Sesiapa sahaja boleh mengalami batuk sama ada bayi, remaja dan orang dewasa pasti akan merasai penyakit ini yang menyebabkan aktiviti harian terganggu dan bertambah sakit sekira batuk berlarutan tanpa henti. Apakah petua kurangkan batuk yang berkesan?

Biasanya batuk akan menjadi lebih teruk apabila tiba waktu malam kerana suhu badan yang semakin sejuk. Keadaan ini menyebabk tidur juga terganggu dan keesokannya badan pasti menjadi letih serta tidak bermaya kerana pada malamnya berperang dengan batuk.
Ubat batuk sememangnya banyak dijual di pasaran dan dikatakan kebanyakannya tidak sangat membantu, selepas kehabisan ubat, batuk akan terjadi semula.

Petua Kurangkan Batuk Resepi Cina
Saya nak kongsi petua kurangkan batuk ini dari pakar-pakar ubat China dan Taiwan. Jus ini untuk menggurangkan batuk yang berlarutan (persistence cough) terutamanya musim batuk sekarang. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. – Jes Tham.
Cara memasak:
Potong bahagian atas dan bawah buah limau seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Letak secubit garam di bahagian atas buah limau dan sapu rata. Kalau boleh cucuk dengan garfu atau chopstick sebelum menyapukan garam di atasnya agar garam dapat meresap ke dalam buah tersebut dengan cepat.
BACA : Rupanya Cara Kita Minum Madu Selama Ini SALAH, Patutlah Tak Jadi Ubat
Kukus selama dua jam. Nak kurangkan masanya juga boleh tetapi jus yang dihasilkan tidak banyak.

Selesai mengukus, perah buah limau dan ambil air yang terkandung dalam loyang tersebut. Minum jus buah limau tersebut. Rasanya sedikit masin dan pahit ya.
Buat dan amalkan sehingga batuk anda berhenti.
Sama ada berkesan ataupun tidak, ia bergantung kepada badan setiap individu.
Mungkin masih ramai yang tidak pernah tahu tentang perkongsian petua ini yang dilihat telah menarik perhatian ramai netizen apabila ada yang mengakui telah pun melakukannya di rumah. Hasilnya sangat memuaskan selepas batuk yang dihidapi anaknya itu beransur hilang dengan meminum air limau seperti yang telah dikongsikan oleh Jes Tham.
Semoga ilmu dan petua kurangkan batuk dan cara hilangkan batuk ini bermanfaat kepada semua serta membantu mereka yang sedang mengalami batuk. Amalkanlah dengan betul, pasti batuk itu akan hilang.
2 Comments
Leave a Reply