Jika anda atau ahli keluarga atau sesiapa saja yang telah disahkan mempunyai penyakit diabetis atau pesakit kencing manis, anda disarankan memantau segala jenis pemakanan terutamanya untuk kawal kandungan gula dalam darah supaya ia dalam keadaan yang stabil agar tidak memudaratkan.
Pengambilan ubat-ubatan seperti yang dinasihatkan oleh doktor perlu diikuti dan jangan sekali-kali mengabaikannya ini kerana jika terabai maka anda yang akan menerima padah. Manakala teknik pemakanan pula wajib diberikan keutamaan serta perlu berdisplin.
Cara pemakanan untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis ini telah disarankan sendiri oleh seorang saintis yang amat dikenali iaitu Dr Suri Roowi bila mana beliau telah menasihatkan semua pesakit diabetis mengikuti saranannya dalam bab pemakanan.
Pesakit Kencing Manis Perlu Makan Sayur Sebelum Nasi
Diabetis akan berlaku apabila pankreas tidak boleh menghasilkan insulin yang cukup atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan secara effisien.
Menurut saintis berkenaan, satu kajian yang telah dilakukan pada tahun 2014 telah menunjukkan hampir 422 juta penduduk di dunia atau 1 dalam 11 orang menghidap penyakit diabetis.
Melalui hasil kajian yang telah dibuat oleh seorang saintis Portugal dan juga Jepun pada tahun 2017 membukti bahawa Makan Sayur Dulu sebelum makan nasi iaitu karbohidrat.
Contohnya, nasi boleh Turunkan Kadar Gula dalam darah di kalangan pesakit diabetis type 2 dan orang sihat. Ianya adalah lebih baik daripada makan nasi bersama sayur.
Jadi, semua pesakit diabetis diminta dengan segera mengubah teknik pemakanan anda sekarang dengan mengamalkan Makan Sayur Dulu Sebelum Nasi sebagai cara untuk mengawal kadar gula dalam darah anda.
Antara Makanan Yang Disyorkan Untuk Pesakit Kencing Manis
Berikut adalah makanan yang disyorkan untuk mereka yang mempunyai diabetis dan anda digalakkan memakan makanan-makanan yang mengandungi fiber iaitu seperti sayur sawi, pucuk-pucuk ubi keledek, kangkung, pucuk paku, oats dan nenas.
Manakala antara makanan yang mengandungi chromium pula seperti raw cheese, kacang panjang, brokoli dan juga kacang hijau.
Makanan-makanan yang mengandungi magnesium adalah seperti almond, sayur bayam, ikan-ikan berminyak, salmon, yogurt protein, mackerel, tuna, ayam organik, daging lembu tanpa lemak dan juga kacang dhal.
Antara makanan yang mempunyai kandungan gula yang rendah pula adalah seperti nuts, sunflower, biji-biji labu, berries dan juga avocado.
Walau bagaimanapun, anda disarankan mengamalkan pengambilan sayur peria yang mana sayuran ini dikatakan mampu mengawal glukos dalam darah serta turut meningkatkan insulin senstivity. Malahan ia juga mampu membantu untuk mencegah komplikasi diabetes seperti kerosakan buah pinggang, saraf, rosak mata dan juga saluran darah.
Adalah lebih baik anda mengambil jenis ubat-ubatan yang mempunyai bahan-bahan daripada sayuran peria ini. Terdapat berbagai jenis kapsul, tablet peria dan ubat yang dijual yang mempunyai kandungan sayuran ini yang disebut sebagai Bitter Gourd dalam English.
Loading…