in ,

Petua Turunkan Kolestrol Yang Berkesan Dengan Air Rendaman Kacang Bendi

bendi untuk kolestrol

Berbagai cara yang boleh dilakukan sebagai usaha dan ikhtiar untuk menurunkan kadar kolestrol tinggi dalam badan sama ada dengan cara perubatan moden atau petua tradisional yang boleh diamalkan dengan mudah. Mengelakkan makanan berlemak yang menjadi penyebab dan menjaga pemakanan serta turut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman adalah antara cara yang terbaik boleh dibuat bagi menghilangkan kolestrol.

Selain ubat kolestrol yang boleh dibeli di farmasi dan ramuan tradisional yang boleh menurunkan kadar bacaan kolestrol dengan cepat, sebenarnya ada satu lagi cara yang boleh anda cuba selepas ianya telah dicuba oleh wanita ini, Erika Khoriawati, dengan mengamalkan air rendaman kacang bendi dan hasilnya sangat memuaskan.

kolestrol
Kacang bendi mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri.

Cara Menurunkan Kolestrol Tinggi

Kadar kolestrol yang tinggi sememangnya sangat bahaya dan amat ditakuti ramai orang. Anda harus mengetahui penyebab, tanda-tanda, punca dan gejala sebelum mencegahnya, ini kerana kolestrol juga adalah merupakan sebahagian daripada sebatian kimia yang agak penting dalam tubuh badan kita. Walau bagaimanapun, jika kadarnya terlalu tinggi adalah lebih baik anda mengatasinya sebelum menjadi lebih parah.

Berikutnya adalah perkongsian yang dikongsikan oleh Erika Khoriawati yang boleh anda jadikan sebagai panduan untuk mengatasinya;

Cara turunkan kolestrol
Kacang bendi terbukti dapat menurunkan kadar kolestrol tinggi.

“Kacang Bendi mempunyai banyak kelebihannya. Saya selalu mengalami kebas-kebas kaki. Suami pula tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minum air rendaman kacang bendi ini saya tidak lagi alami kebas kaki, kolestrol suami juga telah turun. Berbaloi dari berhabis duit beli ubat setiap bulan.”

“Selain membantu menurunkan kadar kolestrol,Kacang Bendi juga mengandungi Asid Folik yang sangat bagus diamalkan untuk ibu mengandung mahupun ibu yang menyusukan bayi.Saya berjaya menyusukan anak sehingga dia berumur 3 tahun!”

Bahan-Bahan:

10 hingga 15 batang kacang bendi
Satu liter air

Cara membuatnya:

khasiat bendi
Bendi harus dipotong terlbih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas rendaman air.

BACA : Air Kulit Delima Lebih Berkhasiat Daripada Isinya, Baik Untuk Kesihatan Luaran & Dalaman, Ramai Tak Sangka!

1. Basuhkan kacang bendi terlebih dahulu sebelum dipotong menjadi bahagian kecil seperti dalam gambar.

2. Masukkan bendi yang sudah dipotong itu ke dalam air atau bekas yang anda suka.

3. Simpankan air rendaman kacang bendi di dalam peti sejuk

4. Air akan berkurangan selepas direndam, apabila semakin kurang air boleh ditambah semula sehingga penuh. Pastikan menambah air hanya 3 kali tambahan sahaja.

[wpshortcodead id=”5a395f6279c94″]

Air rendaman bendi untuk kolestrol
Air rendaman bendi yang telah siap dan dimasukkan ke dalam peti ais.

Anda tidak perlu bimbang sekiranya air rendaman tersebut menjadi lebih pekat atau likat kerana rasanya akan menjadi lebih sedap dan boleh diminum dengan segar.

Khasiat Kacang Bendi

Khasiat bendi untuk lelaki
Selain dibuat sebagai sayur dalam masakan, bendi juga mempunyai banyak khasiat lain untuk kesihatan manusia.
  • Air rendaman bendi boleh menyahkan toksik dan disamping itu juga boleh menstabilkan paras gula dan anti diabetes.
  • Membantu mengelakkan sembelit atau mengurangkan masalah sembelit terutama di kalangan warga tua.
  • Ia membantu pertumbuhan bakteria baik dalam saluran usus.
  • Mencuci hati.
  • Sejenis sayuran yang amat baik untuk mereka yang murung, keletihan dan rasa tidak selesa.
  • Membantu merawat ulser dan mengurangkan kekejangan pada sendi.
  • Membantu melicinkan bahagian dalam usus besar.
  • Juga ianya dapat membantu mengurangkan radang paru-paru, sakit kerongkong serta kesakitan pada dubur.
  • Sifat yang beralkali membantu menutralkan asid dalam badan sekaligus membantu mengurangkan masalah penghadaman.
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Semoga bermanfaat untuk semua. Selamat mencuba!

Written by Saza

Menulis untuk sesiapa sahaja