in

Petua Hilangkan Batu Karang Dalam Hempedu Rawatan Tradisional

batu karang in English

Satu petua yang amat berguna telah dikongsikan oleh seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Hamid Arshat yang menerangkan bagaimana cara untuk merawat batu karang dalam kilang hempedu (in English Gall Bladder Stones) yang kini dicari oleh ramai pesakit iaitu rawatan batu karang agar dapat disembuhkan.

Berikutnya adalah petua yang dikongsikan dan sekiranya anda ingin penyakit batu dalam hempedu bertambah baik, anda harus mengikut petua ini dengan betul agar hasilnya nanti paling berkesan, mujarab dan memuaskan hati dan yang paling penting tanpa perlu membuat pembedahan batu karang.

cara menghilangkan penyakit batu karang

Petua Merawat Batu Karang Tanpa Pembedahan

Minum 4 gelas apple juice setiap hari selama 5 hari berturut-turut.

Hari keenam jangan makan malam (dinner)

Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom (magnesium sulphate), garam ini boleh dibeli di farmasi.

Pukul 8 malam ulang makan garam epsom.

Garam Epsom rawatan tradisional batu karang

 

Pukul 10 malam. Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan jus lemon yang fresh (perah 3 biji lemon).

Campur olive oil dengan jus lemon dan minum.

Insya Allah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu-batu karang yang akan keluar.

Pengalaman Pesakit Batu Karang atau Batu Hempedu

Saya nak kongsi pengalaman kena penyakit batu hempedu pada tahun 2010 dan cara rawatan batu karang. Antara tanda-tanda awal dan punca penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan.

Pada suatu hari tiba-tiba terasa sakit yang teramat pada pinggang hingga saya berguling-guling, terasa pinggang macam dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah pun ada dan demam secara tiba-tiba.

Saya terus ke KPJ Kajang dan doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Doktor sarankan jalani pembedahan untuk membuang hempedu. Tapi saya tak puas hati.

Doktor tu ada juga sarankan minum jus epal banyak-banyak. Di rumah saya google sendiri cari alternatif. Cari punya cari jumpa satu petua yang agak boleh pakai dan saya amalkan sampai sekarang. Petua ini telah selamatkan hempedu saya dari dibuang.

BACA JUGA : Petua Rawatan Sakit Pinggang Tanpa Ubat Atau Pembedahan Dengan Cara Mudah & Berkesan

Petua Rawatan Batu Karang Dalam Hempedu (gallstone flush) Tanpa Pembedahan

Rawatan Batu Karang Tradisional

Cara 1: Express 1 hari

1. Puasa dari jam 12 malam sebelum mulakan cara ini pada keesokan hari. Maksudnya makan malam sebelum 12 malam.

2. Esok pagi sarapan – minum jus 3 biji epal hijau (granny smith). Boleh dapat di kebanyakan pasaraya. Saya kupas kulitnya dan blend sendiri.

3. Makan tengahari – minum jus 3 biji epal hijau.

4. Makan malam – minum jus 3 biji epal hijau.

5. Banyakkan minum air kosong selama proses ini.

6. Sebelum tidur (10 malam) – Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.

7. Langsung tidur. Kalau boleh posisikan badan mengiring ke kanan dan rapatkan kaki ke badan (tidur dengan badan kerekot). Ini dapat membantu proses mengeluarkan batu hempedu.

Cara 2: Proses 6 Hari

1. Setiap hari minum air epal hijau (granny smith) selama 5 hari pertama selepas makan sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam.

makanan untuk pesakit batu dalam hempedu

2. Pada hari ke 6: Lepas sahur mula puasa.

3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.

– 6 pm: minum dengan bancuhan 1 cawan air dan 1 sudu teh garam Epsom.

– 8 pm: ulang minum garam Epsom (boleh didapati di Guardian atau farmasi)

– 10 pm: Sebelum tidur. Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml). Minum sampai habis. Perut akan rasa memulas nak buang atau rasa nak buang esok pagi.

penawar ubat paling berkesan mujarab dan terbaik

Seelok-eloknya rancang bila nak mula proses hari pertama. Supaya tak ganggu rutin harian. Contohnya hari ke 6 tu jatuh pada hari hujung minggu. Tak ada la letih sangat sebab berpuasa.

Tujuan Penggunaan

– Limau adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.

– Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu.

– Minyak zaitun. Selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi.

cara hilangkan batu karang di pundi kencing

Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.

– Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu

– Amalkan 6 bulan sekali.

Berikutnya adalah komen serta pengalaman pesakit yang telah diceritakan kepada Dr Hamid Arshat menerusi laman Facebook miliknya.

makanan untuk sesuai
makanan untuk pesakit batu-karang dalam hempedu

Makanan Yang Sesuai Untuk Rawatan Batu Karang

Mungkin ramai yang tak tahu cara untuk mengelakkan dan juga cara untuk merawat batu karang dengan mengawal pemakanan dalam kehidupan seharian. Kemudian, pesakit akan pergi semula ke hospital apabila sekali algi terkena serangan batu karangan yang berulang.

Berikut kami kongsikan senarai beberapa cara pemakanan yang betuk untuk pesakit yang berhadapan dengan masalah penyakit batu dalam hempedu ini yang diterangkan oleh The Diagnosa.

1. Minum Air Yang Banyak

cara hilangkan batu karang

Salah satu penyebab dan punca terjadi pembentukan batu karang adalah air kencing yang pekat disebabkan kurangnya minum air. Apabila kencing pekat, kompaun di dalam air kencing boleh mendekati satu sama lain dan membentuk batu karang.

Minuman seperti kopi, teh dan jus buah masih dibolehkan untuk orang yang mempunyai masalah batu karang. Tetapi minuman yang mempunyai tomato, anggur dan kranberi perlu dielakkan.

Ini kerana tomato mempunyai unsur natrium yang tinggi. Ia akan menyebabkan lebih banyak kalsium yang disingkirkan ke dalam air kencing menyebabkan batu karang jenis kalsium mudah terbentuk.

Manakala anggur dan kranberi pula mempunyai kandungan kompaun oxalate yang tinggi. Kompaun oxalate merupakan salah satu kompaun yang menjadi penyebab kepada terhasilnya batu karang

Minuman air berkarbonat juga merupakan salah satu penyebab kepada batu karang terutamanya minuman cola. Kerana kebanyakkan air cola mengandungi asik fosforik yang merupakan punca kepada pembentukan batu karang.

2. Makan Makanan Yang Ada Asid Sitrik Tinggi Seperti Limau

ubat batu dalam hempedu paling berkesan

Pengambilan jus buah mengelakkan pembentukan batu karang bukan sahaja kerana disebabkan ia meningkatkan jumlah air kencing yang terhasil. Ia juga disebabkan jus buah mengandungi potassium dan asid sitrik yang tinggi.

Ia mempunyai 2 mekanisma yang menghalang pembentukkan batu karang:

  • Ia bergabung dengan kalsium di dalam air kencing dan menyebabkan air kencing tidak pekat dengan kalsium.
  • Ia juga bergabung dengan kalsium oxalate yang merupakan punca kepada penghasilan batu karang. Apabila citrate bergabung dengan kalsium oxalate, ia mengelakkan kompaun tersebut menjadi batu karang.

Melalui kajian yang mendapati mereka yang mempunyai kandungan citrate rendah dalam air kencing, mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk menghidapi gejala batu karang.

Jadi, anda digalakkan dengan pengambilan makanan yang mempunyai asid sitrik yang tinggi seperti limau yang mampu mengelakkan simptom pembentukan batu karang.

3. Makan Makanan Yang Mengandungi Kalsium

Makanan yang sesuai untuk orang sakit batu karang

Mungkin ada yang beranggapan pengambilan kalsium adalah punca atau penyebab terhasilnya penyakit batu dalam hempedu ini kerana majoriti batu karang yang berlaku mempunyai kalsium.

Tapi kajian mendapati mereka yang mengambil kalsium yang rendah di dalam dietnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi masalah batu karang berbanding yang mengambil kalsium.

Ini disebabkan diet yang kurang kalsium akan menyebabkan kompaun oxalate lebih senang diserap di dalam usus. Kompaun oxalate yang tinggi ini kemudiannya akan disingkar melalui buah pinggang dan di situlah batu karang akan terbentuk disebabkan kehadiran kompaun oxalate ini.

Kehadiran kalsium di dalam diet pemakanan pula akan menyebabkan dua kompaun ini bergabung dan tidak diserap oleh usus. Makanan yang mengandungi kalsium adalah lebih digalakkan berbanding pengambilan supplement.

Ini kerana kajian menunjukkan pengambilan supplement kalsium mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit batu karang berbanding yang berasaskan diet permakanan sahaja.

Makanan yang mengandungi kalsium adalah seperti makanan yang berasaskan tenusu seperti susu dan keju. Selain daripada itu, susu soya, tofu, sardin dan almond juga mempunyai kandungan kalsium yang sesuai untuk kita.

4. Ambil Makanan Yang Mempunyai Oxalate Secara Berpatutan

penawar makanan yang mengandungi oxalate tinggi

Makanan yang mengandungi oxalate yang tinggi biasanya makanan yang dikategorikan sebagai makanan yang sangat bagus untuk jantung seperti bijirin, ubi, bayam dan sebagainya. Pengambilan makanan ini masih dibolehkan tetapi ianya harus diambil secara berpada-pada.

5. Kurangkan Pengambilan Vitamin C & Lebihkan Vitamin B6

makanan yang dilarang

Pengambilan vitamin C yang tinggi akan tingkatkan kompaun oxalate di dalam air kencing. Ini kerana penguraian akhir Vitamin C di dalam badan akan menghasilkan kompaun oxalate. Jadi ia boleh menyebabkan pembentukan batu karang. Oleh itu, Vitamin C tidak perlu diambil secara berlebihan

Vitamin B6 (pyridoxine) pula sebabkan kurangnya penghasilan oxalate di dalam tubuh badan. Antara makanan yang mempunyai Vitamin B6 yang amat tinggi adalah adalah seperti pisang, avocado, soya, mangga dan oat.

6. Pengambilan Minyak Ikan

fish oil pemecah pembentukkan batu karang

Minyak ikan yang mempunyai lemak omega 3 yang tinggi dan dikatakan boleh mengelakkan batu karang kerana ia mengurangkan perkumuhan kalsium melalui buah pinggang malah meningkatkan kandungan citrate di dalam air kencing. Kedua-dua perkara ini akan elakkan daripada terjadinya batu hempedu.

Manakala pengambilan lemak haiwan dan juga minyak yang mengandungi omega 6 yang tinggi dikatakan akan tingkatkan risiko untuk menghidapi penyakit ini.

Ikan yang mempunyai lemak omega 3 yang tinggi dan bagus untuk mengelakkan pembentukan batu dalam hempedu ini adalah seperti ikan salmon, tuna, mackerel dan juga sardin.

Walau bagaimanapun, jika anda adalah seorang pesakit batu karang dan juga gout, makanan laut wajib dielakkan supaya dapat mengurangkan serangan gout yang amat menyakitkan itu.

Cara Pecahkan Batu Karang Secara Semula Jadi

Petua Terbaik Batu Dalam Hempedu

Semoga perkongsian rawatan batu karang dan cara mengelakkan terjadinya batu dalam hempedu berserta petua-petua dan cara pengambilan makanan sesuai untuk semua yang menghadapi penyakit ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0