in , ,

Petua Tambah Selera Makan Anak Dengan Nugget Nasi

Cara tambah selera makan anak

Pasti ramai ibu ayah yang menghadapi masalah dengan selera makan anak yang tak nak atau sangat susah makan nasi. Kalau bayi tak lalu makan pasti masalah ini akan jadi lebih teruk dan memudaratkan kanak-kanak itu sendiri. Nasi adalah sumber karbohidrat yang utama iaitu salah satu pemberi tenaga kepada tubuh badan kita. Jadi, ibu harus membuat sesuatu iaitu mencari cara atau petua untuk buat anak selera makan.

Lebih parah lagi sekiranya segala macam cara telah dicuba oleh mak untuk memancing anak supaya selera makan, namun masih juga tetap tak nak dan payah makan nasi. Jadi, bagaimana bayi kita itu nak membesar dengan sihat jika tidak makan makanan penting untuk tumbesaran badan?

Cara menambah selera makan anak
Mengapa anak anda susah nak makan nasi?

Mulai sekarang semua ibu tidak perlu lagi bimbang jika selera makan anak anda hilang kerana tips dan petua yang dikongsikan oleh Puan Ana Zana Anazana ini sangat membantu. Beliau telah membuat sendiri nugget nasi terhadap anaknya yang tak mahu makan nasi. Perkongsian resepi ini sangat menarik apabila cara menambah nafsu makan anak yang beliau lakukan telah berjaya.

Resepi makanan kanak-kanak ini telah diolah menjadi seperti nugget apabila ianya dicampurkan dengan nasi serta beberapa bahan lain sehingga menarik minat anaknya untuk makan dengan penuh berselera. Jadi, masalah tidak selera makan anak kini telah selesai dengan jayanya.

Mengapa perlu berhabis duit ringgit untuk membeli supplement atau vitamin untuk tambah selera makan sedangkan anda boleh buat sendiri di rumah? Selain menjimatkan kos serta kebersihan makanan juga terjamin 100% dan juga bebas dari segala bahan yang tidak baik untuk anak dapat dielakkan. Ikuti perkongsian Puan Ana Zana Anazana tentang resepi penambah selera makan untuk anak anda yang amat mudah dan cepat ini.

Nugget Nasi Tambah Selera Makan Anak

Bahan-bahan:

selera makan anak
Hanya 4 bahan utama yang diperlukan untuk membuat nugget nasi.
  • 1 Mangkuk nasi
  • 200 gram isi ayam
  • 1 biji telur ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • Sedikit minyak masak
  • Kiub perasa ayam tanpa MSG (pilihan) boleh digantikan dengan serbuk ikan bilis yang dibuat sendiri.

Cara membuat:

1. Blend kesemua bahan-bahan berkenaan dan masukkan sedikit minyak masak.
2. Setelah semua bahan hancur, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.

Penambah selera makan
Semua bahan yang telah siap dikisar dan dimasukkan ke dalam bekas.

3. Setelah sejuk, potongkan adunan berkenaan menjadi bentuk kiub atau mengikut bentuk yang anda suka.

Tips untuk anak susah makan nasi
Adunan yang telah siap dipotong sebelum digoreng bersama sedikit minyak masak.

4. Kemudian, celupkan dengan bancuhan telur lalu digoreng sehingga menjadi warna keperangan seperti nugget.

BACA : Doktor Kongsi Cara Elak Letak Anak Di Kedudukan Blindspot Dalam Kereta

Petua menambah selera makan bayi
Nugget nasi yang telah siap digoreng dan sedia untuk dimakan.

Siap dan angkat serta boleh dihidangkan kepada anak anda tak mengira usia. Biasanya usia 1 tahun, 2 atau 3 tahun pasti suka dan selera makan akan bertambah dengan makanan ini. Makanan ini juga boleh dipanggil sebagai vitamin tambah selera makan anak kerana kanak-kanak pasti berselera apabila melihat makanan sebegini yang dilihat seperti makanan segera yang boleh dibeli di kedai.

Anda juga boleh mengubah resepi ini jika anda mahu mengikut kreativiti anda sendiri, sila pastikan bahan-bahan untuk nugget nasi tersebut sesuai untuk dimakan oleh anak. Mungkin juga boleh ditambah dengan ubi kentang atau bahan lain supaya lebih sedap atau bahan lain yang anak-anak suka.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba!

Written by Sazarimma

Seorang yang suka mempelajari sesuatu yang baru dan gemar melakukan aktiviti lasak. Seorang penjawat awam yang amat optimis, kemahiran berkomunikasi dengan sesiapa sahaja dan suka membaca.