in ,

Petua Meredakan Sakit Resdung & Cara Merawat Hidung Yang Tersumbat Dengan Mudah & Berkesan

Penyakit resdung

Resdung

Apabila penyakit resdung atau sinus (sinusitis) yang dihidapi oleh seseorang pesakit itu semakin teruk, anda harus berikhtiar dan mencari cara untuk merawatnya sama ada melalui kaedah rawatan tradisional atau pun moden. Penyakit ini menjadi semakin parah apabila dibiarkan tanpa mendapatkan sebarang rawatan.

Dengan tanda-tanda resdung atau punca penyakit ini yang berlaku kepada kita, kita hendaklah dengan segera mencari jalan untuk meredakan atau menghilangkan penyakit ini dengan cepat dan berkesan supaya dapat hidup dalam keadaan sihat dan bebas dari sebarang penyakit yang merbahaya.

resdung perlu rawatan yang berkesan
Tanda resdung yang berlaku di bahagian muka.

Sekiranya penyakit ini menjadi semakin parah dan kritikal, anda disarankan bertemu dengan doktor pakar dengan penyakit ini agar dapat menangani penyakit ini sebelum terlambat. Biasanya, doktor akan membuat CT scan bagi mengesan serta mencari punca-punca utama bagaimana resdung yang dihidapi pesakit tersebut terjadi sebelum ubat-ubatan diberikan.

Pasti ramai yang mencari ubat resdung terbaik untuk mengatasi masalah penyakit ini, tetapi anda dinasihatkan terus berhati-hati agar tidak salah mengambil sebarang ubat yang boleh meninggalkan kesan sampingan kepada diri anda. Apa saja jenis perubatan atau rawatan sama ada ubat yang dibeli di farmasi atau ubat resdung tradisional, adalah lebih baik dikaji terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Walau bagaimanapun, ubat resdung orang kampung atau rawatan tradisional yang mudah dan berkesan untuk mengurangkan gejala resdung ini boleh dilakukan sewaktu anda berada di rumah dengan berbagai jenis cara dan juga bahan yang begitu mudah untuk didapati. Namun, kerajinan dan semangat untuk menghilangkan penyakit resdung ini adalah perlu sebelum melakukan cara- cara yang berikutnya;

1. Hidrasi

ubat resdung paling berkesan
Air kosong adalah antara penawar yang terbaik untuk resdung.

Air mineral atau air masak tanpa gula adalah perlu diambil pada setiap hari dengan kuantiti yang diinginkan mengikut kesesuaian anda untuk mendorong lendiran keluar.

Elakkan minum minuman beralkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.

2. Sedut Wap Air Hangat

Selsema dan resdung
Wap air panas untuk wajah bukan saja merawat selsema malah resdung jerawat juga.

Petua hilangkan resdung pertama ialah dengan menghirup wap air hangat. Pertama, rebus air sebanyak satu gayung, lalu campurkan dengan air garam. Matikan api selepas air mendidih.

Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap hangat sambil rileks. Jika ingin lebih berkesan, Anda boleh menyelubung kepala dengan tuala yang menutup wap air panas hingga terkumpul. Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung reda.

BACA : 26 Khasiat Bawang Merah Untuk Kesihatan & Kecantikan Yang Ramai Tidak Tahu

3. Menekapkan Muka Dengan Air Hangat

Menekap wajah dengan menggunakan wap air panas sama sahaja dengan cara di atas. Apabila tidak mampu untuk menghirup wap panas tersebut, anda boleh cuba petua kedua iaitu memampatkan bahagian pipi dengan air hangat berkenaan mengikut keselesaan sendiri.

  • Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat.
  • Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya.
  • Letakkan tuala untuk menutupi wajah Anda.

Cara ini dapat membantu menggalakkan rambut agar mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

4. Lidah Buaya

Ubat resdung paling mujarab dan berkesan
Aloe Vera

Mungkin selama ini kita hanya tahu khasiat lidah buaya untuk merawat rambut. Namun faktanya, lidah buaya boleh digunakan untuk mengubati resdung kerana mengandungi sifat antiseptik.

Caranya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

5. Limau Nipis dan Daun Pandan

Rawatan hilangkan resdung dengan cepat
Limau nipis dan daun pandan.

Cara menghilangkan resdung menggunakan daun pandan dan limau nipis ini sangat mudah dibuat. Anda hanya perlu siapkan 8 biji limau nipis dan 10 helai daun pandan.

Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, tapis airnya untuk memisahkan bijinya dan campurkan air perahan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sampai tertinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.

Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selepas selesai, cuci wajah anda dengan air biasa.

Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Anda harus menahan kerana kesannya sangat pedih tetapi terlalu teruk. Namun masih ada kesan yang berbeza-berbeza pada setiap individu dan juga keadaan resdung anda. Jika anda tidak berani untuk mencuba petua ini, sila rujuk pakar terlebih dahulu.

6. Kunyit atau Halia

cara hilangkan resdung dengan berkesan
Punca resdung mungkin boleh dihapuskan dengan memakan ubat tradisional seperti kunyit dan halia.

Kedua-dua bahan ini biasanya mudah dijumpai di rumah. Kunyit terkandung sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan.

Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus yang terdapat pada hidung serta turut membantu mengurangkan tekanan di bahagian wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.

7. Cuka Epal dan Madu

Petua hilangkan resdung dengan berkesan
Madu dan cuka epal juga sangat baik untuk hilangkan resdung.

Cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

8. Neti Pot

neti pot digunakan sebagai cara menghilangkan resdung kronik
Neti pot atau teko kecil digunakan seperti yang ditunjukkan dalam gambar.

Neti Pot mirip dengan teko kecil yang biasa dipakai untuk meminum teh. Yang berbeza adalah pada hujung corongnya berukuran lebih kecil lubangnya, kerana neti pot memang dibuat khas untuk mengubati masalah pada hidung seperti sinus. Biasanya ianya digunakan bersama larutan garam.

Siapkan neti pot. Ambil dua gelas air suam, lalu masukkan satu sudu teh garam, kacau. Campuran air garam yang anda masukkan ke dalam neti pot, letakkan hujung muncung neti pot pada satu lubang hidung.

BACA : Cara Rebus Telur Supaya Senang Dikupas, Licin & Cantik, Mungkin Ramai Lagi Kaum Ibu Yang Belum Tahu

Sebaiknya anda harus bertanyakan kepada mereka yang telah biasa menggunakan kaedah ini kerana kaedah ini amat berisiko tinggi.

cara merawat resdung yang terbaik
Apabila mengalami resdung yang teruk seseorang itu pasti tidak selesa dan sentiasa rimas.

Segeralah bertemu dengan doktor apabila dalam jangka masa satu minggu selepas menggunakan cara perubatan berikutnya, sekiranya tanda-tanda resdung anda masih lagi tidak menunjukkan perubahan untuk semakin baik.

Sekiranya penyakit anda itu semakin teruk, biasanya doktor akan memberikan antibiotik dan juga semburan steroid atau titisan kepada pesakit dengan tujuan untuk mengurangkan kesakitan. Sesetengah pesakit resdung yang kronik dan kritikal, doktor akan melakukan pembedahan untuk meningkatkan fungsi sinus dan sebagainya.

Anda dinasihatkan tidak mengabaikan tentang penyakit ini dan jangan menunggu sehingga ianya semakin teruk dan parah, barulah ingin berjumpa dengan doktor serta memaksa doktor untuk membuang kesakitan itu dengan serta merta.

Rawatan Resdung Cara Islam

Anda juga harus bertanyakan tentang cara mengubati resdung yang menggunakan kaedah tradisional ini daripada orang-orang tua dan juga kepada mereka yang telah mempunyai pengalaman menangani penyakit yang amat menakutkan ini. Selain itu doa kepada Allah SWT dengan sepenuh hati, dengan berdoa kita memohon agar penyakit ini dapat disembuhkan dengan segera. Insha Allah.

Semoga bermanfaat.

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.