in ,

Petua Tradisional Untuk Kesihatan Dalaman Wanita Yang Terbaik

Cara tradisional jaga dalaman wanita

Jika anda seorang isteri adalah amat penting untuk menjaga kesihatan luaran dan dalaman wanita. Penjagaan dalaman harus diberikan keutamaan yang sama rata sepertimana pada bahagian luaran walaupun anda anak dara atau telah berkahwin.

Jika cantik luaran saja tetapi dalaman wanita anda diabaikan serta tidak diberikan perhatian penuh pastinya menggambarkan keperibadian anda sebagai seorang perempuan yang tidak mementingkan penjagaan diri serta kecantikan.

Sebenarnya bagi masyarakat Melayu terlalu banyak petua tradisional yang terbaik boleh diamalkan untuk penjagaan kesihatan dalaman wanita serta luaran malahan hasilnya amat membanggakan kerana ia terbukti berkesan selain tanpa menggunakan sebarang produk kesihatan dalaman yang dijual.

herba dan jamu untuk kesihatan wanita

Walau bagaimanapun, ramai juga yang menggunakan produk kecantikan dalaman dan luaran yang boleh dibeli di pasaran. Tetapi tidak semuanya terbaik dan sesuai dengan seseorang itu tetapi jika anda mengamalkan petua kecantikan dan penjagaan dalaman wanita dengan menggunakan bahan semulajadi pasti boleh digunakan tanpa ragu seperti yang dikongsikan di Facebook ini.

Petua Kecantikan dan Kesihatan Dalaman Wanita Terbaik

Berikutnya dikongsikan cara tradisional iaitu beberapa petua sihat untuk dalaman wanita yang boleh digunakan untuk mengekalkan keperawanan atau kesihatan kewanitaan anda yang berkesan.

Rebusan Serai dan Halia

Produk kesihatan dalaman wanita terbaik

3 batang serai dan juga 4 cm halia yang diketuk kedua-duanya sebelum direbuskan dengan 3 gelas air sehingga mendidih menjadi segelas air sahaja yang boleh diminum ketika air menjadi suam. Anda disarankan minum selepas makan pada waktu siang hari.

Rebusan serai dan halia ini boleh diamalkan 2 hingga 3 kali dalam seminggu. Khasiat rebusan ini mampu menghilangkan letih dan lenguh-lenguh badan, mengurangkan kadar kolestrol yang tinggi, sakit urat saraf selain mampu membuang angin dalam badan dan juga untuk penjagaan dalaman wanita.

Rebusan Daun Sirih

air rebusan untuk dalaman wanita

3 hingga ke 5 helai daun sireh perlu direbuskan dengan 3 gelas air sehingga menjadi segelas selepas mendidih. Ia lebih elok diminum suam-suam suku.

Anda juga boleh campurkan dengan 3 kuntum bunga cengkih sebagai tambahan untuk menghilangkan bau badan, memulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan. Rebusan air ini sebaiknya diamalkan setiap seminggu atau 10 hari sekali.

Rebusan Daun Inai dan Daun Sireh

produk kecantikan dalaman dan luaran

Segenggam daun inai dicampurkan dengan 3 atau 5 helai daun sireh yang kemudiannya direbuskan dengan 3 gelas air sehingga menjadi segelas air sahaja selepas direbus kemudian minum waktu suam.

Rebusan ini sangat sesuai digunakan untuk wanita yang mengalami masalah keputihan dalaman wanita yang teruk serta mempunyai lendiran di bahagian kewanitaan anda yang banyak itu. Selain itu ia juga mampu menghilangkan bau dan sangat baik diamalkan selepas haid.

Rebusan Halia, Serai, Cengkih dan Kunyit

khasiat air rebusan serai halia dan kunyit

3 batang serai, 3 cm halia tua atau muda dan 2 cm kunyit hidup. Ketiga-tiga bahan ini perlu diketuk. Sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih atau bunga lawang, daun pandan sehelai dan juga sedikit gula batu atau madu lebah sekiranya anda suka.

Baca juga : Cara Mudah Buang Toksin Dalam Badan Guna Epal & Kayu Manis

Rebusan campuran semua bahan ini boleh diminum setiap kali sebelum dan selepas haid. Cukup dengan mengamalkan sekali dalam sebulan. Fungsi kesemua bahan ini mampu mewangikan kewanitaan anda serta turut menyegarkan badan.

Semua resepi dan petua yang dikongsikan di atas boleh diamalkan mengikut kepada keperluan serta kesesuaian badan anda sendiri. Amalkanlah sebaiknya tanpa rasa was-was kerana ia adalah petua nenek moyang kita.

Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan mengambil kesemua petua serta meminum air rebusan di atas pada setiap hari. Anda boleh mengaturkan sendiri bila serta apa keperluan badan anda sendiri.

Perkongsian ini adalah satu amalan untuk penjagaan kesihatan terutama menjaga bahagian dalaman wanita selain mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan serta urat saraf serta turut membuang toksik dan segala lemak yang terkumpul dalam badan kita.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments