in , ,

Petua Hilangkan Bintik Hitam Wanita Tua Jadi Muda (Blackhead dan Jeragat)

cara menghilangkan bintik hitam di wajah dengan cepat dan mudah

Sebenarnya cara hilangkan bintik hitam di wajah dengan cepat dan mudah adalah dengan menggunakan petua tradisional sahaja iaitu hanya dengan campuran halia segar, cuka makan dan madu. Kemudiannya dalam beberapa hari bintik hitam di muka anda akan hilang dengan sendirinya.

Seperti yang dikongsikan, seorang wanita yang berusia 40-an telah menggunakan cara ini dengan menyapu campuran bahan ini di wajah beliau. Apa yang mengejutkan adalah selepas beberapa minggu dia mengamalkan petua ini, wajahnya itu kembali berseri seperti gadis yang berusia 20 tahun dan tiada lagi bintik hitam iaitu blackhead.

Petua Untuk Hilangkan Bintik Hitam di Wajah

Cara hilangkan bintik hitam
Gambar bekas jerawat, jeragat atau bintik hitam yang terdapat di muka sebelum gunakan petua ini.

Percaya atau tidak, inilah ubat tradisional yang boleh diamalkan oleh sesiapa sahaja yang ingin mencegah bintik hitam yang begitu banyak di muka seperti bintik bukan jerawat atau jeragat dan sebagainya. Sama ada anda lelaki atau perempuan, cubalah petua tradisional ini. Insha Allah berjaya.

Cara menghilangkan bekas jerawat
Hanya gunakan bahan dari dapur sahaja mampu mencantikkan wajah.

Semoga tips untuk hilangkan jeragat atau bintik hitam di wajah ini akan membantu anda semua yang mengalami masalah wajah berbintik-bintik seperti dalam gambar yang dikongsikan.

Bahan-bahan: Halia segar, cuka dan madu. (Bahan dapur je)

1. Cuci halia sehingga bersih.

buang parut jerawat atau blackhead
Pastikan halia segar yang digunakan dan hiriskan mengikut kehendak anda.

Masukkan dalam balang, tuangkan cuka dan tutup rapat balang tersebut. (Jangan terlebih sehingga paras leher balang)

petua buang bintik bintik
Pastikan hirisan halia itu tidak penuh sehingga ke permukaan atas.

Masukkan balang ke dalam peti sejuk, dan biarkan selama 1 hari.

2. Keluarkan balang dari peti sejuk, buka dan masukkan madu secukupnya, adukkan sebati. Tunggu 30 minit.

Petua hilangkan jeragat hitam di muka
Keadaan hirisan halia selepas disimpan selama sehari di dalam peti ais.

Siap! Masker campuran halia, cuka dan madu semula jadi.

3. Ambil potongan halia tersebut, usapkan pada wajah dan bahagian yang berbintik hitam. Biar selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air suam panas.

Cara berkesan buang bintik hitam
Wajah cantik menjadi licin dan berseri selepas amalkan petua ini.

Anda pasti bakal terkejut tidak percaya dengan hasil ajaibnya! Mulus, putih, bersih malah berkilau! Tentunya akan dijadikan rutin.

Kerana jenis dan sensitiviti kulit setiap orang berbeza, cara ini belum tentu sesuai pada kulit semua orang. Jika selepas melakukan rawatan ini kulit terasa panas atau timbul kemerahan, segera rujuk kepada doktor.

Video Cara Hilangkan Bintik Hitam

Semoga bermanfaat dan berguna untuk semua yang menghadapi masalah kulit muka. Perkongsian cara hilangkan bintik hitam ini boleh diamalkan dan jangan lupa kongsikan pada rakan-rakan dan keluarga.

Sumber: aliffchannel

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0