in ,

Petua Hilangkan Tahi Cicak Dalam Rumah dan Tepi Tingkap

Cara hilangkan tahi cicak

Masalah tahi cicak yang sering memenuhi ruangan rumah seperti tingkap, dinding dan sebagainya membuatkan pemilik rumah rungsing memikirkan perkara ini bagaimana untuk mengatasi dan petua hilangkan tahi cicak yang begitu banyak dalam rumah.

Masalah ini seolah-olah tiada cara lagi untuk hilangkan najis cicak dengan segera serta ia terus berpanjangan. Sesetengah daripada kita mengambil tindakan dengan membunuh reptilia ini sama ada dengan jerat atau racun dan sebagainya.

Namun, masalah lain pula timbul apabila najis cicak mungkin tiada tetapi bangkai cicak yang mati gagal dikesan sehingga mempunyai bau yang busuk. Lebih parah lagi jika cicak semakin banyak di dalam rumah atau kawasan rumah diduduki.

petua hilangkan tahi cicak
Cicak juga amat ditakuti oleh sesetengah orang.

Mulai sekarang, anda tidak perlu lagi risau untuk mengatasi tahi cicak yang terdapat dalam rumah dengan banyaknya kerana seorang wanita yang dikenali sebagai Muna Mohamad telah berkongsi cara untuk mengatasi masalah ini juga petua halau cicak dengan cepat dan berkesan sekaligus akan menjadikan ruang rumah lebih bersih dan teratur.

Petua Hilangkan Tahi Cicak

Selalu tak alami masalah taik cicak kot tepi tepi tingkap rumah?

Kat studio ni sebab tak duduk jadi memang selalu ada taik cicak banyak juga. Sebelum kelas mesti kena cuci dulu. Tak larat oih nak sental dengan berus sebab kadang kadang jadi keras kerana seminggu sekali barulah ke sana.

Jadi sejak 3 minggu amalkan petua ni sekarang takda sangat dah taik cicak kat tingkap. Bolehlah kalian amalkan.

  • 1/3 cuka makan
  • 1/3 air
  • 1/3 cecair basuh pinggan (guna yang murah pun takpa)
cara mengatasi tahi cicak
Contoh spray yang digunakan untuk menghilangkan tahi cicak.

Spray di kawasan tersebut, seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu. Mujarab juga jika sembur di kawasan yang banyak semut suka melata.

Baca juga: Petua Menghilangkan Bau Busuk & Mewangikan Dalaman Kereta Dengan Berkesan

Petua Halau Cicak Masuk Ke Dalam Rumah

Berikutnya adalah perkongsian dari Amir Zarith di Facebook bagaimana beliau menghalau cicak dari masuk ke dalam rumah dengan menggunakan petua yang berkesan.

Katanya petua halau cicak dan cara mudah atasi masalah cicak ini telah dipraktikkan di dalam rumah. Ikuti perkongsian beliau seterusnya di bawah.

Siapa takut cicak ni? Geli kan? Tahi cicak ni bersepah je atas perabot kan? Jika dibiarkan, ia akan menjadi penghuni tetap dalam rumah, menjadikan perabot sebagai sarang seterusnya membiak dalam rumah.

1. Cicak tidak suka bau telur. Oleh itu, letak kulit telur di ruang kosong tepi tingkap atau pintu untuk elakkan dari dimasuki oleh cicak. Jangan lupa gantikan dengan baru selepas tiga minggu digunakan.

2. Letak sedikit serbuk kopi dalam bekas. Masukkan juga serbuk tembakau dan gaul. Ambil pencungkil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian lalukan pada serbuk yang sudah digaulkan. Letak di tempat yang boleh dimasuki oleh cicak dan juga belakang almari. Cicak akan mati apabila makan serbuk ini.

3. Cicak benci bau bawang putih dan merah. Gantung atau letak bawang di tingkap atau pintu. Boleh juga kisar bawang bersama sedikit air. Sembur jus ini di sekeliling rumah.

4. Dalam satu bekas, masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan air kemudian masukkan dalam botol spray. Sembur dinding, tingkap dan pintu untuk elak cicak masuk dan merayap dalam rumah. Cicak tidak tahan dengan rasa pedas.

5. Cicak memang gerun dengan burung. Gantung atau letak bulu ayam sekitar rumah. Apabila cicak melihatnya, dengan segera ia akan menjauhkan diri.

Doa Halau Cicak Dari Rumah

Selain petua hilangkan tahi cicak yang dikongsikan di atas, anda boleh juga menghalau binatang ini dengan mengamalkan doa halau cicak atau serangga seperti yang dikongsikan berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=2oMA4nFkMAs

Semoga perkongsian petua hilangkan tahi cicak dan doa halau cicak ini akan bermanfaat buat anda yang menghadapi masalah ini, selamat mencuba.

Written by Sazarimma

Seorang penjawat awam yang ada life insurance, suka travel dengan Air Asia, ada sikit simpanan dalam bank dan suka tengok wayang.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

0