeli peribadi’ yang tugasnya membelikan barang apa saja seperti handbag original atau apa saja untuk mereka yang tidak boleh membeli sendiri atas sebab faktor-faktor tertentu, kekangan masa, jauh, masalah kenderaan dan sebagainya.
Perkongsian seorang personal shopper yang dikenali ramai ini sangatlah berguna kepada semua pengguna yang selalu membuat pembelian online terutamanya kaum wanita yang kurang mahir dalam bidang IT atau mereka yang bersikap sambil lewa sehingga menyebabkan mereka tertipu ketika membeli barang.
Rahsia Personal Shopper Barangan Berjenama Terkenal
Mempunyai pengalaman hampir 5 tahun, personal shopper yang dikenali sebagai Puan Nor Rafidah Khairuddin dan atau panggilan mesranya Rafidah telah menjual berbagai jenis barangan berjenama yang original. Masalah penipuan langsung tidak timbul kerana ramai pelanggannya amat berpuas hati dengan servis yang diberikan.
Antara barangan berjenama dan handbag original yang dijual Rafidah kebanyakkannya daripada USA dan Kanada seperti jenama Coach, Kate Spade, Corelle, Pyrex, Michael Kors (MK), Fossil, Corningware serta banyak lagi barangan lain yang sering menjadi pilihan orang ramai dengan permintaan yang tinggi.
Lebih menarik lagi beliau turut menerima begitu banyak tempahan barang berjenama di Eropah yang menjadi kegilaan ramai seperti Longshamp, Louis Vuitton, Furla, Gucci, YSL, Prada dan Givenchy. Semuanya sangat cantik dan asli, sehingga kini masih ramai yang terus membeli daripada personal shopper ini.
Kelebihan Rafidah berbanding dengan personal shopper lain dibuktikan dengan begitu banyak tempahan pembelian barangan berjenama yang diterimanya sehingga kini. Mengapa ramai yang memilih Rafidah dan tidak personal shopper yang lain?
Keistimewaan Rafidah adalah dia sehingga sekarang menerima bayaran ansuran daripada pembeli sebanyak 3 kali dan turut menerima bayaran penuh kerana kejujurannya dalam menjalankan perniagaan sebegini. Selain itu, beliau sangat mesra pelanggan, sering berkongsi ilmu seperti shopping trip, tips-tips berkaitan dan juga video demo untuk semua pelanggan.
Followers Rafidah sehingga kini semakin meningkat dari sehari ke sehari kerana beliau dicop sebagai trusted seller selain turut berkongsi berbagai nasihat dan cadangan terbaik untuk kesemua mereka yang meminati barangan berjenama dan cara untuk menggayakan mengikut kesesuaian seseorang.
Apa yang sangat-sangat menarik tentang barang berjenama yang dijual oleh Rafidah adalah beliau sendiri yang pergi ke mana-mana butik original di luar negara seperti Canada, USA dan Eropah semata-mata untuk menambahkan koleksi miliknya yang semakin bertambah selain memenuhi permintaan pelanggannya yang membuat tempahan.
Kepada anda yang meminati barangan berjenama seperti handbag sebagai contoh, tetapi anda tidak mampu membelinya kerana harganya yang mahal, usah lagi bimbang kerana Rafidah ingin memberi peluang kepada anda untuk memiliki barangan berjenama dengan harga mampu milik yang anda sendiri tidak akan percaya.
Selain mementingkan keselesaan pelanggan dan juga mengelakkan sebarang penipuan dengan barangan Fake, servis yang diberikan oleh Rafidah sangat terbaik kerana sehingga sekarang ramai regular customer Rafidah masih lagi terus menempah dan membeli daripadanya. Anda boleh melihat sendiri di Facebook page milik Rafidah bagaimana regular customer memujinya.
Pasti ramai pembeli online telah mengenali Rafidah kerana sebagai seorang personal shopper yang berjaya dan dikenali, beliau telah menjadi perhatian ramai dan tular dengan artikel dari Hijabista yang membincangkan soal pendapatan lumayan lebih dari 10K sebulan. Selain itu beliau turut diundang khas ke program TV1 pada tahun 2018.
Tips dan Cara Mengetahui Handbag Original atau Fake
Sehingga kini masih ramai yang menjadi mangsa penipuan barangan ori dan fake yang mana mereka ditipu oleh seller yang tidak bertanggungjawab sama ada pembelian secara online atau pun di kedai. Sebenarnya untuk kenal pasti sesuatu barang itu palsu atau asli, pembeli harus mempunyai ilmu.
Terpanggil untuk berkongsi tips dan cara mengetahui barangan berjenama seperti handbag itu ori atau fake, ini perkongsian Rafidah berdasarkan pengalaman dan pendapat beliau sendiri selama menjadi personal shopper.
“Untuk pengetahuan anda, untuk barangan yang dibeli di outlet, dustbag TIDAK akan disediakan. Sekiranya ia adalah koleksi butik yang dibawa masuk ke dalam outlet, original dustbag akan disediakan dalam beg tangan tersebut. Paperbag juga tidak disediakan tetapi kadangkala mereka akan berikan kepada seller dengan kuantiti yang terhad (upon request).”
“Coach menggunakan beberapa jenis zip, antaranya ialah YKK & IDEAL. Jika YKK digunakan, perbandingan boleh dilihat seperti berikut. Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, lambang YKK yang terletak pada zip sangat jelas. Sekali pandang boleh terus baca. Hurufnya jelas & kemas. Tulisan YKK mesti terletak dalam petak empat segi tepat.
Lihat tiga gambar FAKE yang di bawahnya iaitu cubaan untuk meniru lambang YKK. Tulisan yang tidak kemas dan hampir tidak kelihatan (herot dan gemuk hurufnya).”
“Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, perkataan COACH NEW YORK sangat jelas dilihat walaupun dicetak dalam saiz yang kecil.
Lihat dua gambar FAKE atau tiruan di bawah, anda akan dapat membezakan bagaimana perkataan COACH NEW YORK itu dicetak. Nampak seakan ada tetapi sekadar mencetak dan tidak jelas langsung.
Saduran warna keemasan atau gangsa yang tidak terlalu berkilau pada rantai beg tangan ORIGINAL juga berbeza dengan yang FAKE.”
“Bezakan gambar ORIGINAL di atas dan gambar TIRUAN di bawah.
Logo tulisan COACH : Anda akan nampak perbezaan dari segi kemasan font. Setiap huruf C.O.A.C.H adalah konsisten saiznya. Berbanding yang fake anda dapat lihat di huruf A sedikit senget dan nampak hampir sama tetapi jelas berbeza.
Logo lambang KERETA KUDA: Untuk logo ORIGINAL, anda akan nampak perbezaan tentang perincian pada bentuk pedati dan kereta kuda. Malah kaki kuda pun anda akan nampak dengan jelas. Berbanding logo FAKE sekadar bentuk sahaja. Jika lihat sepintas lalu mungkin tidak perasan tetapi jika lihat secara dekat atau anda check pasti jelas nampak bezanya!”
“Lihat dua gambar ORIGINAL di atas, butang beg tangan COACH akan mempunyai bulatan di tengah-tengah dan tulisan “USA PAT-SERIAL NUMBER- COMAG” (Standard Stamping)
Lihat dua gambar FAKE di bawah, tiada butang di tengah dan tulisan yang jelas bukan ‘authentic’.”
“Lihat dua gambar ORIGINAL di sebelah kanan, rantai beg tangan di salut rapi dan hampir mencengkam rantai. Begitu kemas. Berbanding beg tangan FAKE, boleh lihat rantai beg digantung sebegitu sahaja.”
“Kedua-dua beg ini adalah jenis yang sama iaitu Satchel Minetta. Jika dilihat pada pemegang beg ORIGINAL, kulitnya sedikit timbul berbanding beg FAKE yang kulitnya flat sahaja.”
“Gambar di atas sekali ialah beg ORIGINAL, jika dibandingkan dengan beg merah keduanya mempunyai persamaan dari segi bentuk kulit yang timbul dan rekaannya sedikit runcing ke bawah. Berbanding beg fake, kulitnya tidak nampak timbul dan bentuknya agak lebih lebar dan flat.”
Mulai sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak bagaimana untuk membezakan handbag original atau tiruan. Seperti yang dinasihatkan Rafidah, anda digalakkan membuat kajian dan harus mengenali siapa seller anda sebelum membuat pembelian secara online. Berhati-hatilah dan jangan menjadi mangsa sindiket penipuan sebegini.
Butik Sellection Butik Pertama Rafidah di Wangsa Melawati
Siapa sangka sebagai seorang ‘pembeli peribadi’ personal shopper dengan hanya memulakan bisnes secara kecil-kecilan, Rafidah kini telah pun berjaya mengembangkan perniagaannya dengan membuka butik pertama yang terletak di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Butik yang diberi nama sebagai Butik Sellection adalah hasil titik peluh Rafidah dengan menjual pelbagai barangan seperti beg tangan, set pinggan mangkuk, set alatan memasak, jam tangan, dompet, barangan kecantikan kosmetik dan banyak lagi.
Kepada anda yang memerlukan barangan untuk keperluan hari raya, anda boleh datang ke Butik Sellection dan melihat sendiri apakah yang teristimewa di sini dan yang pasti kualiti barangan dijamin original dan asli saja, pasti berpuas hati kerana Rafidah tidak menjual barang tiruan.
Jika anda amat meminati handbag branded murah dan seumpamanya, eloklah datang singgah di Butik Sellection. Barang berjenama biasanya agak mahal kerana kualiti tetapi Rafidah ingin memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk memiliki apa saja barang yang dijualnya seperti beg tangan dan lain-lain dengan harga yang sangat berbaloi dan mampu milik.
Setiap individu mempunyai kehendak yang tersendiri dan turut mementingkan kualiti sehingga terkadang ramai yang mengatakan mengapa harus membeli yang mahal sedangkan yang murah ada dijual. Betul, barang berjenama yang tidak berkualiti pasti murah, biar mahal asalkan berpuas hati.
Kepada anda yang ingin lebih mengenali personal shopper Rafidah dan ingin melihat barangan yang dijual di butik Rafidah, anda boleh melihat di beberapa laman sosial milik Rafidah seperti di bawah, bukan itu sahaja, anda boleh singgah di Butik Sellection, Wangsa Melawati untuk melihat sendiri kualiti barangan yang dijual.
Facebook Page : Branded Handbags & Kitchenware by Rafidah
Website : www.sellection.com
Instagram: Sellection by Rafidah
Youtube Channel untuk video demo dan shopping trip: Team Rafidah Sellection
BUTIK SELLECTION
No. 10, Jalan Wangsa Setia 4,
Wangsa Melawati,
53300, Kuala Lumpur
03 – 4142 0000
Google Map atau Waze : Sellection Boutique
WAKTU OPERASI
Monday: 10AM – 6PM
Tuesday: CLOSED
Wednesday: 10AM – 6PM
Thursday: 10AM – 6PM
Friday : 11AM – 9PM
Saturday: 10AM – 6PM
Sunday : 10AM – 6PM
Sebagai seorang personal shopper yang dikenali ramai terutama pelanggan tetapnya, Rafidah seorang yang sangat friendly dan mudah mesra dengan sesiapa saja malahan tidak kedekut ilmu dengan berkongsi berbagai perkara tentang bisnes. Anda boleh mengenali beliau dengan lebih dekat lagi jika berkunjung ke Butik Sellection.
Sila kongsikan tips mengenal pasti beg berjenama original atau fake kepada rakan dan ahli keluarga yang meminati handbag original branded seperti yang dikongsikan Rafidah. Mereka wajib tahu tentang ini agar dapat mengelakkan daripada terus ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Semoga bermanfaat.